Sunday, May 25, 2003
Hari ni shidot 21 tahun...saya tak sempat belikan hadiah..(claimlaa dot kat chemical engineer tuh!)
Gara-gara 'bercinta' dengan ilmu FIQH...
Saya doakan moga shidot ketemu lelaki pujaan hati...
Dot, you are getting OLDER..REMEMBER that!
+ Doakan saya berjaya dlm exam..
+ Doakan moga Allah memberi bantuan semasa menjawab...
+ Doakan moga apa yg saya pelajari mendapat keberkatan drNya...
InsyaAllah
P/s: tak sabar nak MERDEKA...sbb dah rindu gila nak tulis blog...(ni laa dugaan dan cabaran menjadi pelajar)
Posted by
shera at 5/25/2003 10:19:00 PM |
Tuesday, May 20, 2003
Minggu lalu saya ke rumah Mr.Dev... guru terbaik saya (rujuk entry sebelum ini)...saya dan azie merancang untuk membuat surprise pada Mr.Dev sempena Hari Guru.. kami bawa kek untuknya...setelah mendail semua nombor rakan-rakan yang berada di dalam simpanan kami...(tambah tolak yang sudah tukar nombor ataupun berpindah) saya dan azie berjaya mengumpulkan HANYA 6 org daripada 30 org anak murid kesayangan Mr.Dev...
Saya, azie, low bee yeow, omri faez, fairuz dan zulfadli. Kami berjaya menceriakan guru kami. (dia nampak sudah ‘tua’ bila semua anak muridnya sudah meningkat dewasa!)
Low Bee Yeow pesaing pelajaran saya yang utama...kami selalu berrebut nak jadi No.1 dalam kelas...dia chinese yang fasih berbahasa Melayu..tergugat juga markah karangan saya dek kerana hasil tulisannya...walaupun kadang-kadang bila membaca hasil tulisannya seperti membaca satu teks hafalan...(sama seperti karangan contoh dlm buku rujukan) saya melayu yang cekap mengira (masuk bakul naik lif plak) kami sentiasa bersaing..primary school saya tidak terkenal...tidak pernah muncul di dada akhbar utk keputusan cemerlang UPSR...tapi pada tahun kami...kelas saya (kelas kami extra ordinary kerana kami aktif bersukan seimbang dengan pelajaran) melahirkan 3 org yg mendapat 4A..a chinese girl (bee yoew laa), an indian boy, and the most petite girl kat sekolah (it’s ME)..rakan baik saya Low Bee Yeow (dia di TAR college sekarang buat accounting)..terkejut dia di kala saya menelefonnya;
+ “ hey, shahirah...kenapa tiba-tiba call? Ada jemputan kahwin ke?”
Saya merasakan itulah satu soalan yg sungguh “bertuah”...bg saya!
Setelah menerangkan tujuan kami..dia gembira dan setuju menyertai kami...
Huh..zulfadli, HEAD Prefect batch saya..dulu saya anak didiknya (saya rakan pengawas bersama dia) dia ketua yg TEGAS, dedikasi...itu sebabnya dahulu saya tidak berapa baik dengan zul..saya prefect yg tak mcm prefect...saya ‘nakal’ tetapi masih menjalankan tugas!...hehehe..sekarang zul bakal graduan UUM dalam bidang perakaunan...
Zul datang dengan Fairuz...huh..the MOST handsome boy! Hahaha...fairuz cinta monyet saya (JGN bimbang...fairuz tak akan melawat weblog saya) Setelah 8 tahun tak jumpa...fairuz tak berubah...dia MASIH handsome macam dulu...dan masih dengan perangai yang sama..dia amat PEMALU (atau mungkin dia control depan saya) saya dan fairuz ‘bercinta’ TIGA tahun...dari darjah 4 sampai 6 (hahaha sgt lawak laaaa!!!)satu sekolah ‘merestui’ kami..bercinta, kerana result kami sama-sama excel..sampaikan dalam kelas..cikgu akan sengaja meletakkan kami duduk sebelah-menyebelah 3 tahun berturut-turut!! Kami sama-sama atlet..dia state runners dan saya akan teman dia berlatih di stadium..(vice versa) then dia hantar saya balik rumah (at the age of 11!!!!) bodohnya saya masa tu...tapi AWAS...NO HOLDING HANDS ye? saya masih suci..hehehe...tapi.. ‘cinta’ kami tidak lama...kami bawa haluan masing2 bila saya ke Seri Puteri. (sebenarnya saya memberontak kerana fairuz ‘paksa’ saya memakai tudung masa darjah 6!!!) hey..masa tuh saya mmg jahil..mestilah marah..dia siapa nak suruh saya pakai tudung?Huhuhu...klakar! and masa kami ‘clash’ satu sekolah tahu...hehehe...
Jangan bimbang...fairuz handsome..sure laa dia akan segera berjumpa pengganti... (confirm dia sudah ada ‘bini’) dia sekarang bakal graduan Bisnes di UiTM..huh saya terkejut juga masa di rumah Mr.Dev..dia MMG handsome! (rugi dulu saya tinggalkan dia) hey come ON laa...kumbang yang handsome BUKAN seekor je kat dunia ni...(shera..kan dah janji nak setia!!!!!)
Mr.Dev at the age of 38 masih tekun menimba ilmu...beliau akan further study ke bidang master pula...dan bercita-cita punya PhD...(uhh..mampukah saya menandingi beliau?) Dia mencabar kami supaya belajar lebih tinggi dari beliau....(I WILL, sir!!) Uhhh...saya kena cari seseorang yang juga mahu sambung master juga (PhD mungkin) kawan saya kata...TAK ramai lelaki interested doing master...SATU dlm seribu kot....(saya akan dapatkan juga!)
Itu kisah saya masa cili padi..
Semalam dalam perjalanan saya ke rumah..dlm LRT..perbualan lepasan SPM di sebelah saya benar-benar menarik perhatian saya....
+ Rugi kan Ali (nama rekaan saya) English nya tak credit! Kalau tak sure dia boleh buat engineering!..Resultsnya yang lain power apa....bla..bla..bla..
+ Kenapa Abu (nama rekaan juga) tak ambil add maths masa SPM kalau dah tahu nak masuk Matriks perakaunan KPM..kan ke itu subjek wajib
+ Budak 7,8A pun tak dapat JPA...apatah lagi kita yang di bawah ini...
+ Harapan terakhir aku...harap dapat UIA...uishh 4 tahun degree..dengan arabic nye..english nye...senang ke nak dapat uia ye? aku takut tak layak je....
+ Eh..nanti nak tengoklaa aku punya application for Politeknik dapat ke tak....
+ Yang pasti aku takkan ke Form 6...
Saya tersenyum sahaja mendengar telatah mereka.....
Mereka lepasan SPM (kalau tidak pun lepasan matrik KPM)...yang masih kabur...dengan hala tuju masing-masing...skop mereka terlalu sempit! Kenapa mentaliti anak melayu...FORM 6 adalah haluan yang sukar? (malas nak pakai uniform sekolah lagi BUKAN alasan!) Belum cuba belum tahu!
Kakak saya pelajar melayu yang cemerlang di CBN semasa dia ambil STPM...dia bukan pelajar cemerlang masa SPM...dia sekarang bakal graduan UM, Bachelor of economics...
Kenapa anak cina yang 10A1 pun sanggup ke FORM 6, kembali memakai uniform dan kasut putih ke sekolah...sanggup mengharungi cabran 2 tahun STPM?? Tetapi anak melayu TIDAK?
Bukanlah saya menggalakkan ke form 6..atau apa...cuma nak membawa senario anak-anak melayu zaman sekarang..yang terlalu memilih standard..TANPA berfikir tentang laluan ke UNIVERSITI semakin SUKAR! Anak cina dan India pun berani apply course di UIA...kenapa ada anak melayu yang ‘TAKUT’ ke UIA kerana tak mahu memakai tudung..walaupun sebenarnya results mereka layak untuk belajar di Taman Ilmu dan Budi?
Huh...berat sangatkah topik saya kali ini? (dun worry pakdi, still tak boleh lawan weblog ilmiah pakdi lg!)
Terima Kasih semua guru-guru saya...kerana TANPA jasa dan bakti mereka...tak mungkin saya berada di Taman Ilmu dan Budi..........Moga saya masih di beri nafas dan akal fikiran yang waras utk menjadi anak bangsa yang berjaya! InsyaAllah......
Posted by
shera at 5/20/2003 06:01:00 PM |
Saya betul2 tak menang tangan minggu ini..tapi saya janji akan buat entry baru esok..(kalau masih panjang umur lagi) jangan jemu menjenguk ya? ada banyak benda nak bercerita.........
Posted by
shera at 5/20/2003 01:30:00 AM |
Wednesday, May 14, 2003
" Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. "
+ petikan ini saya ambil dari laman web cikgu.net
Hari ni saya nak buat penghargaan untuk semua cikgu2 saya (harap tidak ada yang tertinggal)
Darjah 1 - 6 di Sek.Ren.Keb Jalan Peel ( huh, klakarkan namanya! ) Banyak yang saya pelajari di sini... Mr.Dev.. seorang guru yg SGT dedikasi.. dia Guru English TERBAIK saya..melalui dialah saya kenal A for Apple, B for Ball..hehehe..dia juga guru sukan kami..habis segala jenis sukan saya ceburi..( bola baling, bola jaring, hoki and ada satu benda RAHSIA! ) semuanya dari asuhan Mr.Dev.. esok hari guru... saya dan azeera ( rakan baik sekolah rendah ) nak buat surprise party utk Mr.Dev..kami nak ke rumahnya, nak tunjukkan the new look of US..dulu kami nakal, terkenal satu sekolah, yang bisingnya, yang langgar rules sekolah..sebelum jadi prefect (tapi yang penting..setiap tahun naik pentas terima hadiah!) Banyak sebenarnya guru-guru sekolah rendah saya...uhu just mention their name..cikgu Sabariah (cikgu prefect saya!), cikgu Naim and cikgu Haron, Mrs.Chelvan..( saya pernah bergaduh dengannya gara-gara dia tak galakkan saya terima tawaran ke Kelas Sukan )
Form 1 - Form 5..saya menimba ilmu di Sekolah Seri Puteri dahulunya di Jalan Kolam Ayer.. sekarang sudah di Cyberjaya...
Saya jejakkan kaki ke SSP..saya sudah mengenali CIK HAJAH AISAH ABU HURAIRAH and saya tahu saya TAK AKAN lupakan dia... cik aisah, guru PK HEM kami..dia juga Ketua Warden kami...uhuh cik aisah yang kadang-kala suka buat lawak, tapi mukanya SGT serius..dia TIDAK AKAN ketawa even lawaknya sgt menjadi! Dia tegas, SGT tegas mendidik anak-anak bangsa, segarang-garang beliau, saya rasa setiap tahun dialah guru yang akan mendapat PALING banyak hadiah dari murid2..Cik aisah HAFAL nama anak-anak muridnya (lagi-lagi, yang nakal macam saya!) Saya ingat...saya pernah menangis depan cik aisah..sebab kena marah dengannya (uhhh hilangkan kunci PA system sekolah yg sebenarnya disorok oleh rakan pengawas!)..uhhh Cik Aisah..moga beliau sentiasa di bawah lindungan Allah Taala...
Cik FAUZIAH ALI...seorang guru yg JUGA SGT dedikasi....25 tahun menabur bakti di SSP...(mcm lebih je) beliau dah bersara..tapi masih keep in touch dengan SSP...saya suka akan cik fauziah..walaupun tiada anak sendiri...beliau boleh layan saya seperti anak sendiri..dengannya saya boleh beritahu apa yang tidak puas hati itu dan ini..saya juga pernah menangis depan cik fauziah kerana masalah peribadi...(uhuhu..terbongkar rahsia saya!) sampai sekarang saya akan hantar kad Hari Guru untuknya...
Cikgu Matematik saya..saya takkan lupa Cikgu Rafidah..berbadan kecil mungkin sama tinggi dengan saya..tapi suaranya yang lantang tentu orang tak menyangka beliau sekecil dan secomel itu....Hasil didikan beliau, kami satu batch dapat 100% A utk matematik..PMR 1998..Terima kasih cikgu....
+ shera, 6 - 2 bukan 5 ya?"
Uhh saya takkan lupakan kesilapan kiraan saya masa percubaan PMR......( entah apa yang saya berangan kan masa itu! )
Cikgu Aida..guru baru PHYSICS masa kami form 4..dia fresh graduate dari UTM skudai..banyak juga ragam kami terhadap beliau..sampaikan cara beliau tulis angka 8 di white board pun jadi bualan kami..kami satu kelas pernah di denda berdiri sebab tak hantar lab report on time..4Jaya...jgn lupa ya benda itu! (cipah,anem,trah,ainun,zarita) akhirnya cikgu aida menjadi rakan baik kami..beliau SGT mesra dengan kami..
Cikgu Jamilah.. guru CHEMISTRY yang sangat berpengalaman di SSP...(tapi kini dia dah naik pangkat menjadi Pen.Kanan)..saya ingat lagi cikgu bercerita tentang 3 anak-anaknya..amir, aida, faiz (uishh kenapa saya ingat ya?) amir MCKK, aida KYS and faiz SDAR...and yang menariknya cikgu jamilah ex-TKC and husbandnya ex-MCKK....Cikgu Jamilah tegas, rajin buat kelas tambahan, garang juga kadang-kala, notanya sgt lengkap....
Cikgu Meor..ada anak sebaya kami..di SSP anaknya meor syazwan selalu di gosipkan dengan Amimah (mane ye anda?) opss ke linda...Seronok saya belajar dengannya...setanding cikgu Kang Suat Boon...satu-satunya guru Bahasa Melayu Form 3 yang berbangsa Cina..saya YAKIN belajar dengannya..walaupun dia bukan berbangsa melayu! (hey anak melayu bangkitlah!)
Cikgu Azhar (dah pindah ke Sek.Agama Rawang)..cikgu French di SSP..even saya bukan pelajarnya, saya anak didiknya dalam sukan Bola Baling....dari saya kecil sampai saya dah veteran kat SSP...cikgu azhar tengok saya bermain...(cikgu azhar panggil saya si kecik)
Miss Shalwati a.k.a Miss Shal (yg pada mulanya saya ingat namanya Misyal sbb saya ada kwn namanya begitu)...warden dan merangkap guru english kami...uhhh dah 3 tahun saya tinggalkan SSP..dah 3 anak miss shal...aisyah the eldest pun dah sgt besar...putih and sgt nakal cam sin Chan...hehehe.......Guru Persatuan Rekreasi Kembara saya..buat BBQ belakang dorm...
Cikgu Lim (ohh saya lupa nama penuhnya!) saya dah lost contact dengannya sejak beliau berpindah sekolah...Cikgu Lim ajar saya Science masa form 2 dan 3...saya SYG dia! walaupun saya tak ambil BIO mase upper form...
opsss...Ustazah Noor Einee... seorang warden yang saya kira banyak kali kantoi dengannya...huh..setiap kali nak langgar rules sekolah je..mesti sampai ke pengetahuan dia..(sure ada reporter! hehehe) senakal-nakal saya...saya anak murid kesayangan dia (ye ke? masa lower form je kot..hahaha) sekarang ustazah dah ada kereta...wira aeroback (tak sempat saya merasa)
lagi seorang...Miss Vasantha..dia cikgu English saya masa form 4 dan form 5..saya tahu dengan bantuan beliau saya dapat A dlm SPM walaupun saya tahu A tu jauh utk digapai! Setiap pagi..seawal 6.30 pagi..saya dan rakan-rakan sepejuangan ada dlm 25 orang...dah mula buat esei (trah, hana, lizasue, eliza, nurulza) ni bebudak bilik saya....siapa lagi ya? setiap hari buat esei dan miss vas tak pernah jemu membaca esei kami yang kadang-kala ntah apa-apa isinya (maklumlah mengarang sesubuh hari!)
My dearest sensei... aiko sensei, miki sensei (mereka berdua sudah pulang ke Jepun) and the bestest - yumie sensei..sekarang beliau di Ambang Asuhan Jepun UM..dan Kaneko sensei a.k.a Idris sensei..STAR no sensei... dommo ARIGATO GOZAIMASU, sensei!
Setakat ini sahaja yang saya teringat...kalau ada..saya akan tambahkannya.......
uhh..terima kasih juga Mdm Norlida (statistic 1), Miss Afifah (maths 1), Mdm Siti Hajar (econs) masa di Matrix UIA, mdm Sherliza, sir suhaimi, mdm syezlin lecturer di Taman Ilmu dan Budi.......
Di sini saya sertakan potongan sajak Usman Awang..yang saya kira SGT besar ertinya (sedekahkan Al-Fatihah utk Allahyarham Usman Awang) Hayatilah maksudnya!
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Terima Kasih, Cikgu!
P/s: kenapa ramai orang tak mahu menabur budi dan ilmu menjadi guru, sedangkan besar ertinya menjadi guru??
Posted by
shera at 5/14/2003 11:20:00 PM |
Hari ni Wesak Day (tak perlu elobrate banyak kot) just nak bgtahu yang sesangat laa tak puas hati..sebab kitorang still ada class on public holiday...
+ takpe laa shera, banyak lagi nak kena cover..ustaz tak abis cover topics lagi..
+ sekali-sekala bukan selalu
+ ustaz kata " ada antara kamu yang menyambut hari wesak?" satu kelas senyap...
+ kenapa ya UIA ada class during public holiday? (reaksi org luar)
+ Patutnya ustaz kena consider holiday untuk bersama keluarga etc..(excluded boyfriend ye?)
Banyak komen pro-cons bila orang dpt tahu saya ada class 8am - 9.45am then continue 11am - 12.30pm.. Mula-mula saya pelik, marah, geram, bengang sebab kena attend class masa cuti..tidaklah berkira sangat..sebab UIA dekat KL..and saya orang KL..compared to my others frenz..yang duduk jauh, jarang balik rumah...sepatutnya lagi berhak marah....
Tapi malam tadi saya dapat satu alasan yang kukuh, menyedapkan hati saya, munasabah..kenapa ustaz buat class masa public holiday......
"Tak perlu bercuti, eloklah ke kelas..bukankah kita tak menyambut Hari Wesak?"
Uhuh...biasa aja reason dia..bukanlah kita bila bercuti hendak meraikan bersama......bukan?
Uishhh...jadi begitu serius pula perbincangan saya..(kalah pakdi punya..hehehe)
Err...not in the mood sebenarnya nak tulis blog hari ni.....just nak sambung sket cerita pasal (filem hindustan) ..conclusion yang saya dapat..ada anak2 sekarang ini mula 'terlupa' ibubapa bila sudah ada orang lain di hati.. pagi tadi kawan saya bising tiba-tiba sebab abangnya yang sulung (yang SGT susah utk balik ke rumah jenguk ibu ayah, raya pun susah nak nampak) tiba-tiba ambil cuti kerja..untuk ke Johor berjumpa buah hati...uhuh..saya tahu ramai yang sanggup berbuat demikian kan? (tak bermaksud menuduh sesiapa) saya sendiri berdoa agar jika saya berjumpa 'sesiapa' yang memenuhi kriteria...(hahaha) masih meletakkan IBUBAPA saya paling utama (walaupun sebelum ini ada juga keluar senyap2..) seorang kawan pernah berpesan...serapat mana pun kita dengan KAWAN kita..letaklah KELUARGA paling UTAMA........
Err...saya merancang buat gathering batch 9600....menjejaki kawan-kawan yang lama menghilang.....
Left to RIGHT
Nurul ELIZA, bakal graduan UKM buat computer science KOT..(huh di mana ya anda?!),Nurul Liza Suhana bakal graduan UPM; chemical engineering, Nur Hamizah ..wat computer science kat UTM skudai, shera (it's ME, InsyaAllah..an accountant to be from Garden of Knowledge and Virtue), Nurul Zaharah, wat Science Akuatari (dia sgt minat dgn maths) will be graduated from UKM and lastly Nor Athirah..civil engineer to be..from UTM.skudai.. InsyaAllah....
Ni semua kawan-kawan baik saya ( membesar satu dorm @ sebelah dorm dari form 1 - form 5 )hey, mizah Dun FORGET your promises! ReD HoT!! RUBY...hahaha
Posted by
shera at 5/14/2003 10:25:00 PM |
Sunday, May 11, 2003
Semalam 11 Mei satu dunia sambut hari ibu...tapi ada orang yang MUNGKIN lebih bertuah bila dapat sambut Mother's day serentak dengan hari jadinya sekali...Adik saya - Syazana a.k.a nana genap 10 tahun semalam..my dearest frenz Sharifah Hafiza (orang lebih kenal ngn CIPAH kot) pun dah secara rasminya meninggalkan gelaran belasan tahun..hahaha..cipah dah 20 tahun..(uish rasa cam SUNGGUH tua bila bunyinya dah puluh)
Ni gambar my beloved Mama..masa RAYA 2002 kot...x sure laaa..tapi cam bukan latest picture....
Adik saya demand lebih2 masa birthday dia...dia hendak itu, ini..dia minta mak saya belikan kasut (bukan xde kasut..banyak..tapi saje mengada) semalam jugak saya dan family pergi Jusco Bukit Raja demi memenuhi permintaan adik saya..sampai di sana..dia minta mak saya carikan ice-cream haagen-Daaz (betul ke eja?) uishhh demand sungguh adik saya bila umur 10 tahun!!! tapi kami tak jumpa haagen daaz...tapi dia tetap berjaya dapatkan ice cream yang setanding dengan haagen daaz jugak..dia minta mak saya belikan Baskin Robin..tahu berapa? satu mangkuk ice cream RM 12.90 (mahalnya!!) mak saya kata, TAK APA..sekali sekala..bukannya selalu... (mama kata nanti bila mama tak ada..korang yang tua ni jangan kedekut nak belanja adik-adik sekali-sekala!) huhu..saya terdiam, shidot gelakkan saya...
Malam sebelum pukul 12, saya call cipah...hahaha cipah dah tua..dia mmg recognize suara saya...saya kalau berborak dengan cipah memang takleh sekejap..mesti keluar segala cerita masa kat sekolah dulu..saya tanya dia;
" Apa perasaan celebrate bithday dengan mother's day?"
" shera, tak tergambar dengan kata2"
Ni gambar masa form 5 (zaman budak2 lagi) dengan beloved deskmate...Happy Birthday cipah!
Tapi cipah tak explain pun apa-apa..cuma dia kata seronok..and betapa tak sabarnya bila dia sendiri dah jadi IBU (hahaha cipah..sapelah lelaki itu?!!) sure seronok berganda sebab celebrate birthday dengan mother's day....and satu je birthday wish cipah and saya harap sangat it will come true...(uishhh should i write it here?) she hopes that my FRIENDSHIP with someone..will remains till the END...
Haaa..semalam saya tengok 1 cerita hindustan (saya tak minat sangat hindustan nih) tapi sebab cerita tuh sempena mother's day..saya layan jugak laaa.... the story is about an indian family yang tinggal kat somewhere oversea....ada seorang je anak perempuan..and bapak dia cam kaya lah sangat sebab boleh belikan beatle untuk anak perempuan dia untuk pergi sekolah... tapi ada kekurangan sedikit pada this happy family sebab the relationship between the mother ngan the daughter tak berapa baik...semuanya bermula bila anak dia berubah bila dah ada boyfriend (uhuh mudanya ada boyfriend!!!)..mula ponteng class, mula melupakan adat2 orang india..and nak berhenti belajar..it become worse bila anak dia decide nak duduk luar ngan her friends...
opppp..sangat tak sempat nak sambung...ada class nih...i'll continue later..
hari ni ada test fiqh for economist 1...sorry, betul2 tak semat nak update blog..so guys, enjoy the pic!
see you guys ......
Posted by
shera at 5/11/2003 06:44:00 PM |
Thursday, May 08, 2003
SELAMAT HARI IBU!
uhuhu..sampai waktu saya tulis blog ni..saya masih tak pasti BILA tarikh sebenar Hari ibu? (bila ya?) ada yang kata 10 mei, 11 mei, (eiii sama birthday dengan cipah!) ada yang kata ikut second weekend of may..eii bila ni sebenarnya?
+ shera, ada apa dengan tarikh?
Hari ini saya nak buat pengumuman secara besar-besaran..
SAYA BANGGA JADI ANAK MAMA...
(emak saya pembaca setia blog saya..saya bukan mahu mengampu dia..cuma saya nak bagitahu apa yang benar!)
Rupa saya TIDAK seiras dengan ibu saya (kakak saya lebih bertuah sebab apabila orang tengok dia terus kata "anak u?" Lain pula bagi saya...
Kejadian 1
Di kedai makan saya makan bersama ibu saya...selesai makan,
"Bayar asing? "
Saya pandang ibu saya, kenapa pula bayar asing?
"Kira sekali.." jawab ibu saya
Dia beredar, ibu saya merah muka tahan gelak... (saya semakin confius! Kenapa ya?)
" Shera, orang tu ingat kita nih KAWAN SEPEJABAT!"
"Is it mama? tak kan laa kot?"
"Eii biasanya bila mama makan dengan kawan2 je orang tanya bayar asing atau sekali"
Dia datang kembali memulangkan $ baki...
spontan ibu saya berkata..
"Kami anak-beranak!"
"uuuhh..ini anak puan? Saya ingat kawan puan!"
Kami sama-sama ketawa.. Dalam kereta mama menimbulkan persoalan....
+ adakah dia yang nampak muda (kalau ikut umur saya)
+ adakah SAYA yang nampak TUA? (kalau saya kawan sepejabat mama)
Huarghhh....saya tak tahan gelak juga..tapi saya rasa sure saya yang nampak OLDISH...hahaha
Kejadian 2
Dalam lif di pejabat mama..
mama berbual dengan kawan pejabatnya (yang saya juga mungkin tak mengenali dia...muka dia nampak tak familiar)sedang mama berbual... dia tanya mama saya..
"adik you?"
Mama angguk. "yang kecil sekali"
"Tak sama pun muka?"
"form berapa? form 3 ke?"
uhuh...saya tergelak besar...
"eiii ini anak I yang nombor 2 laa...dia kat UIA sekarang..first year"
"Are U serious? tak ada rupa muka you pun!"
uhuhu...saya dah lali bila ramai orang kata...muka saya tak ada iras muka mama, mahupun abah....(muka siapa ya?)yang penting saya tahu...mama saya telah mengandungkan saya 9 bln, dia juga telah membesarkan saya, menjaga saya dengan baik..(saya BUKAN anak manja emak tau!) so, here is me----> SHAHIRAH.. saya ingat..mama pernah cerita antara kelima-lima anak mama, SAYA yang paling senang semasa mama mahu melahirkan saya..saya SENYUM sampai ke telinga.........
Saya akui...dah 20 tahun saya di bawah naungan ibu saya...(hehehe).. walaupun muka saya TIDAK seiras.. PERWATAKKAN kami SAMA... mama saya very friendly dengan semua kawan-kawan dia... (mama ada banyak kawan!) saya juga! (betul tak my ssp frenz?) my mother is very outspoken...dia open-minded..my mum ada PR yang tinggi..dia TIDAK berkira...apa lagi ya ma? uhuh...kadang2 my mum a litlle bit clumsy (uhh..saya ada itu juga!) my mum boleh lupa dia letak hp dia di mana.....(saya tidaklah tetapi agak kelam-kabut sejak purse kesayangan saya hilang)
Tapi, ada juga yang kami tidak sama...mama saya PANDAI MASAK... saya BELUM pandai masak..hehehe.. (bayangkanlah masa open house raya hari tu...mama saya masak semua benda..ada spaghetti, lontong, soto, ketupat, sambal sotong, rendang, kuah kacang, ayam masak merah (tak percaya tanya anem..and sesape yang datang!) mama saya juga suka gardening...saya KURANG suka... mama saya SUKA tolong arwah ibunya di dapur (dia pernah kena marah dek kerana hanya mengacau lauk terlalu kuat di dalam periuk)
Saya banyak berkonsgsi cerita dengan mama saya..dari A sampai Z (cuma pasal future husband susah sket..sbb my mum selalu kata saya nih MEMILIH!) mama selalu pesan... kena jadi yang terbaik antara yang terbaik..jaga solat, rajin2 baca Al-Quran (mestilah semua ibu pesan yang sama bukan?)
uh.sempena hari ibu...saya nak kata SAYA SAYANG MAMA..
kenapa kita susah nak kata I LOVE YOU, mama...tiap2 hari?? Tapi kalau dengan boyfriend/girlfriend sehari 3, 4 kali orang boleh kata i love U kan? kenapa ya? Cipah..any idea? mungkin mama saya akan kata
"kau kenapa shera? buang tebiat ke"
kalau saya kata i love u pada dia......
Ramai anak-anak yang JARANG luahkan rasa syg mereka utk ibu mereka...di masa hayatnya kita JARANG kata SYG pd mama kita..bila mereka lebih disayangi Allah Taala, barulah kita sedar..peluang itu sudah berlalu........
+ Tell the person that you love them, if not the chance will pass by
saya rasa dah cukup panjang....drop by to read this short story (tapi besar maknanya!)
Fikirkanlah....setandingkah kasih syg kita dengan kasih syg ibu kita?
Cost of a Mothers Love
A little boy came up to his mother in the kitchen one evening while she was fixing supper, and he handed her a piece of paper that he had been writing on. After his mom dried her hands on an apron, she read it, and this is what it said:
For cutting the grass: $5.00
For cleaning up my room this week: $1.00
For going to the store for you: .50
Babysitting my kid brother while you went shopping: .25
Taking out the garbage: $1.00
For getting a good report card: $5.00
For cleaning up and raking the yard: $2.00
Total owed: $14.75
Well, his mother looked at him standing there, the boy could see the memories flashing through her mind. She picked up the pen, turned over thepaper he'd written on, and this is what she wrote:
For 9 months I carried you while you were growing inside me: No Charge.
For all the nights that I've sat up with you, doctored and prayed for you: No Charge.
For all the trying times, and all the tears that you've caused through the years: No Charge
For all the nights that were filled with dread, and for the worries I knewwere ahead: No Charge.
For the toys, food, clothes, and even wiping your nose: No Charge
Son,
When you add it up, the cost of my love is: No Charge.
When the boy finished reading what his mother had written, there were big tears in his eyes, and he looked straight at his mother and said,"Mom, I sure do love you".
And then he took the pen and in great big letters he wrote: "PAID IN FULL"
"Your Lord has decreed that you should worship nothing except Him, and (show) kindness to your parents, whether one or both of them attain old age (while they are) still with you, never say to them 'Shame! nor scold either of them. Speak to them in a generous fashion. Protect them carefully and say: 'My Lord, show them mercy, just as they cared for me as a little child'" (Holy Quran 17:23-24).
It is reported that a man came to the Prophet(saw) and asked: "Messenger of Allah, who is the most deserving of good care fromme?" The Prophet (sawreplied: "Your mother (which he repeated three times) then your father, then your nearest relatives in order".
P/s Saya akan letak gambar saya dan my beloved mama...juz wait for it! ok? see ya then!
Posted by
shera at 5/08/2003 09:15:00 PM |
Wednesday, May 07, 2003
Hari ni seperti biasa saya jadi co-pilot untuk mak saya..dari shah alam ke plaza sentral (sebelah je dengan KL sentral) sepanjang perjalanan..we all selalu borak2 tapi lebih kepada muhasabah diri.. my beloved mum selalu bagi pengajaran..tentang kehidupan (tp nampaknya dia memang open minded utk cakap pasal guys...hahaha)thanx for being my mum!
Tapi hari ni saya alami satu kejutan depan mata...cermin depan kereta wira mak saya...retak seribu (mungkin lebih dari seribu retaknya!) saya terkejut! sangat-sangat terkejut..saya risau kalau cermin yg retak seribu tu jatuh ke atas kami (walaupun saya belajar fizik..saya tahu..ia takkan jatuh terus) terus saya fikir..
"kenapa ya?"
saya tersenyap 5 minit...tp my mum (the profesional driver) maintain je..dia teruskan drive...saya minta dia berhenti tepi....
tapi dia teruskan drive sampai kami sampai office mak....
+ uhuh..saya kena tanya guru memandu saya..nape leh jadi camtuh ye?
(atau ada antara pembaca saya dapat bantu saya?)
saya mula takut nak memandu (kelas memandu saya start hari jumaat ni!!!!!!) doakan saya cukup berani......
Saya akan tulis lagi.....
PERINGATAN untuk semua:
err...Fikirkan cara terbaik untuk membuatkan ibu kita rasa dihargai, disayangi di Hari Ibu ya?....kad buatan sendiri (saya suka buat benda2 itu, tapi saya tak punya masa--uhuh untuk bf ada saja masa itu!) tulis poem satu kertas kajang, beli hadiah yang beratus ringgit....belanja ibu makan di hotel lima bintang (masak sendiri utk ibu mungkin lebih istimewa mungkin!) tapi...Ramai yang bagitahu dengan saya..ada apa dengan hadiah kalau perangai kita dah cukup buat ibu terasa.................fikirkanlah!
Posted by
shera at 5/07/2003 06:25:00 PM |
Tuesday, May 06, 2003
7th May 2003
Happy Birthday to You,
You are born in the Zoo,
Happy Birthday to You,
Happy birthday to AINUN!
+ macam tak sedap je kan bunyi dia? :(
err....hari nih ainun dah TUA..dia dah 20 tahun..(leh geng ngan pakdi)
huhuhu..seronok laaa kalau jadi ainun...celebrate birthday yg ke 20 kat Ohio, USA..tapi kalau ikut waktu saya tulis kat blog nih..ainun still 19thn...sbb dia kat US lom masuk 7 may lagi ..hehehe...
mesti dapat banyak hadiah...(tunggu kad yg shera anta ye?)kalau nak hadiah...balik malaysia...boleh tuntut...(that's my PROMISE!)
+ saya tengah perah otak nak tulis artikel terbaik utk my beloved mother for this coming mothers day!
Posted by
shera at 5/06/2003 06:18:00 PM |
Sunday, May 04, 2003
Semalam saya terbaca satu artikel..kolumnis tetap di Berita Minggu..Saya lupa namanya..tapi artikelnya tak pernah saya baca..tapi kali ini saya baca sampai tamat...
"Alangkah mulianya hati mu" (something like that)
Pagi ahad..kami sekeluarga..abah, mama and shidot...
"what should i do with 60,000?"
Setelah saya habis baca artikel mengenai betapa mulianya hati si gadis manis, muda setahun dari saya..dia berjiwa murni..Khatijah Khalilur Rahman yang saya kira begitu bertuah dengan hanya meneka sebuah lagu...dia menerima RM60,000 sekelip mata bila dia menyertai teka lagu di MIX.fm..(if i'm not mistaken) Dia tak perlu kerja keras, tak perlu belajar tinggi-tinggi untuk mendapatkan $ itu..mak saya kata...itu namanya duit terpijak..(iye ke? bukan rezeki dia ke?) Tolak tepi pasal rezeki dia itu...cuma apa yang saya terpegun, ternganga sedikit mungkin...apabila dia bertindak untuk mendermakan KESEMUA wang tersebut kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MERCY)! Oh, alangkah mulianya hati Khatijah!
+ " Dia mampu dik..dia tak perlukan duit itu..mak ayah dia orang kaya..." kata shidot
+ " Apa bukti mak ayah dia orang kaya? siapa tahu? berapa kaya? hei itu duit dia..bukan duit mak ayah dia..." saya tak puas hati
Mungkin khatijah memang sudah cukup berada...mampu beri khatijah makan minum yang mungkin mahal-mahal..di hotel lima bintang mungkin...pakai baju semuanya harga 3 angka.. MUNGKIN pakai hp nokia yg terbaru..tapi itu semua kita tak tahu....saya hanya membuat andaian......
Let see...kalau saya pula yang berada di tempat khatijah...
+ Uhuh..saya akan settle kan bill telefon saya yg dah 3 bln kena barred
+ saya nak beli kereta..(sbb saya bakal dpt lesen sebelum birthday saya!)
+ Saya nak beli itu, ini, macam-macam benda yang mungkin mengarut..(org lelaki sure tak dpt bayang pe yang saya akan buat dengan $ itu..)
+ Tapi saya rasa saya akan habiskan baki $ itu dengan MAKAN..pergi tempat-tempat makan yang mahal2...segelas air mungkin RM9.90..sbb saya mmg suka makan...(hehehe) banyaknya saya makan
+ Saya kata mahu kasi abah dan mama $10,000 seorang..
Saya mula menggaru kepala yang tidak gatal..saya sudah tak tahu nak berbelanja apa....sedikitnya saya mahu berbelanja!! Ayah saya kata..
+ shera, $60,000 bukannya banyak mana"
Saya pelik laa bila abah kata..TAK BANYAK MANA?
Abah kata dia juga pernah dapat wang lebih kurang banyak sama dengan khatijah...sekelip mata habis..abah kata bayar income tax, bayar zakat, buat tangga dia rumah baru mama, bayar duit beli kereta baru, belanja anak-anak yang mahu itu, ini....
+ Abah..that is YOU, bukan shera...shera mana kena bayar itu ini...for sure for me $60,000 itu SANGAT BANYAK....
Kalau tengok senarai saya di atas..semuanya KEHENDAK..kan? bukan KEPERLUAN...kenapa saya tak terfikir mahu mendermakan $ itu seperti apa yang khatijah buat ya? Saya bukanlah tidak mampu utk settlekan bill hp saya, mama bukan tak mampu belikan saya kereta.. semuanya saya rasa mama dan abah mampu tunaikan........cuma mama mahu saya usaha sendiri...bukan dia yang beri..
Tapi mungkin bagi saya...60,000 adalah satu nilai yang BESAR...yang saya tahu..saya mungkin x akan dapat lagi...dengan hanya meneka lagu...(saya ini sudahlah jarang tahu nama lagu-lagu)
Sepatutnya kita mencontohi Khatijah Khalilur Rahman..MUNGKIN dia juga tak menyangka akan mendapat duit sebanyak itu....tapi dia berfikir jauh sedikit dari saya..dia tahu bezakan keperluan dan KEHENDAK...dia mungkin lagi muda dari saya....tapi dia berfikir seperti orang yang lebih tua dari saya.......bukan?
Semoga Malaysia mempunyai ramai lagi rakyat seperti Khatijah!
+Saya rasa saya akan simpan duit itu sedikit for MY WEDDING day kelak...(THAT IS..IF I GOT THAT MONEY...hahaha!)
The truth is saya BUKANLAH khatijah yang bertuah itu......
ANDA bagaimana? DERMA atau belanja?

