Sunday, June 22, 2003
Weekend lepas saya tidak pulang ke rumah (balik sehari aja) nak tolong kawan punya pasal..radzlan - saya tak serik berkerja dengan dia..kami baru kenal..tapi kerana PR nya yg saya kira SGT bagus..saya tak kisah utk habiskan weekend saya di Taman Ilmu dan Budi..lagipun closing ceremony utk Caring Week tuh ada mesej tersendiri..saya mahu menyumbang sedikit kalaupun tidak banyak.. TAHNIAH utk radzlan..(dan mungkin adiknya juga -RadziQ) huh...saya betul2 tak sangka mereka adik-beradik boleh bernasyid..."Lan, keluar album jgn lupa saya ya!" saya harap mesej yg hendak dia sampaikan berjaya..mungkin adik2 dari SBP Integrasi kurang jelas (adik2 form 1)..tapi saya harap sedikit sebanyak ada keinsafan dalam hati mereka dalam gelak ketawa mereka malam tadi..
Saya suka scene gangguan 'hati jahat' berdebat dengan 'hati baik' sedang seorang lelaki hendak solat...nampak kelakar sbb kostum radzlan menarik..dengan wan zokhri menjadi hati baik (pilihan yg tepat saya kira)..dalam tak sedar sebenarnya memang senario itu wujud di kala kita mahu menyembah Allah Taala...bukan? Uhhh saya masih tidak mahir menulis bab2 ini...belum mantap lagi ilmu di dada..Tahniah juga pada group naysid al-masaar sebab nasyid nyanyian mereka..mesra telinga..saya bagi 5 bintang.. walaupun saya tak tahu apa itu muzik secara detail..saya rasa ada 'class'! Keep Up the Good Work!
Weekend yang lepas, saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang saya kira ABANG saya yg terbaik di dunia! huhuhu a compliment to abg pian..kami dah lama tak hang on the phone sejak2 saya kembali ke Taman Ilmu dan Budi.. ohh..baiknya abg pian..kami berborak 1 1/2 jam! jangan salah sangka..kami BUKAN bercinta..dia banyak beri saya tunjuk ajar dalam kehidupan..dia lebih dulu makan garam dari saya..tapi kali ini saya heran..dia minta pandangan saya....
+ adiknya 17 tahun sudah mula bercinta
(uhh...shera jd kaunselor cinta lagi!)
sebagai abang..abg pian tak senang duduk...dia pelik bila tiba2 bill telefon rumah yang tak pernah 3 angka tiba2 jadi 2-3 ratus.. adiknya yang jarang on the phone..tiba2 kerap menerima panggilan.. 6 kali sehari (katanya) dan kerap juga bergayut 2-3 jam..abg pian juga pelik bila kadang2 dia ternampak adiknya menangis dalam bilik (tidaklah meraung...tapi bengkak lah juga mata) and kadang kala adiknya keluar bilik muka berseri2..
+ shera..adik aku tengah bercinta ye?
huhuhu saya gelak sakan (macam terkena batang hidung sendiri je..TAPI itu dulu..sekarang saya tidak lagi!)
abg pian pelik bin ajaib dengan adiknya...bukan sbb dia tak tahu itu mmg tanda2 org tgh angau bercinta...cuma dia tak aware sbb dia sendiri tidak bermain cinta di usia muda...(uhh saya akan mencontohi abg pian!) dia 3 tahun tua dari saya...tapi saya kira dia anak lelaki yg taat pd keluarga..abg pian tidak merayau lewat malam, balik pagi atau pergi berhuhahuha di kedai kopi..uhh dia memang bukan begitu......
saya kagum..sbb abg pian kata
+ aku tak kisah adik aku nak bercinta...cuma aku TAKUT...they go beyond the line..adik aku tu lurus orangnya.Orang bila dah bercinta lupa semua benda! kalau aku dapat lelaki tu..aku kerjakan dia cukup2 sebab ajak adik aku get involve benda2 ni..
saya gelak lagi..uhhh...untungnya siti syahida sbb punya abg sebaik dan sehandsome abg pian! saya tak punya abang utk mem'protect' saya kalau saya di'ganggu'...(oppss abg pian dah volunteer nak jadi ABG saya!Thanx a lot!)
Dun worry abg pian...siti syahida baik orang nya...dia tahu beza baik buruk..(insyaAllah)
saya beritahu abg pian..
+ kawan shera 20 tahun dah nak kahwin bln 8 ni..mana tahu jodoh adik itu awal..apa salahnya dia bercinta di usia muda!
uhuhu..itu kata2 sahaja...untuk menyedapkan hati abg pian...yang saya kira tengah gundah-gelana(betul ke penggunaannya?) Namun saya PUNYA prinsip saya sendiri..saya tak akan cerita di sini..nanti banyak pula pro and cons nya...bagi mereka yang dah jumpa 'orang pilihan hati'..jaga segalanya, hati, batas dan relationship itu sendiri....ok?
Got to go...saya belum siapkan kerja saya...
+ HAPPY BIRTHDAY to SYA (my dearest fren) dah belated pun...it was on 14th June. and ashkeen (my beloved compartment mate) on 9th June..
+ THANX to eda..sbb sudi teman saya sampai 2 pagi menekan keyboard...
+ sorry to Pakdi sbb montaj anda yang canggih tak berjaya ditayangkan...nervous sgt kot..sbb buat kerja in rushing!
Posted by
shera at 6/22/2003 07:16:00 PM |
Wednesday, June 18, 2003
Sebenarnya saya dapat banyak feed back ttg kisah A..
tapi saya belum ada masa nak buat konklusinya..
Hope sesapa yang nak memberi opinion...leh anta kat email..
InsyaAllah..saya akan tulis entry baru...
Doakan Quiz Accounts saya berjalan lancar..
P/s: Happy Birthday to my dearest fren dari Darjah 1..hingga kini..Mohd Omri Faez..
Moga anda panjang umur dan murah rezeki..
Posted by
shera at 6/18/2003 10:30:00 PM |
Thursday, June 12, 2003
how should I start...
case 1
A dah ada boyfriend yang saya kira mereka betul2 bercinta..and of course they are looking forward to end up the relationship with marriage... suddenly along the way...A got a strange feeling towards someone (a crush of her, let it be as X)...A tak tahu kenapa..ada debaran dan rasa thrill bila dia berhadapan dengan X...bila sehari tak jumpa X, A feels that she miss X so much.. BUT at the same time A love and miss her boyfriend too…
case 2
B cantik, manis, pandai, bukan orang berada tapi bijak bergaya..B agak memilih mungkin juga perfectionist…setiap kali bertanya khabar…B mesti kata “ I masih SINGLE, shera!” tapi…baru-baru ni saya bertemu B…ohoho..ada sinar gembira di mata A..bila di tanya-tanya..uhuh…B sudah berpunya! B kata, “ shera, he is so nice…tak sampai hati nak tolak…so I accept him. It is not because of LOVE..”
case 3
C kenal si jantung hati 4 tahun lalu…saya kira kalau sudah berkahwin sudah punya 3 anak…tapi tak tahu kenapa, everything changed! C dapat merasakan mereka tidak sehaluan. Kata putus diambil..mereka membawa haluan sendiri..(mcm sudah berkahwin pula ayat saya!) satu sahaja pesan saya…mungkin dia bukan jodoh anda, C…nantikan your mr.right! C tanya saya.. “shera..kalau dia bukan jodoh aku..kenapa Allah Taala benarkan rasa syg aku pd dia (her boyfriend)” saya hanya kata…setiap kejadian itu ada hikmahnya dan tak semua benda yang kita suka itu…Suka juga di sisi Allah…dan tak semua benda yang kita tak suka itu..Allah juga tidak suka…
case 4
D punya boyfriend - Z yang sudah punya pekerjaan tetap hasil usaha diri sendiri berkerja selepas SPM. Z sudah punya kereta kancil sendiri..mungkin juga akan ada rumah sendiri kelak..walaupun Z tidaklah berjawatan tinggi dan bergaji besar..tapi apa org kata… cukuplah nak beri anak bini makan. D pula bakal graduan universiti dalam bidang professional. Mereka betul2 bercinta dan berjanji utk sehidup semati...
Saya bukan nak kupas pasal kisah B, C atau D…saya mahu berkongsi pandagan dengan anda di luar sana…tentang masalah A. kisah B, C, D hanya utk renungan bersama…saya tak dapat nak bantu A sebab saya TAK PUNYA BOYFRIEND.. (crush ada laa) tp kes saya sudah tidak sama dengan A…bukan?
Orang kata..antara tanda-tanda kita sedang fall in love ngn someone…bila kita jumpa org tu…kita akan rasa degup jantung kita SGTLAH laju..macam sangat berdebar2.. sedangkan mungkin dia HANYA classmate kita, rakan sekuliah atau pun a good friend of us…yang kita jumpa tiap-tiap hari…bila kita nak jumpa org tuh..tak kira dirancang atau tidak…kita seboleh-bolehnya mahu berada dalam keadaan yang sgt presentable, tak mahu comot2…uhh..kalau masa makan terkena kotoran…masa tu juga mahu hilangkan kotoran..tapi kalau di depan boyfriend..tak rasa apa-apa sebab dia memang selalu tengok kita comot…
Eiii…bear in mind..saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya melihat orang, ada juga pendapat kawan-kawan…bukan diri saya sendiri…tau!?
Yang menjadi masalah bagi A…dia dah ada boyfriend..yg betul2 sayang dia..and of course A pun syg bf dia..tapi kenapa..kadang2 A rasa..there is a feelings towards somebody else..and bila ada feeling macam tu..A mula berfikir..adakah her boyfriend at that time is NOT her mr.right? maybe yes, or maybe NOT…kan? sampaikan A pernah rasa mahu hentikan relationship mereka…
So, guys out there..yang rasa nak tolong A..saya rasa masalah ni bukan pada kaum wanita sahaja…mungkin lelaki pun got the same problem..(pakdi, dah jumpa the right one ke?)hahaha
A, B, C dan D mungkin wujud di realiti ataupun rekaan saya…yang pasti kisah mereka TIADA kena mengena dengan yg hidup atau yang telah mati..ok?
Uhh..saya sentiasa berdoa…moga di ketemukan dengan HANYA SEORANG mr.right… bukan 2 atau 3..dan that mr.right akan remains till the end..AMIN…doakan ya!
Posted by
shera at 6/12/2003 11:48:00 PM |
Monday, June 09, 2003
Saya dah mula semester baru kat Taman Ilmu dan Budi dua hari lalu...ada azam baru..nak jadi itu ini..huh..saya memang terlalu suka berazam... suprisingly..saya dapat the same room! bilik lama saya... compartment je lain...my roomate ashkeen...a friend of mine dari form 1..hehehe...rasa sekejap je dah masuk 2nd sem...pastu pejam celik-pejam celik..saya dah SECOND year! huhuhu..x sabar la plak..rasa cam masa form 1 dulu..excited sgt nak naik form 2 sbb dah jadi senior...tapi kat Universiti level nih...bukan title senior yg saya idamkan... saya mahu tamat pengajian segera..banyak lagi impian dan misi belum tercapai.....
Kali ni roomate saya ada lain2 course...ada budak psychology, architecture,and ada dua foreigner berkulit hitam!!!! huargh... menakutkan...sbb saya dah banyak dengar cerita dari kawan2 yg pernah sebilik dengan foreigner...saya belum berkesempatan nak ber'taaruf' dengan mereka...bukan tak mahu... tapi mereka pasang curtain..so, kami takkan nampak mereka..(bukan sbb mereka gelap ya!) dengar cerita mereka tu senior kami....saya pun tak pasti....
Saya dah mula belajar...dah start class.. semalam pergi class maths (tapi kami semua tak bawak calculator..mulalah mengira guna hp!) that shows..saya tak ready sepenuhnya kot...hehehe..... seronok bila balik uia semula.. jumpa semua kawan2..ada yg semakin kurus.. ada yg macam SGT kuat makan masa cuti..ada yang nampak sgt berseri2 sbb dah jadi tunang orang...macam2 gaya! ohhhh..saya terjumpa 'pemberi semangat saya = sort of crush 'saya semester lepas...ohoho... dia dah tak cute! rambut barunya sgt pendek..(huh, shera JGN suka komen org la!)
Semalam ainun call...hmm...ainun akan ada kat mesia minggu depan! huarghh tak sabar! bermulalah kembali aktiviti saya pergi berjalan2, buang masa kat midvalley, tgk gelagat org kat klcc..pergi shopping... "anem, meh le ikut sama..."
+ GOOD LUCK ye ainun for your finals!
uhuhu..saya ada berbual2 = muhasabah diri dengan seorang rakan....
ermmm..isunya camne nak face bila kita dah ada BOYFRIEND..and at the same time ...kita ada CRUSH ngan org lain... saya janji akan tulis di entry yg akan dtg.....
p/s : THANX a lot to sya sbb bagi saya a very nice blue bag for my birthday...TQ eda, for the table clock and Rifqah for a set of BLUE stationery..uhh...saya bukan lagi a BIG fan of blue colour macam mase kat sekolah dulu...tapi........hehehe
Posted by
shera at 6/09/2003 09:25:00 PM |
Friday, June 06, 2003
Huh..sampai ke sudah saya x menerima panggilan dari orang saya tunggu.. Mungkin dia benar-benar terlupa (ainun, ko kenal laaa...nih betul2 jauh di mataaaa! Huarghh)
Malam tadi..kami sekeluarga bersiap..ada dinner.(bukan kerana celebrate birthday saya ye?!) kami sekeluarga JARANG berkumpul..sbb ayang di smsah,kedah, akir di sdar, dulu saya di SSP..sem baru akan mula minggu depan..semua anak2 mama akan kembali ke tempat belajar masing2..saya pun nak balik uia..shidot balik UM...huarghh tinggal nana sorang2 jadi anak manja di rumah...
Dinner kami malam tadi di Restoran Sri Thai (tak berapa sure namanya)...dah banyak kali lalu depan kedai tu..kat shah alam..tp x pernah masuk...atas permintaan akir..mama setuju utk dinner kat situ..ada chocolate cake utk shera...(tapi bukan sebiji, sepotong je..khas utk birthday girl!) banyak sgt kitorang makan malam tadi...apa nama menu nya...sume mama yg order..kitorang HANYA makan..tak silap saya..ada pandan leaf chicken, steamed fish touchu (ikan senangin macam nama jalan rumah kitorang), seafood tomyam, prawn salad (nama je prawn salad..dia ala – kerabu udang laa sebenarnya.. sizzling beancurd, sizzling squids (nama je canggih..sotong sizzling, mixed vegetable and kami diberi dessert percuma..(guess what...waiteress pun wish saya happy birthday! Dah laa handsome abg tuh.hehehe)
Emmm...saya dapat bithday card dari mama...pink in colour...
Hehehe..
Ada cerita di sebalik kad birthday ni...
Adik saya ayang tengok kad tuh..dia tersenyum...
Minggu lepas shidot dapat kad birthday juga dari mama..ayang juga tersenyum....
Tiba-tiba ayang kata
" ala..kad ni sama macam kad ayang dapat utk birthday! kad yang mama kasi pd shidot...ayang dapat utk birthday tahun lepas"
menjerit satu rumah..saya dan shidot kata...
" mama tak fair! mana boleh ayang dapat dulu..baru kitorang dapat!!"
muka mama SGT BLUR..dia terpinga-pinga...
ni kad yg shidot dapat
errr faham tak apa yg saya maksudkan? saya dan shidot dapat kad yang sama seperti ayang dapat..sama dan serupa..sebiji laaa... malam masa dinner mama bercerita...dia beli kad utk kami di kedai yang sama..harga yg sama..tapi dia akui..dia betul2 tak ingat yang dia pernah beli kad YG SAMA utk ayang...lagipun inilah buktinya...TIADA beza antara semua anak-anak mama...card birthday pun sama...
kami selalu kata...shidot anak abah..sbb dia pandai buat nescafe kesukaan abah..akir anak abah juga..sbb dia lelaki tunggal dlm keluarga..ayang dan nana anak mama..SAYA?? huarghhh....saya anak mama dan abah!hehehe...muka saya tak serupa dengan mereka..tp SAYA TETAP anak mama and abah!
+ kata mama
" lepas ni..mama tak boleh lagi ke kedai yang sama...or the memory lane should design kad yg lebih byk utk daughther!"
saya terima a small BLUE box.. dari mama.. jeng2..saya dapat $!!!!(nilai di rahsiakan ya!) berbelanja sakanlah saya! abah janji nak belikan jam tangan baru utk saya..saya belum decide nak yang mana...swatch ke..guess ke..elle ke..hehehe..saya disuruh utk beli a girlish watch..hahaha.
Adik-adik saya beri kad..
THANK YOU so much ayang, akir and nana..LOVE u guys a lot!
Abg pian is the last caller on my birthday... huarghh...saya ingat dia dah lupa (tp dia bukan org yg jauh di mata) huhuhu..dia janji nak makan chocolate cake sama2..thanx to zety, bakso (aisyah yg suka makan bakso), akak JULIE sbb ingat bday saya..mereka wish saya malam tuh....
Huargh.. dalam gembira menjejaki alam dewasa saya still sedih..sbb saya betul2 hope kawan saya yang jauh di mata akan ingat saya masa birthday saya..(hey my friend yg belajar kat MADINAH...di mana anda!??pakdi..let it be a secret ye!) dah dekat setahun tak tahu khabar berita dari dia...apapun saya doakan dia sentiasa tenang di bawah naungan kasih syg Allah Taala selalu...InsyaAllah..and a fren of mine yg kawan dari form 1 sampai sekarang..pun x muncul tiba.....CIPAH..dia betul2 lupa birthday aku!!!!!!
P/s: hari ni saya dapat belated birthday wish..dari wawee and my cousin - nazie....and among my birthday wish dah tercapai..saya dah lulus test kete! THANK YOU mr.JPJ!
Posted by
shera at 6/06/2003 01:55:00 AM |
Thursday, June 05, 2003
gambar ni masa celebrate birthday last year ngn kawan-kawan PC, Taaruf Week 2003 (pakdi, missing in action masa ni!) chocolate cake tuh sponsored by mama and abah.THANX!
Hmm..shera dah tua! Umur dah 20 tahun..perangai still cam budak 12 tahun..
Rasa cam sekejap je..tetiba dah celebrate birthday yg ke 20!
semalam saya dapat hadiah dari anem and trah (mase kitorang jumpa kat klcc)
Trah bagi a set of BLUE stuff..card ngan hadiah kaler BIRU!
Anem plak kasi pink stuff (anem dah lupa ke shera nye favourite colour?)
terima kasih yea trah and anem!
nih kad trah bagi... TQ so much!
Malam tadi..tepat pukul 12...hp saya tersangat laa hotline!dengan msg nye..dengan call nye..hahaha..(seronok sbb rasa diri tak dilupai – even ada org yg dah lupa saya)My best fren kat UIA, Sya call awal 5 minit..(dia terlalu excited!)
Pastuh saya dpt macam2 msg...
+ Happy Bday, May all your wishes will come true..May Allah Bless you – ct rahmah -
+ Sweet 20! May Allah bless you always and have a happy bezday! – khaty-
+ Happy Burfday my fren! Dah tua kawan aku yg sorang ni! Kejap je dah 20 ek?pasnih xleh laa nakal2 and the most important
thing is takleh COMOT2 dah -ashkeen-
+ Happy Birthday... selamat menjengah alam puluhan. May all your wishes come true - eda -
+ Just wanna wish you a very fun birthday =) dah besar panjang shera..semoga panjang umur dan murah rezeki..amin. - scott -
+ Happy besday to you,
Happy besday to you,
Happy besday to shera,
Happy besday to to You.
Moga panjang umur!
- nurul Za -
+ Happy birthday! dah tua...xde belasan tahun lagi dah.hahaha! - jido -
+ Shera, happy 20th birthday! kau dah tua..hehehedah boleh kawen. semoga panjang umur dan murah rezeki. luv ya! -mona-
and malam tadi saya menerima kejutan...ada unknown number call saya...and ada suara nyayian dari belakang (uhuh..suara budak2 lelaki!) siapa pula ni? Org di sana sudah marah2 bila saya tak cam suaranya...uhhh...FAEZ kawan saya masa sekolah rendah... ohh saya terharu sebab dia nyanyi secara live utk saya...dia kata sorry sbb xde hadiah...
“ faez, ingatan pun dah cukup...tau? tak perlu hadiah laaa”
itu pesan saya pada dia...
Tiba-tiba dilasue call saya..terkejut saya...dila dah lama menyepi diri..ohoh..bday saya sama dengan ‘sahabat baiknya-muaz’...mana mungkin dia boleh lupa bday saya..hehehe..
A fren of mine masa kat SSP – mona zarita sempat call saya sekejap..dia sedang bertarung dengan ‘maut’..uhuh..saya doakan moga dia lulus dengan cemerlang... zarita, dun worry...my prayer is always be with U! eii zarita..umur je dah 20...mmg dah boleh kahwin..tapi calon nya di mana?!!
Dalam kad birthday anem; anem pesan...
+ Hope you find that aiman haziq...hahaha..
+ since dah 20thn nih...buatlah perangai cam org besar, jgnlah berperangai kebudak-budakan...BE MATURE!
Saya akui saya macam budak-budak...BUT beware! I’m matured enough dlm pemikiran.. hehehe.. ada kawan berpesan..JGN jual mahal bila umur dah 20 nih...takkan nak maintain single je...uh..manakah jejaka idaman hati saya?!
Birthday party yang paling best...masa saya Form 5 di SSP! Ada chocolate cake..
(eiii anem, ainun, zarita, lina and sume bebudak merak...ingat tak?)
Celebrate ngn LINA..opp lupa pula..
HAPPY BIRTHDAY, Lina!
Saya dapat banyak sgt hadiah..paling takleh lupa saya suka sgt hadiah ainun...baju tido kaler biru yg ada tulis “best friend forever” (kat mana ainun beli ye?) saya dapat 10 birthday card..dpt blue socks dari eliza, a frame from my junior, a blue box from zatyL, a chain from anem, a pink vas from maya junior, a nice glass from jido, a keychain written my name on it from my cousin ninie....uhhh...banyak laa saya dapat..
Bukan dapat hadiah yg best..seronok sebab dapat celebrate ngn kawan-kawan...bila dah keluar ssp...mana ada celebration lagi..nyanyi laa sorang2 kat bilik..(uhh saya ada adik2 saya yg sudi nak nyanyi kan lagu birthday utk saya malam tadi!)
Saya nak buat a list of azam...mmmm....nak senarai kan segala peringatan penting..bila umur dah 20 ni..err..trah, dun worry..saya still YOUNG, SINGLE and available! It’s a promsie then..
Doakan saya moga panjang umur dan murah rezeki... saya sedang menunggu kawan saya yg jauh nun di mata..saya rasa dia lupa bday saya! huarghhh......
ENJOY LIFE, shera!

