<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Sunday, April 27, 2003


Doa Saya Moga Impian Mereka Tercapai

"Shazli nak jadi Doktor, nak beli rumah banglo untuk mak ayah, nak hantar mak ayah pergi haji"

"Saya nak belikan rumah besar untuk mak di Janda Baik, nak jadi Pakar buat chip.."

"Saya nak tunaikan harapan keluarga...nak jadi Ahli Farmasi..."

"Saya nak jadi Pakar Nuklear..nak mak ayah hidup senang..."

"Saya nak jadi Jurutera Muzik.."

Kata-kata ini TIDAK MUNGKIN saya lupakan...

Mereka ini adik-adik saya.. yang punya CITA - CITA tinggi, nak ubah nasib keluarga, yang ada pegangan agama..

Pertama kali saya berhadapan dengan mereka.. (gugup juga!) mereka besar-besar, nampak lebih yakin dari saya, sangat bersemangat.. bayangkan lah nak bercakap benda-benda berilmiah di depan adik-adik.. (8 pasang mata memandang saya!)
Kami berjumpa 3 kali untuk sesi LDK..3 kali ini sudah cukup bagi saya untuk mengenali mereka dengan mesra, tahu perangai mereka, tahu impain mereka...

SPM 6 bulan lagi..saya bantu mereka dengan apa yang terdaya..walaupun mungkin formatnya MEMANG berubah-ubah seperti yang saya katakan...( semua paper sc subject ada 3 kertas!) saya cuba terapkan kepada adik-adik saya ini untuk lebih tekun (walaupun dulu saya tidaklah begitu), ingat pesan mak ayah, lengkapkan diri dengan ilmu agama (biarlah seimbang)..menuntut ilmu niat kerana Allah..tunaikan harapan ayahbonda.....

LDK 1

"kenapa adik nak jadi jurutera muzik?"

"sbb saya suka muzik dan minat engineering" (nampak SGT ringkas kan?)

Dia bertanya lagi...

"kak shera orang KL kan? pernah ke Bukit Bintang?"

Huhuhu soalan dia begitu mudah..masakan tidak? saya selalu ke sana (masa bersekolah di CBN dulu)

Adik itu menyambung lagi...

"saya teringin ke Bukit Bintang, nak pergi Jamming, nak jumpa kawan-kawan yang ada minat seperti saya"

Dalam hati saya..merintih hiba

Adik saya ini terlalu impikan ke Kuala Lumpur.. Dunia mereka terlalu kecil jika mahu di bandingkan dengan kita yang hidup di KL.. Bukan mahu menghina atau apa...namun saya terasa seperti adik saya ini hanya mengimpikan sesuatu yang INDAH-INDAH sahaja di bandaraya Kuala Lumpur...yang seronok-seronok sahaja..yang gembira-gembira sahaja....

Kalau adik berpeluang hidup di Kuala Lumpur, mungkin adik impikan untuk hidup di kampung pula.....

LDK 2

Apa yang menghibakan saya lagi dalam sesi LDK, Azwan bercerita..belajar biologi TANPA guru di sekolah! BIO belajar sendiri? Saya doakan azwan peroleh bantuan dr Allah Taala dalam usahanya menjadi Doktor..Azwan pendiam orangnya, namun bercita-cita tinggi.. ada pula yang mengadu tidak cukup radas untuk buat eksperimen.. (ada juga yang JARANG melakukan eksperimen!) Cikgu pula jarang masuk.. (guru mereka pergi kursus mengajar Sains dalam BI)

+ masalah ini BUKAN kesemuanya berlaku di SMKAP sahaja...sekolah yg menyertai juga terlibat....

Adik-adik saya bercita-cita tinggi...namun saya bimbang jika impian mereka terkubur di tengah jalan...

Apa yang mampu saya doakan..moga mereka berjaya!

+ mie-chat (helmi arshad)..moga adik jadi apa yang adik impikan..

+ Shaufi...semoga adik dapat dapat buat hati mak ayah gembira...

+ shazli...saya doakan agar adik dapat menjadi doktor...Insya-Allah

+ Ija...teruskan harapan keluarga ya!

+ kome (nadzatul nadiah) moga impian ke Jepun tercapai.....

Walaupun saya baru mengenali mereka...tanpa pertalian darah..saya tekad mahu membantu mereka...saya mahu dapatkan soalan dr SSP untuk mereka.....saya mahu bantu mereka...apa saya yang terdaya...Moga usaha saya mendapat keberkatan dari-Nya.. InsyaAllah....

Posted by shera at 4/27/2003 06:25:00 PM |

Wednesday, April 23, 2003

IF YOU WANT IT, YOU WORK FOR IT!

Sebenarnya saya masih dalam kajian..saya menjadi pendengar YG SGT SETIA...pada kawan-kawan yang sudah mula 'bercinta', yang sudah rasa mampu memikul tanggungjawab suami isteri, yang sudah berfikir-fikir apa nama anak mereka kelak..dalam mendengar, saya sebenarnya mebuat kajian..dan membina prinsip hidup...setakat ini kajian (dan prinsip)saya berjaya! ada kawan kata

" shera, jangan terlalu membuat kajian dan prinsip, nanti prinsip itu makan diri!"

saya akui..memang ada yang kata tak perlu begitu cerewet, tak perlu kajian, jangan buat pemerhatian kerana semua itu akan datang naturally (tp saya tetap rasa PERLU!!) bagi saya pasangan yg saya kita pilih itu adalah seseorang yang akan kita sanggup hidup semati...yang boleh terima kita seadanya...bukan kerana $ kita, ke'comel'an kita, ketampanan kita, atau kepandaian kita..(walaupun saya tahu mesti ramai antara anda yang turut mementingkan kriteria ini)

SEKUFU...got a different point of view in every aspect..pendidikan, taraf hidup, lawa-handsome, kerjaya yang menjamin... ini mungkin yang minimum..ada rakan saya..memilih universiti untuk mencari calon suami..yang ini taknak, yang ini better...(universiti mana, x perlu diberitahu kot!) hahaha..klakar rasanya! pernah kami berbual-bual.. ada org kata kalau nak cari future husband yang perfect (tak tahu apa yg perfect nya!) jenguk-jenguk, kenal-kenal lah dengan graduan UKM, graduan UTM...kenapa ya? huhuhu..kata mereka, graduan UTM majoritinya bakal jurutera..UKM saya lupa pula....kalau nak cari calon isteri, yang terbaik ada di Taman Ilmu dan Budi.. saya bukan memuji tempat saya menimba ilmu..ini semua kata orang.....

Seorang rakan saya kata...

"uh..i'm scared if my future husband can't fullfill my DREAMS!"

D-R-E-A-M-S banyak cabangnya! lelaki, jaga-jaga kalau bakal isteri anda suka berbelanja sakan, setiap kali sale akan pergi, setiap kali VINCCI keluar design baru, dialah yg pertama akan beli..pakaian semua mahu yang berjenama, pakai perfume 3 angka.. makan pun memilih tempat ( bagi saya....berbelanja utk makan, tak apa!) ....nak makan angin di luar negara sahaja...

saya pesan pada rakan saya...

"If ur husband can't fullfill ur dreams....make sure you're the one who will make the dreams come true..."

".....Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi dia tidak berusaha utk mengubahnya sendiri..."

Maksud saya, kita perempuan...kalau rasa nak pakai semua yang mahal-mahal, yang berjenama, yang itu, yang ini, baju pun hantar laundry...KITA USAHA SENDIRI! nak kereta sendiri, nak rumah banglo sebiji..kita sendiri usahakan....kalau lelaki anda mahu belikan rumah, kereta..SYUKUR! tapi, kalau suami anda tak mampu utk memenuhi impian anda...you work for it!

Memang ada kawan saya kata...buat apa ada suami kalau dia tak boleh penuhi permintaan kita??

Come ON... dalam ekonomi, SCARCITY means (uhh saya kena check buku utk maksud yg TEPAT!) secara kasar, kehendak manusia mmg takkan dapat dipenuhi kerana resources is sooooooooo limited! Tak semua permintaan kita akan dapat dipenuhi..

Selepas grad nanti, saya mahu kerja..jadi orang berjaya, mahu punya $ sendiri (walaupun di sara org kelak :0 )....mahu dapatkan apa yang saya mahu tanpa menyusahkan sesiapa....... berbeza dengan rakan saya yang lebih suka duduk di rumah, katanya mahu didik anak-anak...mahu menunngu suami di muka pintu..huhuhu....memasak yang istimewa setiap hari.....

Hey, ibu saya seorang YG BERKERJAYA dan BERJAYA dlm bidangnya...dan anak-anaknya semua berjaya..(bukan memuji diri tapi mmg hakikatnya!) ibu saya pandai juga masak (boleh jadi chef!) wanita, kita boleh menjadi ISTERI yang LEBIH BAIK jika kita punya ini semua!

usshhhh...saya kalau sudah mula bercerita susah nak berhenti...

Tak berniat menyinggung mana-mana pihak...ya?

** saya semakin berkobar-kobar mahu ke muadzam shah **

Posted by shera at 4/23/2003 07:21:00 PM |

Tuesday, April 22, 2003

MENIMBA DAN MEMBERI ILMU DI MUADZAM SHAH

hari ni RABU..esok khamis..hurray! esok saya, rakan saya ashkeen and eda (dan beberapa yg lain) akan ke muadzam shah, Pahang.(nama aja org Malaysia, saya baru nak jejakkan kaki ke sana!) saya dipanggil oleh rakan saya ajiem, untuk menjadi fasilitator utk 1 program katanya Kem Gilap Bestari 2003 di sekolah lama nya...pada mulanya, saya pastikan dahulu..."underground ke program awak nih ajim?" bukan apa..saya x sertai program yang illegal di mata Taman Ilmu dan Budi...saya tak mahu di buang universiti nanti..

Ajim minta kami (para fasilitator) mencurahkan segala ilmu di dada utk SPM candy 2003...sek.men.agama pahang and sekolah-sekolah sekitar Rompin! ....."mencurah kan ilmu?" kami agak ternganga! mulanya saya ingat hanya menjadi committee utk program tersebut....Oh! saya BUKAN pelajar cemerlang Sekolah Seri Puteri (saya hanya sahabat baik pada pelajar cemerlang SSP!) saya tak punya ilmu di dada..saya takut untuk memberi ilmu.. banyakkah ilmu di dada?bukan apa (takut x valid lagi utk SPM tahun ini) Iya lah, sistem pendidikan kitakan sentiasa berubah-ubah... sebenarnya, kalau hendak, seribu daya...tak hendak sejuta dalih..kan?

Mulanya saya gerun juga..iya lah..SPM saya tidaklah 9A1..ada ke orang nak percaya apa yang saya akan katakan kelak? ajim betulkan misi kami, bila rata-rata kami (rakan2 fasilitator) mula menarik diri...iya lah...kami perlu membuka kembali buku-buku SPM, physic, chemistry, biology (saya tidak lagi berada di aliran sains kini ---lebih suka mengira2..)ajim tegaskan, kami bukan GURU, yang mahu terangkan satu-satu rumus dan segala2nya..TIDAK! kami hanya perlu memberi tips belajar dan menghadapi SPM..dan yang penting beri mereka semangat utk ke menara gading! (ajim kata semangat mereka perlu di bakar!) berikan mereka segala motivasi yang ada...

saya kembali bersemangat..pulang ke rumah..saya membongkar segala buku-buku semasa di SSP..habis almari saya dibongkar.. Oh! saya terharu apabila saya ketemu semula dengan segala buku nota chemistry saya!!!..Cikgu jamilah, TERIMA KASIH cikgu! uhuhu...jadual berkala (yg saya cuba menghafal selama 1 bulan kini sudah lupa!), sebatian kovalen, siri kereaktifan, dan siri elektrokimia..etana, metana, uhhhhh...saya rindukan Chemistry (walaupun saya tidaklah pandai dlm subjek ini!) saya belek2 kembali.. fail bahasa melayu..CIKGU meor..hasil didikannya Bahasa Melayu SPM saya A1.. saya selongkar segala fail-fail motivasi yang pernah saya hadiri dulu...uhuhu..semuanya masih ada..tersusun kemas di dlm almari! saya semakin bersemangat, saya tekad mahu membawa ilmu yang penuh di dada untuk membantu adik-adik di Muadzam Shah...

Walaupun saya bukanlah pelajar cemerlang di SSP, sekurang-kurangnya saya di Taman Ilmu dan Budi.. saya masih dapat meneruskan cita-cita saya, impian saya...siapa kata apa yang saya pelajari di SSP (sc stream) tidak berguna pada saya di Universiti..jika saya berada di dlm aliran bukan sains di sini? Jelas sekarang saya sedari..ilmu yang kita pelajari SGT berguna.. SANGAT berguna...kalau tidak banyak tentu ada sedikit....

Apa yang pasti..saya mahu mencurahkan segala ilmu yang saya ada, selagi terdaya..akan saya beri.....

Semoga mereka berjaya ke menara gading kelak! (saingan kan semakin sukar sekarang..)

Moga usaha saya mendapat keberkatan..InsyaAllah..


Posted by shera at 4/22/2003 06:13:00 PM |

Sunday, April 20, 2003

Percintaan Jarak Jauh ( bukan pendidikan sahaja boleh jarak jauh tau! )

hmmm....nak citer benda nih saya dah dapat permisi dari tuan punya badan...

saya kenal ainun ( siti ainun nisa ahmad yasir kalau translate in arabic..ainun nisa means mata perempuan..hehehe) 7tahun yg lalu.. tapi betul-betul kenal hati budi ainun masa both of us form 2..lupa la plak camne saya boleh jadi best friend ngn ainun..masa form 1 ainun 1 Usaha, saya 1 Jaya..nak ke kelas ainun kena lalu TIGA kelas senior form 3 sebab kelas kami terpisah oleh kelas akak-akak senior..jadinya saya jarang nak ke kelas ainun...yg pastinya.. saya kenal siapa ainun masa saya form 2..kami sama-sama pergi Tuisyen Mara (ye ke ainun?) and nak dijadikan cerita..saya kenal his future husband (InsyaAllah) pun masa saya form 2..
(mestilah..sebab ainun pun kenal nik mase form 2 ) then..the story begins......

a.nik sort of jatuh cinta pandang pertama (ye kan...a.nik?!) ngan ainun masa both of them ada practise kadet polis...opsss lupa plak..nak intro a.nik...ainun pecah tradisi batch kami bila dia jadi orang first 'bercinta' ngan the most famous school hahaha..sekolah Alam Shah..a.k.a SAS...ssp VS sas..tp diorang dua leh 'bercinta'.....di awal perkenalan...a.nik is more like a brother to ainun (even saya dapat menghidu niat a.nik at that time) tapi biasalah ainun..kena lah jual mahal...since a.nik menjadi rebutan senior kami juga! masa sekolah sure laa tak fikir benda-benda towards marriage..even ainun and a.nik cam pernah declare couple masa sekolah..(tak pasti sejauh mana kebenaran benda ni) lagipun ainun mmg menjadi rebutan ramai bebudak lelaki..tak perlu mention nama kot! :) ainun and a.nik takde laa keep in touch sgt masa sekolah..sort of 'biskut' jugak laaa...kadang-kadang dengar citer pasal a.nik dr ainun...kadang2 senyap je..tapi satu benda yang paling saya ingat..a.nik hantar kad good luck BUATAN SENDIRI utk ainun masa dia nak SPM..ainun gantung kat divider katil dia (sorry ainun, pecah rahsia!)

Masa SPM week...ramai gak kawan-kawan saya yang mula 'bercinta'...ye laaa TENSION dgn SPM..anem ngan admirer, iza asik bagai nak gila dengan seseorang, sabrina yang sentiasa diburu, fadilah hani.. ngan mamat nasyid (and sekarang dah officially wife and husband to be ) opss dila sue pun ada gak...masih setia mungkin! tapi dila mmg jual mahal..semua nama mesti dirahsiakan demi menjaga maruah masing-masing....tapi ainun maintain ngn a.nik......

after graduated from ssp..semua org bawak haluan masing-masing..and masa ni...saya rasa ainun and a.nik..sort of ter'lost contact'.. tak tahu mana a.nik sembunyi..ainun pun bz kat PPP (nak fly g US) luckly ainun belajar kat UiTM shah alam and my house pun kat shah alam..ainun selalu lepak rumah saya..(dia ada kereta sendiri, senang nak bergerak) bila berborak..jarang juga dengar nama a.nik.. bila bertanya, ainun senyap ( mungkin dia pun tak tahu mana a.nik ) suddenly..tak sure bila specific date..ainun kata dia dapat menjejaki a.nik...(hurray!! apa yg saya jangka..betul..there must be a chemistry between them!) ainun dapat hp number a.nik melalui senior dia kat UiTM..( yg juga budak sas )ape nama nye ye?--saya lupa! so...the new story begins!

ainun and a.nik dah BESAR..dah boleh fikir benda-benda serius..huhuhu..klakar rasanya!
satu hari ainun msg saya...minta saya hubungi dia....(saya tahu ainun keluar ngn a.nik hari itu) saya dapat rasa ainun gembira..dari riak suara dia...huarghhhh....a.nik approached dia...(kan betul apa yg saya kata ainun...just be patience and wait..he will approach U!)
so..from the date..10/11 kot..officially ainun is NOT available anymore....so, tamatlah perjanjian saya dan ainun..sebab ainun dah langgar perjanjian...dia dah jumpa mr.right dia...(rasanya ainun mmg x silap pilih---InsyaAllah) a.nik and ainun mesti selalu doa moga Allah Taala kekalkan bond between them sampai bila-bila...InsyaAllah....

sepanjang ainun dan a.nik berkawan secara serius...mmg banyak dugaan..iye laa ainun cantik orangnya..a.nik pun handsome... mereka antara pasangan yang saya kira secocok...sebab selalunya mengikut kajian saya..kalau si lelaki handsome,biasanya yg perempuannya..biasa aja...vice versa... ainun sekarang kat US....nun jauh di mata a.nik..tapi..DEKAT di hati.. siapa tak risau kan? gf cantik jauh di mata.....( a.nik, DUN WORRY, ainun will never change...)

Kadang-kadang saya tak faham...ada antara kawan-kawan..mereka bercerita..sekali tengok, boleh terus jatuh cinta..tak perlu kenal hati budi..mereka boleh kata itulah calon isteri saya, itulah calon suami saya ( ilmu apa yg mereka ada, ya?) bila tengok gambar aja terus suka, bila tengok nama pelik sikit tapi mungkin akan memberi muka yg lawa dan handsome, terus rasa nak berkawan..(maksud saya kalau lelaki namanya..saya akan beritahu kemudian) tapi ada juga yang TERLALU tipikal...nak yang macam ini, nak yang itu, nak yang muda, nak yang tinggi, nak budak engineering, nak yang bertudung labuh (tak semua yang bertudung labuh tu perfect!) tapi kenapa jarang saya dengar orang letak kriteria yang berbudi bahasa, yang tahu hormat orang tua, bukanlah jarang...mmg ada..tapi tak dibegitu ditekankan sangat...

ainun dan a.nik ambil masa 5-6 tahun utk kenal hati budi (lama bukan?) bila dah kenal..dah bersahabat, baru tahu..susahnya bercinta dengan anak sulung..tak kira yg perempuan atau yang lelaki....kajian saya utk mengenali anak sulung hanya dengan 3 huruf E-G-O!(yg baiknya-sgt byk komitmen, bertanggungjawab, penyayang dengan adik-adik...cukup itu aja!) ramai juga antara sahabat saya anak sulung..ainun semestinya, a.nik, mizah, eliza, (kawan SSP) tamimi, along (kawan UIA)..banyak juga persamaan mereka... apa yang jelas..ANGAH dalam keluarga banyak istimewanya! (sebab saya ANGAH dlm keluarga)

opsss..terpergi jauh dari topik.. Bagi saya..kalau saya ditakdirkan akan melalui percintaan jarak jauh (shahalam-kl_bukanlah PJJ ye?) elemen penting..PERCAYA satu sama lain and terus berdoa bahawa pilihan kita itu tepat.." Ya Allah, jika dia dijadikan utk ku dan aku dijadikan untuknya, kekalkan lah kemesraan antara kami, kasih sayang antara kami...dan jika TIDAK, pisahkanlah kami tanpa rasa kesedihan pada kedua-dua belah pihak" doa ini bukan membuktikan saya sudah tidak available ya?

Sebenarnya saya heran bin ajaib..bila ada pasangan yang sudah bercinta bertahun-tahun bagai nak rak..sudah ambil keputusan untuk membina masjid, dan sudah pun menimang cahaya mata...tiba-tiba terpaksa melalui satu jalan yang sangat sukar dilalui iaitu D-I-V-O-R-C-E...mungkin takdir Allah, ada juga yang kata sudah nasib dan tak sehaluan etc...tapi kenapa setelah kukuh tiang masjid yang di bina, baru menyedari bahawa anda TIDAK sehaluan, TIDAK sefahaman?

Minggu lalu saya luangkan masa di depan TV, melihat 1 pasangan artis yang berkahwin..dan pernah berpisah, namun ajaibnya mereka kini telah rujuk semula sebagai suami isteri...si suami menyedari bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa isterinya! Allah sudah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan...manusia yang baik akan dipasangkan dengan yang baik, begitu juga sebaliknya...

untuk mengingatkan diri saya, jangan terlalu memilih tanpa menyedari siapa saya sebenarnya...yang pasti jika kita mahu pasangan yang baik, beriman dan berpendidikan..lengkapilah diri sendiri dengan itu semua dahulu..(shera make sure belajar memasak!)

Cukup sampai sini dahulu....jumpa lagi!


P/s: any comment? send it to me-----> hozey83@yahoo.com

ainun and abg nik (her beloved boyfriend and InsyaAllah her husband to be) abg nik is an engineer to be,will be graduated from Multimedia University soon..


hope u guys remains till the end!

Posted by shera at 4/20/2003 06:58:00 PM |

Tuesday, April 15, 2003

16 April...apa yang istimewanya 16 April...hari-hari saya tanya..ada apa-apa hari istimewa ke in the month of april nih...bday naim pun hampir terlupa..(tp masih sempat wish) tiba2..malam tadi..saya dan kakak (shidot) berborak itu ini...and dia kata..shera balik class kol berapa? kenapa? esok anniversary mama & abah (Ya Allah inilah hari yang saya lupa sempena 16 April!!!) shidot ajak pergi beli hadiah (dah tahu nak beli apa..cuma x berkesempatan nak beli aja)




HAPPY ANNIVERSARY TO MY DEAREST MAMA AND ABAH...

Semoga mama dan abah di panjangkan umur dan murah rezeki sentiasa. Moga mama dan abah sentiasa tenang di bawah lindungan kasih sayang ALLAH Taala....

Bila kira-kira..dah 21 tahun umur keluarga kami..(betul ke?) My dearest mama kenal future husband dia (and sekarang nih my abah la) masa diorang sama-sama belajar kat UM..masa tu UM is the only University yg wujud kat tanah melayu..(tuh sbb mama sangat bangga bila shidot dapat masuk UM--ikut jejak langkah mereka katanya)
Bila tanya..sejarah cinta mama dan abah..mama x segan silu bercerita...mama kata..mereka tak pernah declare..just kena faham sendiri..(boleh ke macam tu di zaman siber nih?)abah cinta pertama mama (seronoknya sebab berakhir dengan perkahwinan)
Mama selalu pesan pada kami adik-beradik (sebab mama punya 4 anak dara) TAK perlu bercinta masa belajar (and pandangan ni selalu ditepis oleh kawan2 saya) mama kata JGN memebri harapan pada orang yang kita pun tidak pasti adakah he is the RIGHT person yang akan kita hidup semati? Mama kata ber KAWAN tak salah..Kawan biar SERIBU, berkasih biar satu..betul..statement nih dah SANGAT klise..dah selalu kita dengar...and itu sebabnya kita selalu tengok orang lelaki yang dah ada girlfriend a.k.a orang rumah pun biasa flirt around dengan ramai girls..tapi GIRLS, we should aware yang a guy bila dia dah sayang pada one girl..dia memang boleh flirt dengan perempuan lain..tapi dalam hati hanya ANDA seorang..(ini bukan bercakap melalui pengalaman sbb saya tak ada boyfriend) tapi saya menulis berdasarkan pembacaan...saya punya "99 secrets girls should know about guys" dan melalui pemerhatian..saya rasa statement ni betul....

Mama selalu pesan..kalau nak cari boyfriend a.k.a husband to be biar sekufu, setaraf.. bukan nak memilih..mama kata jangan nak berangan nak boyfriend yang kaya sebab kami bukanlah orang berada, jangan nak bermimpi nak boyfriend yang handsome sebab awak tu tak cantik mana..jangan nak bercita-cita nak boyfriend yang genius gila, sbb awak tu orang biasa....tapi saya dan shidot pernah tanya mama dan abah..kriteria yang PERLU ada pada bakal menantu (huhuhu nak gelak rasanya tulis topic ni) syarat mama yang pertama EDUCATED (means dia perlu graduated with a degree dr memana U and tak kisah laa dari kursus apa) yg kedua masih EDUCATED. mama kata kalau shera ada degree..dia pun kena ada degree..kalau shera nak sambung master, dia tak nak sambung...mama boleh accept.. tapi its better to have someone with the same level of education..bila tanya abah..abah jawab ringkas..biar lah yang ber IMAN..beriman? (saya kena cari tahfiz ke?) TAK..maksud abah..at least boleh baca YASIN, boleh jadi IMAM and solat 5 waktu.. huhuhu..gelak berguling saya dan shidot..

Maknanya...saya dan shidot tak perlu sibuk berfikir nak cari boyfriend yang handsome macam hans isaac ke..tom cruise ke..sebab mama dah pesan.. nanti yang nak mengadap muka laki tu hari-hari ialah kamu sendiri..bukan mama (betul juga!) so mama x berhak nak kata nak muka yang macam hero hindustan ke, nak yang putih, yang tinggi etc.. (kriteria yang selalu di cari) kalau cakap pasal future life..saya SANGAT takut nak bercerita details..iya lah bukannya kita tahu future life kita kan?

tapi minggu lepas..mama buat kejutan...

dalam kereta kami berbual-bual selepas melawat adik di SDAR...

"nanti lagi 10 tahun..i'm going to be the boss..and you guys akan kerja bawah mama.."
(sebab kami di bwh bidang yang sama)

"hey, lagi 10tahun..mama still berkerja ya?"

"shera, i'm still YOUNG..hehehe..lagi 10 tahun mama baru pencen, dear"

"ehh..masa tu shera dah kahwin ke belum agaknya?"

satu kereta gelak-sakan..

at the age of 30 (sbb sekarang nih saya 20) a girl supposenya dah kahwin laaa....kan?

"shera..kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana? bagi mama, asalkan kita hidup tak kacau orang, kita berjaya capai apa yang kita nak..ada sebuah rumah, ada kereta sendiri and ada kawan-kawan yang sayang kita...as for me its OK kalau x kahwin.. moreover perempuan yang tak berkahwin..akan bertemu bidadari di syurga kelak"

I was stunned...terkejut dengan kata-kata mama..

"ma, tak malu ke kalau orang tanya..anak dara you tak kahwin lagi ke?"

"jodoh pertemuan di tangan Tuhan..jangan pula bila dah tak ada, suami orang pun kita sanggup kebas"

balik tu..saya dan shidot berfikir..(saya berfikir betul2) tentang apa yang mama cakap..

anda bagaimana?

opsss....THANX to a.nik (ainunnye bf) dah leh tgk my beloved parents

Posted by shera at 4/15/2003 06:08:00 PM |

Friday, April 11, 2003

Hmm...penat paste gambar2..masa zaman sekolah,zaman after grad from SSP..mase tunggu results...this is why i'm doing this web! an appreciation to all my beloved FRENZ....my SSP frenz...hey u guys are so GREAT! thanx for being my frenz...

kalau nak bercerita pasal sahabat, kawan, teman, rafik (bahasa sastera), friends, tomodachi (japanese), mmg x cukup sehari cerita... saya punya kawan yg kenal dari darjah satu hingga kini, Faez (yg dah tgk kenakalan saya, kegarangan saya sbg prefect yg kadang2 terlalu strict ngn kawan2 lelaki, kelasakan saya bermain segala macam benda kat sekolah dari hoki,bola baling, bola jaring segala macam bola cuma bola sepak je belum pernah cuba) faez juga satu2 nya kawan yg tahu saya ada byk ex-bf (hey sume tuh cinta monyet je!) faez jugak sgt nakal sampai x terlayan kerenah dia..tp saya bangga punya kawan seperti faez..dia seorg sahaja sahabat saya yg begitu nakal..namun berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...dia bakal graduan sports science kat UITM...kalo dikira2..x cukup dengan jari umur persahabatan kami..dah menjangkau 15 tahun kami berkawan (lama ya?)nih bukan kawan biskut..dia rajin bertanya khabar..selalu juga missed call...baru2 nih saya jmpa faez di klcc bersama seorg teman baik juga..azie.. bagi saya, faez BYK berubah...he really change a lot!..faez dah semakin kemas..berbanding saya jmpa dia 3 tahun lalu..nampak lebih terurus.. mungkin ada org jaga dia :) itu saya x tahu...faez dan azie sgt baik..sanggup hantar saya balik dr klcc ke uia...kalo ikutkan...dekat je uia dan klcc..tp sebab singgah sana,singgah sini..jalan pun x sure (shera,lain kali jadi co-pilot must be more alert!) gembira ada kawan sebaik azie dan faez...

itu cerita kawan saya dr sekolah rendah...

bila naik sekolah menengah....
pernah merasa jadi budak cbn...naik turun bukit nanas...lalu depan st.john (kononnya ada ramai jejaka handsome di dlm nya!) lepak2 kat mcD masjid jamek..and dpt tgk gimnas negara practise secara live depan mata...tp benda tuh sekejap sahaja..2 bulan saya di CBN..saya diterima masuk ke sekolah yg lebih glamer (glamer ke? belum cukup kot..sbb ada yg tak tahu kat mana sspkl) sekolah berasrama penuh..dekat dgn The Mall..Sekolah Seri Puteri..masa tu bulan ramadhan..semua student pakai tudung (masa tu SSP belum wajibkan pelajar nya memakai tudung ke sekolah) saya tiba di ssp..(tanpa memakai tudung!) awal2 org dah ada bad impression pd saya... minggu pertama..saya meraung juga bila di ssp...meraung nak balik sekolah lama..xde kawan2... (tp itu minggu pertama sahaja!) lepas tuh saya kenali; hani deskmate saya...MIMI (skang nih dah di Jepun), nadia ain yg saya kira nakal juga di awal perkenalan...ina haryani my class monitor..kes dila arif tidur dlm kelas diberitahu pd guru kelas kami..malam2 pergi prep...(after ramadhan...automatic ssp wajibkan student nya pakai tudung) kata ustazah kami..(thanx ustazah Umi) pihak pentadbiran tak pernah memaksa pelajarnya memakai tudung..Allah telah lama menyuruh kita menutup aurat!...ramai juga seniors yg tergamam mendengar alasan ustazah...Hana,Lizasue,Eliza,Nurul,Dila sue,Trah,Ude roomates saya masa kat JENTAYU..huhuhu kalo ingat lagi mase ade S.A (ssp girls should know what SA stands for rite?) sgt klakar..sebenarnya mereka memberi saya semangat agar terus berada di SSP....

Form 2..saya masih di 2 Jaya...my dearest class monitor che muzaini (a medical student kat UNIMAS) have been so sporting..
paling klakar sekali...aini start 1 links dengan one of the SBP boys school..amir syukri if i'm not mistaken...lepas tuh the whole class ada kwn kat that particular SBP... (2J girls tahu kan SBP mane?)ye laaa our dearest school mana ade boys melainkan all the teachers..Mr.Hadi, Cikgu Azhar,Cikgu Latip, Cikgu Meor and the only teenagers anak pakcik Ayub--(pe namenye..faizal ehh?)

Form 3 saya masih di 3 Jaya..hey, satu benda takkan saya lupa..bila saya buat kesilapan besar, 5 - 2 = 4! (entah siapa yang saya ingat masa tu) cikgu Rafidah..(kerana dia kami; batch 9600 berjaya mendapat 100% A untuk Matematik---Terima Kasih, cikgu!) cikgu rafidah, seorang yang sangat mahukan anak muridnya (semua guru pun mahukan muridnya berjaya) dia garang, namun bertempat. Badannya kecil tapi saya ulang sekali lagi, dia sangat tegas dalam pengajaran. Dia belanja kami satu batch burger BIG mac setiap seorang kerana kami tunaikan janji kami. Form 3 juga kami cat mural di sekolah.. anem, yana, ina (siapa lagi ye?) eliza, ermm ramai yang terlibat..yang saya ingat..mural di belakang koperasi, di bilik komputer (Dyne & Ira)

Form 4...hurray! we are now officially as the senior at the school.. Form 4..saya menangis sebab minat saya nak buat sastera..saya suka menulis, saya nak jadi lawyer..tapi saya harus tunaikan impian parents saya..mereka mahukan yang terbaik untuk saya.. mereka mahu saya teruskan pengajian di SSP..

opppp..got to go..nanti sambung!



Posted by shera at 4/11/2003 08:23:00 PM |


anem...aku benci tgk gambar nih...it looks like i'm soooooooooo petite beside U (xdelah tinggi sgt pun sebenarnya!)huhuhu hey FORGET me NOT!

Posted by shera at 4/11/2003 08:06:00 PM |


where is sabrina? hey..dah bercinta,LUPA kwn ye?!leeyert where are U!! hmm..nasib le naim and zarita is still around...hey..comot nye..after subuh b4 BIG assembly..waktu nih dah nak SPM

Posted by shera at 4/11/2003 08:05:00 PM |



our FIRST gathering after graduated from SSP (our beloved school hahaha) thanx to all..(hey you guys changes a lot!)

Posted by shera at 4/11/2003 07:46:00 PM |

something turns to nothing
and nothing makes you cry
there was something in that something
it's gone and you wonder why
life can't be lived on one thing
for that one thing could be something
so wipe those tears of nothing
for tomorrow there'll be something

BIG sista--Sista Julie (is a lecturer at MMU) ThanK U so much for the nice quotation

Posted by shera at 4/11/2003 07:34:00 PM |

Wednesday, April 02, 2003



selagi ada daya,idea...menulislah..

Posted by shera at 4/02/2003 09:14:00 PM |


among my bestest fren...anem (blue tudung) an engineer to be will be graduated from UNITEN..ainun..yg sekarang nih nuuuun jauh di mata..huhuhu..(tp akan balik mesia x lama lagi!) ainun is a student of Ohio States University doing Computer Sciences..hey geng..frenz forever!



hey guys..'tembam' kan? rasa cam soooooooo childish at that time...trah..makan BYK sket laaa! masa tengah tunggu result SPM..3X seminggu g klcc..buang2 masa tgk segala movie yg ada kat TGV..pergi kacau abg waffer anem (hey anem..dia dah berhenti keje laaa) trah..bila agaknya kita leh hang out lagi camnih? sementara aku single lagi nih...leh aa hang out sesame..hahaha




masa nih kat KLIA..anta ainun..nak gi US..ct ikut sekali....and suppose nak paste gmbar abg nik...her dearest boyfren..(i'll do that later ye ainun) huarghh..sgt sedih ( tp x nangis sbb mcm x caye je ainun dah xde kat mesia pasnih ) bila nak g jalan2 xde kawan nak teman..baru realize yg ainun nunnnnnnn jauh di US...ainun..rindu gile kat ko!

Posted by shera at 4/02/2003 09:11:00 PM |




my dearest frenz..during hari raya at my house..mona zarita an engineer to be also..(huhuhu) she hopes to enter the Imperial College,UK

Posted by shera at 4/02/2003 09:02:00 PM |



jeng2...guess who! zarita nye boyfren!!zarita,( sorry aku paste without permission ) huhuhu..frenz forever! hope u guys remains forever!

Posted by shera at 4/02/2003 08:59:00 PM |

blogger.com

Posted by shera at 4/02/2003 08:40:00 PM |

“Friendships are like beautiful china dolls.
They are painstakingly formed yet
so easily broken if not handled with care.
Both will usually lasts forever unless they are abused.
Once the china doll becomes broken,
it remains shattered in a million tiny pieces.
It may be replaced by another doll which may be just as
Good and resembles it closely,
but it will not be exactly the same.
Sometimes it is possible to glue the doll back together
if the damage is not too serious,
but the cracks or scary will always be visible,
constant reminders of the damage done.
This is take with friendships; once broken,
they will never be exactly the same as before,
even if they do get ‘glued’ back together.
If one carefully handles a friendship,
it will stay beautiful for a very long time,
just like the china doll that has been cared for.
Friendships like the dolls, if not broken,
may become faded and temporarily forgotten
on the back of shelf or in the recesses of one’s mind.
But, having a faded forgotten old china doll with happy
memories attached is much better
than never having one at all”

Posted by shera at 4/02/2003 08:17:00 PM |

salams...uhuhu..at last dpt gak ade weblog sendiri...thank U to pakd

Posted by shera at 4/02/2003 08:04:00 PM |