<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Sunday, August 24, 2003

“ Keranamu Malaysia! ”


Para pelajar MRSM Pasir Tumbuh cuba menghasilkan Jalur Gemilang drpd 22, 840 beg plastik dan 215, 680 helai surat khabar lama. All the best, guys!

Saya jarang sambut merdeka beriya-iya. (maksud saya dengan mengibarkan bendera ataupun pergi menyambut merdeka di KLCC, melawat memorial etc.hehehe) masa kecil2 mama saya pernah juga bawa sekali dua ke dataran merdeka – mengira dentingan jam menuju waktu 12 pagi. Saya kira setiap tahun pun jam usang dan tua itu mejadi tumpuan warga kota (mungkin sedikit tergugat bila adanya konsert di sana-sini). Kini, mungkin kita sedikit lari dari konsep ‘kenapa kita sambut merdeka’. Dahulu mana ada konsert sana sini (mereka lebih menghargai erti kemerdekaan itu sendiri)


Sambutan kemerdekaan negara yg ke-10. Di Jln Parlimen

Tahun ini ayah dan mama saya beriya-iya mahu memasang bendera di rumah kami.. sesuai ke? (mcm dlm iklan NTV7, kenapa anda kibarkan jalur gemilang?) berbeza jawapannya kan? saya xnak elobrate panjang tentang iklan ni. Saya rasa PETRONAS wajar menerima mana2 anugerah iklan terbaik sempena hari kemerdekaan negara (ada ke anugerah sebegitu?) tahun lepas..hohoho saya lupa. Tapi tahun ini saya kira sgt memberi kesan pada kita. Lebih kurang camni laaa.. kisah 3 sahabat baik (pelbagai kaum-Cina, India and Melayu) yang SGT baik masa kecil2 di kampung, sehingga kan sama2 kena sengat tebuan masa nak ambil buah. Bila dah besar semua membawa haluan sendiri dan mereka akhirnya bertemu di Hospital. Si A dah berkerusi roda (as time goes by kan?) Yang peliknya anak2 mereka TIDAK kenal satu sama lain dan tidak berusaha utk berkenalan pun (walaupun mereka berkongsi style rambut yg SAMA – kata ayahnya) nampak lucu di situ tapi maknanya amat mendalam.. (saya cadangakan anda sendiri curi sedikit masa duduk di depan TV menunggu iklan itu)
: ainun..camne entry kita leh sama eekk?

Saya tidak cukup elobrate cerita saya kan? (abaikan)

TAHNIAH pada rakyat Malaysia yg berjaya mencipta nama di mata dunia.

+ 1992 – Kita menjulang Piala Thomas ( kita masih punya pemain berbakat )

+ 1997 – 2 rakyat Malaysia – M. Magendran dan N. Mohandas berjaya menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di dunia; Gunung Everest

+ 1998 – Malaysia tuan rumah SUKOM 98’ dan Malaysia menggondol 36 GOLD medals

+ 1999 – seorang rakyat Malaysia; Azhar Mansor (kini bergelar Datuk) berjaya
mengelilingi dunia secara SOLO.

+ 2003Abdul Malik Mydin; rakyat Malaysia pertama yg berjaya merentasi selat Inggeris

“ Bukan kejayaan yang menyatukan kita. Kita berjaya kerana bersatu”

~ Sumber ini di petik daripada iklan di akhbar BH.

Tahun lepas (semasa merdeka) saya menerima email PERTAMA dari idola, admirer, role model, huhuhu apa lagi sinonimnya? Panjang lebar emailnya tapi ayat di akhir emailnya saya TAK pernah lupa "salam merdeka..merdekakan diri dari penjajahan minda dan nafsu... taatilah allah dan rasul..kejayaan pasti bersama.." (uhuh di mana anda? Adakah saya akan menerima kejutan dihari merdeka tahun ini?) Harap impian jadi kenyataan.

Masa saya form 4 di SSP, i’m in-charge of a play for the patriotisme day celebration. Salha, THANX for the script. And jadi pengarahnya juga. Yg saya ingat..kami berlatih bagai nak rak satu adegan komunis menyeksa org kampung. Yang kelakarnya (risau sebenarnya) bila adegan itu kami TAK pernah serius...asik gelak2 (ye laa ‘menyeksa’ olok2 mana nak jadi real kan?) pengarah kata.. pls be serious if not on the real day we won’t make it.. saya tak putus2 berdoa moga play itu memberi kesan pd semua. Suprisingly... saya pun tak tahu mana datangnya kekuatan mereka (para pelakon) scene tu menjadi sgt real..cuba bayangkan.. semua pelakon yg jadi org kampung betul2 diseksa (disepak dan dipukul tanpa belas kasihan) oleh ‘komunis’ di mana pelakonnya mmg ‘brutal’ di luar scene. Tak silap saya mizah, aziah, ina.. buktinya, mereka menerima kesan lebam lepas persembahan itu. Ada guru2 yg menitiskan air mata..(saya sendiri sebak) oh..saya sudah puas menyelongkar album saya..saya TIDAK ketemu gambar play tu...TIDAK!!!!!!di mana anda bersembunyi??

Saya hanya akan buka diary (bukan online jurnal ya!).. 2 kali setahun utk update kan senarai azam dan impian saya. Pertama masa New Year. Kedua; masa Birthday. Tapi tahun ni saya nak tambahkan lagi..masa merdeka saya mahu pastikan saya menjadi lebih independant dari yg sebelumnya..

to be more Independent banyak scope nya.

1. pemikiran dan pandangan
2. perangai dan tingkah laku
3. ilmu yg di pelajari
4. dlm muamalah (persahabatan)
5. membuat keputusan


secara kasar saya mungkin belum ‘merdeka’ sepenuhnya. Kata org bila umur 21 tahun.. semua keputusan di TGN kita. Ye ke? saya cuba menjadi lebih ‘merdeka’ dari sebelumnya... selamat menyambut hari kebangsaan and happy independence day to all Malaysians. (opss kalaulah saya punya jam putar masa seperti doraemon - saya teringin sangat bertentang mata dengan Tunku Abdul Rahman) saya kira dia idola saya! (the name look so familiar..kan?)


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama

Moga negara kita sentiasa di bwh naungan kasih syg Allah selalu..tiada lagi tragedi 13 Mei 1969..aman damai dan diberkati oleh-Nya. Dijauhankan segala gejala maksiat yg semakin berleluasa. Saya memanjatkan syukur kepada Allah (dan sentiasa berdoa moga dijauhkan) kerana saya tidak tergolong seperti ‘mereka’ (mereka-sila rujuk edisi siasat) moga saya dikuatkan iman dan menjadi org berguna pada bangsa, agama dan negara. InsyaAllah.


+ TAHNIAH pada sahabat saya Mohd Najib and Kamilah Syakura kerana akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 August ni..moga berkekalan hingga ke anak cucu....(x sabar nak pergi tgk)

p/s : rasa cam cepat sgt hari2 berlalu....

Posted by shera at 8/24/2003 05:48:00 PM |

Sunday, August 17, 2003

"Katak bawah tempurung?"

saya dah lama x baca surat khabar..dulu masa kat matrix..saya suka pergi library baca paper (sambil tgk2 org yg saya suka...hahaha) bila kat main camp..rasa mcm semuanya x sempat.. selalu gak jenguk2 library..tapi jarang2 boleh gi reading area..kenapa ya?

Balik rumah..saya baca paper utk seminggu.. rasa mcm banyak benda saya tak tahu..

+ Penangkapan hambali (siapa dia ya?)
teruk sgt kah saya bila tak kenal dia?

+ New York City black out?
relevan ke?

+ seorang bayi dilahirkan berkepala dua
Ibunya berumur 26 tahun (org mesir if i'm not mistaken)

+ Malek dah berjaya rentas selat inggeris!
(saya tahu dia dah berjaya..cuma tak tahu detailsnya)

dlm banyak2 benda yg saya baca..topic no.2 buat saya berfikir sekejap.. saya tersenyum sendirian, rasa kelakar bila bandaraya sebesar dan seglamer New York mengalami keadaan begitu....kan?saya seronok baca paper bila tgk jalan raya kat NYC penuh dengan manusia berjalan kaki..bukan ngn kereta (ainun, anda akan kembali ke negara itu)Saya bertambah gelak bila terbaca 1 artikel mengatakan in 9 months..'we will see a big boom of babies' (betul ke ayat saya nih) banyak kali saya baca that very short artikel..takut misinterpret..

hohoho at last i get it! takkan laa kot? cam klakar je (you get what I mean?)
saya mmg gelak sakan..saya try nak paste a funny picture tapi scanner buat probs plak tadi...next time ye?

and saya nak relate kan sket pe yg saya belajar..dlm economics..(org yg tak blajar econs pun tahu kot teori nih)

"when supply is decrease, the demand will increase and price will bid up.."

and saya rasa org yg create teori ni mmg pandai, genius, otak geliga...

Buktinya...masa NYC black out...air mineral biasanya $1 dah jadi sampai $5..org still beli..sbbnya they really need it..kan? tak kira berapa mahalnya air tuh.. and masa KL banjir..seorang penjual payung (kat kedai runcit) pun kata..tiba2 dia nye profit jualan for that day...naik 70%!!! (banyak kan?)

saya nak related kejadian NYC black out.. and kelahiran seorg bayi berkepala dua (di kira kembar siam ke camni?) dengan kekuasaan Allah Taala...(i tried to improve my writting in this field tapi cam failed je) huarghhh...i need to read more!!!

errr lain kali ye?

Just think about this...
"segala-galanya boleh berlaku dengan Izin Allah Taala kan? "
kata pakdi..mengapa nak jadi cicak kalau boleh menjadi naga?(ada kaitan ke nih?)yang penting kena USAHA+DOA+TAWAKAL..InsyaAllah..

benda nih lari sket dari topic saya..
i got this from my fren effa (if i'm not mistaken)THANKS ye! muahhss(mcm sama ngn kajian 25 tahun dr.fadzilah kamsah..cuma dlm english)

JUNE

1.Thinks far with vision
2.Easily influenced by kindness
3.Polite and soft-spoken
4.Having lots of ideas
5.Sensitive
6.Active mind
7.Hesitating
8.Tends to delay
9.Choosy and always wants the best
10.Temperamental
11.Funny and humorous
12.Loves to joke
13.Good debating skills
14.Talkative
15.Daydreamer
16.Friendly
17.Knows how to make friends
18.Abiding
19.Able to show character
20.Easily hurt
21.Prone to getting colds
22.Loves to dress up
23.Easily bored
24.Fussy
25.Seldom show emotions
26.Takes time to recover when hurt
27.Brand conscious
28.Executive
29.Stubborn
30.Those who loves me are enemies
31.Those who hates me are friends

Any comment? hahaha..

yang saya perasan betul (kot)..
no.1, 8, 9, 11, 12, 16, 17, 23, 25, 26 and 29
huh...saya stubborn sgt ke?
(coz ada someone pernah say this to me..)
"shera...pls jgn stubborn sgt boleh?"

easily hurt tuh cam betul (tp saya JARANG tunjuk kat org)it relates no 25.. hehehe..tapi good at debating skills and polite & soft spoken SGT salah..sbb saya selalu nervous bila nak cakap depan org!!!and sape yg kenal saya..tahu i'm not the girl yg mcm perempuan melayu terakhir..kan?

but then zatyl called me yesterday...dia kata dia rindukan saya yg sgt huha-huha mcm kat ssp dulu...yg sgt suka menjerit2..satu blok boleh dengar my voice...(saya dah tak mcm tuh ke skarang ni?) hey, zatyl..i'm still the SAME.....the same shera as before!! believe me! ok?


that's me(huha sgt ke saya?)..masa kat SSP utk birthday party november girls..fifah sebelah saya..duduk dari kiri..lynn, pzah and shue


P/s : hari nih 18 August 2003 genap 2 tahun my friendship my 'bestest' fren...

Posted by shera at 8/17/2003 10:01:00 PM |

Monday, August 11, 2003

THINK about IT!

I hate you when you made me blur,
I hate you when you made me suffer,
I hate you when you acted as if, I’m not there and not exist,
I hate you when you always try, made me mad burst out to cry,
I hate you when you said NO, hurt my feelings, hurt my soul,
I hate you when you started to ignore when you know how actually I like and how actually I adore,
Is it because of EGO,
Or is it that you are not admitting that we’re meant for each other,
All these things I hafta pay,
I tried to take this pain away, but it still attend,
All the tears for this ache, for this sad I must bear,
I tried to wipe them, but it still flow,
Maybe it was because of personnel's fault
OR maybe it was because a problem in your soul which you can’t solve,
Or maybe it’s time for our bond to say good bye ~*



poem nih saya tulis sbb rasa cam sedih sgt2 lately..to those who understand..juz keep it as a secret..juz ignore ok?

kenapa ya bila bersahabat..tak semua yg boleh be at our side..bila kita senang dan kita susah..(cam lagu sheila on 7 plak) kawan ketawa ramai..kawan menangis..satu dalam sejuta..kot?

poem kat atas tak berkaitan ngn kawan ekk? (kawan kot) ntah laaa... sebenarnya nak share something that i've learned kat ibadah camp last weekend..tunggu ya!(xde mood laaa...huarghhh)

moga Allah swt kembalikan shahirah yg dulu sungguh ceria, yg happy go lucky, tak payah fikir pasal hidup org lain.(saya cuba ceriakan diri saya di depan org..dalam hati..tuhan je tahu!!!)

+ cipah, rindu sgt kat ko..

+ ainun, thanx sbb sudi dengar bebelan aku and edit my poem..

+ hope that zarita will pass her exam with flying colours..(she will!)

Posted by shera at 8/11/2003 08:12:00 PM |

Tuesday, August 05, 2003

Moga Terus Cemerlang

Rasa mcm dah lama sgt tak update blog (saya mmg rindukan nak update...tapi mmg masa tidak mengizinkan) xsama mcm pakdi, idea mencurah2 di depan laptop.Ramai yg menhantar email, msg, supaya saya update blog..

Taman Ilmu dan Budi tidak lengang lagi..cafe kembali sesak, library mula dikunjungi (maklumlah dah habis setengah semester)

+ perlu ke saya bercerita ttg cuti saya yg seperti tidak bercuti?
(mungkin anda boleh refer pd blogs aiNuN)

Cuti saya pulang ke kampung (negeri sawah padi) saya jarang pulang sebenarnya..tapi sbb nak jumpa adik saya di smsah, saya pulang juga. saya kena ambil adik saya akir di SDAR, naik bas di terminal 1, seremban.(tido kat rumah my cousin..THANX a lot to k.chomel and abg ayie..tak sabar nak tgk their 2nd baby)


nih afiq,my anak sedara..hehehe.memula sedikit sombong (since dia jarang jumpa saya) tapi lama2 dia sgt manja and comel!

uhh..saya bersyukur sbb dilahirkan di KL, dibesarkan di KL, bersekolah di KL, universiti pun kat KL..opss saya bukan bangga jadi warga KL..cuma saya rasa sedikit bertuah kerana tidak perlu bersusah payah nak beli tiket bas bila cuti sekolah (sbb mama saya akan jemput di depan pintu dorm), tak perlu bersesak2 dengan keadaan di puduraya (yg bermacam2 ragam orgnya dan pastinya tidak selamat), tak perlu risau siapa yg akan duduk di sebelah saya di dalam bas

+ shera, aku kena duduk sebelah lelaki gemuk dlm bas!!!!!huarghhh

+ aku pernah ketuk2 badan bas sbb takut ditinggalkan

+ tak boleh balik rumah sbb tak ada tiket bas


saya senyum bila mendengar cerita kawan2 saya...

ohh..saya dah lari sedikit dari cerita asal saya..

perjalanan seremban - alor setar ambil masa 7 jam! lama kan? banyak kali saya tidur pun masih tak sampai2 lagi..tiba2 saya terjaga uhhh...sawah padi di kiri kanan saya! di kedah x banyak cerita..cuma saya rindukan adik saya (mungkin sbb saya tidak begitu rapat dgn datuk dan nenek) ayang mmg kuat belajar (moga di kekal cemerlang) adik saya bercerita..ada seniornya minta dia lukiskan poster utk competition, dan mahu letak namanya katanya adik saya sudah kerap sgt naik ke pentas menerima hadiah..senior ni jarang (mungkin tak pernah) naik ke pentas selama di sekolah...dia yakin lukisan adik saya mampu meraih tempat.sbb adik saya junior dia turutkan juga walaupun dia perlu baca buku2 utk PMR nya...

+ ada juga ya senior yang begitu? (kalaulah saya nih brutal, dah lama saya serang senior tu!!!)


ni adik saya..shakirah a.k.a ayang.errmmm...ni bukan gambar terbaru and mungkin ada yg dah pernah tgk gambar ni. disebelahnya adik saya di SDAR, muhd syakir

saya mahu bercerita panjang...tapi masa tidak mengizinkan...

sedikit tambahan...

+ terima kasih pd awang sbb beri saya buku yg banyak manfaatnya...

+ saya kena kerja keras sedikit semester ni

+ buku manual Financial Accounting 2 saya missing in action gara2 kecuaian saya. moga ada hikmah di sebalik kejadian...

+ sepatutnya saya ke KLCC hari ni nak bertemu dgn sahabat saya yg bakal jd doktor..tapi saya ada class sampai 7pm...

+ tiba2 saya rindukan sahabat baik saya mona zarita, dah lama kami tidak berborak panjang...dia bakal ke UK bln 9 ini...


yah and zarita (blue tudung) kat KMYS

moga saya menjadi lebih tekun dalam belajar, jadi anak yg solehah and seorang sahabat yg baik ( moga 'kawan' saya itu terus cemerlang bila tidak diganggu oleh saya)

+ Happy birthday to aiman (sahabat siber saya), awangbudiman, and Zura my ex-roomate on 5th August 2003

+ opss anem, saya cabar anda, for long distance relationship! be strong and take care my fren!

+ iklan tidak rasmi...pada mana2 sspians batch 96-00 (sohabat9600) yg nak beli cd gathering..pls contact ainun...ok? 012-2226490 limited edition tau!!

Posted by shera at 8/05/2003 08:23:00 PM |