Pemimpin, Datang dan Pergi
kad nih hasil ilham reggie lee utk memory lane
Hari ini kita sekali lagi dpt menyaksikan satu lagi detik bersejarah dlm negara..
Saya kira istiadat sedemikian hanya dapat dilihat oleh rakyat 21 tahun yg lalu (masa Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4) Majlis pertukaran kuasa berlangsung dengan jayanya. Saya dengan sengaja tidak keluar rumah walau pun shidot ke KLCC hari ini..hanya semata2 mahu melihat istiadat itu..
+ saya tak mahu mengulas banyak mengenai mantan PM ataupun PM yg baru..
(saya bukan pemerhati politik yg baik. Mungkin pakdi akan mengulas tentang isu ini)
Yang saya ingat masa di SSP...siapa nak jadi top three selalu jadi topic hangat
(err patut kah saya bocorkan rahsia budak2 bukan prefect?)
hahaha..saya tidak sejahat itu..
my batch..dari awal kami dah tahu..top three mesti antara Belinda, Dila and Sabrina tapi siapa yg first,second and third..jawapannya hanya pada cik aisah. (ohh..cik aisah akan bersara 7hb ini)
Bila dah announced top three..mcm2 cerita dengar..ada yg setuju ada yg tak puas hati..Dari saya form 1 sampai saya form 5..malam sehari sebelum top three announced macam2 rumors kitorg dengar..kebetulan dorm saya betul2 mengadap bilik cik aisah (pemegang segala rahsia sekolah)..banyak laa hint2 yg kami dpt..hehehe..all the
merakians..anda ingat apa yg kita nampak?
Apapun bila dapat pegang jawatan..tak kira kecil atau besar..yg penting ingat AMANAH yg kita pegang..jgn main2..jangan salah guna kuasa anda..nanti di akhirat Allah akan tanya balik segalanya.....uishhh itu yg saya takut...
Esok saya dah kena mula kemas barang2..(SELAMAT KEMBALI KE Taman ilmu dan Budi – selamat menuntut ilmu dan mendapat keberkatan dari-Nya) ohh..saya rindukan SYA..dah lama kami tak berborak2..
All the best, SHERA! May all your dreams will come TRUE! InsyaAllah.
Penang Dan Cerita2nya
Ohh..sekembali dari Penang..saya dan ashkeen demam+sakit tekak+selsema (saya tidak diserang batuk) sampai sekarang kami x tahu apa puncanya..boss kami En.Roslan sihat sahaja...pelik bin ajaib betullah..
Maaf sudah lama tak update entry..(zarita sudah sebulan menunggu balasan email saya)
shera and zarita masa di temerloh.Lainkan muka saya?
Pagi tadi ainun call dari US..berbual panjang kami..dia sound saya “shera, bila nak update blogs” ohh..saya tersipu2 (kalau laa ainun nampak muka saya) banyak alasan diberi.. sakitlah, server lambatlah, xde idea etc.. hakikatnya.. saya xde mood utk mengadap komputer bila memikirkan results dah nak keluar!!!! Huarghhh...berjaya kah saya? Atau Allah akan menguji saya kali ini?
Tinggalkan cerita result exam + ketakutan saya..
Biarpun rasa seperti sudah basi utk bercerita pengalaman saya di Penang selama 12 hari di bwh jagaan en.roslan (
bos saya yg baik hati+ sporting).. saya tetap mahu menyelit sedikit.. hasil kajian saya sepanjang pemerhatian saya meng interview tourist yg berbilang bangsanya (
ada New zealand, Canada, South Africa, Netherlands, Iran, dan Jepun) antara pujian mereka kpd kita (malaysia) ialah;
1. people are very friendly (mungkin setelah mereka bertemu saya.. hehehe)
2. nice and beautiful country (tapi bg saya masih ada lompang2 yg perlu dibaiki.. kurangkan aktiviti yg tak perlu)
3. Barang2 sgt murah(ye ke?)
4. Multi racial country (ada one japanese dtg ke Malaysia hanya semata2 mahu melihat bagaiman kita hidup aman damai + berbilang kaum)
5. many historical sites
Ramai tourist mengangguk2 setuju..mengatakan malaysian people are very friendly..is it? Uhh..saya terus memberi senyuman mengangguk2 juga..setelah 12 hari bekerja..saya hampir sudah lali dan hafal segala soalan yg perlu disoal..dan kadang2 dapat mengagak apa jawapan yg akan diterima..
Dalam banyak2 tourist saya xkan lupa seorg canadian (a very old guy; dah 60++ kot)..saya interview rakannya..tapi dia yg beriya2 mahukan address saya..katanya mahu menghantar surat (saya kira dia bergurau) sangkaan saya silap..apabila dia lantas menghulurkan kertas kepada saya..mahukan address saya..ohh..saya beri juga akhirnya. Sedang saya menanti tourist yg lain..tidak semena dia dtg di depan saya..(Bill namanya!) dengan beberapa note RM.. saya kaget. (apa lagi hendaknya?) ohh..dia mahu belanja saya air..dia beri saya duit utk belanja saya air tin...saya kira Bill sungguh baik! Ada seorg abg KTM bgtau saya..jaga2..jgn baik sgt dengan tourist tu..nanti ada udang di sebalik mee.. ohh..saya tidak begitu cepat suuzan pd org..saya kira Bill ikhlas..
Lagi seorg a young Japanese guy..bila saya bertanya..berapa banyak wang yg dia telah belanja di Malaysia? Dia lantas tercari2, terbongkar2 begnya yg besar itu (heran juga saya..dia mencari apa?) tiba2 dia senyum sendirian, akhirnya dia ketemu dengan sebuah buku nota kecil…dia dgn bangga menunjukkan kepada saya..segala senarai expenses dia kepada saya..tambang bas berapa, lunch & dinnerberapa, hotel berapa, beli souvenir berapa…ohhh dia sungguh teliti..saya nak puji Japanese..walaupun ada antara mereka yg tidak mahir berbahasa inggeris..mereka tetap berusaha bersungguh2 utk menjawab segala soalan saya..jenuh juga saya mahu translate dlm nihon go (bahasa jepun) sudah laa saya sudah banyak terlupa vocab dan grammarnya…ohh..mimi di mana anda…hehehe
Dalam gembira saya bekerja (dpt improve English saya walaupun soalan yg sama di aju),kadang2 saya tak tahu nak letak muka di mana…terpaksa menebalkan muka..dlm memuji itu dan ini..ada juga yg melahirkan ketidak puas hatian mereka..
+ taxi driver x professional - rude
- charge rate yg sgt tinggi (5 minit = RM8)
+ bus services selalu x punctual
+ public phone ada byk..merata2..tetapi semua tak boleh di guna
+ keadaan toilet yg sgt menyedihkan
ohh..saya tidak mahu terus menyenaraikannya lagi..cukuplah laporan saya kepada En.Roslan. moga dia akan bawa perkara ini kepada perbincangan dgn mereka yg berkuasa.
Sudah panjang lebar..apa2pun..saya gembira kerana cuti kali ini tidaklah hanya berehat2 dirumah + tgk TV 24jam..saya dapat merasa betapa susahnya bila saya akan bekerja nanti utk mendapatkan $ sendiri..walaupun tidaklah semewah mana elaun yg kami terima. pengalaman yg kami timba tak mungkin dapat diperoleh lagi…
Ramadhan kembali lagi..selamat menjalankan ibadah puasa dan solat tarawikh.. kejarlah seberapa banyak ganjaran yg Allah Swt kurniakan buat kita semua..InsyaAllah..moga Ramadhan kali ini..memberi seribu keberkatan buat kita semua..InsyaAllah…
+ thanx to
abg eddie and
kak Linda bg saya dan ashkeen menyemakkan rumah mereka selama seminggu…ohh saya akan rindukan anak2 mereka..
boboy and allyssa..
+ hari ni saya dapat surat dr Sabah (rakan baik saya
stella hantar-saya rindukannya!) kami sama2 anak didik Allahyarham Othman Puteh (OP) yg sudah kembali ke rahmatullah pada ahad lepas. Ohh..rasanya mcm baru semalam sahaja OP mengedit karya saya yg pertama..
Hingga ke Tahap Ini (Dewan Siswa, Mac 2002)
ini gambar terbaru
stella yg dikirim bersama surat.tak sabar tunggu tahun depan.dia akan dtg KL utk pratikal. (stella bakal graduan UMS dlm bidang Teater)
P/s: gambar di penang saya akan letak kemudian ya?
"PENANG & dila"
Dah 3 hari saya di penang..hari pertama kerja..penat tapi saya seronok..encik roslan.. uhuh.. dia BAIK..muda (baru 22 tahun) masih single but
NOTavailable....berbadan besar tapi saya kira..
kami bertuah sbb dapat ‘boss’ mcm dia..
Tak sempat nak tulis entry baru yg detail..sbb saya meminjam laptop dila and talian internet nya (dia tak berkira tapi saya yang rasa terhutang budi dengannya)
+ THANX to
dila and her mummy and daddy.. bagi saya dan shikin bermalam di rumah mereka..ohh saya menyusahkan mereka…
+ Thanx to
En.roslan for being such a GREAT boss…
+ to
ashkeen..enjoy the job! (JGN bosan tgk muka aku)
Paling xleh lupa saya dan dila berborak sampai 3 pagi..pasal old days kitorg..zaman2 kat
SSP dulu..dari form 1 (zaman dila yg penuh skema) and sampai laaa dila jadi TOP three batch kitorg..sampai laa ke cerita cinta-hati masing2..
hehehe…sebenarnya kami membesar bersama..dari form 1 sampai form 3 satu dorm..form 4 dila dapat bilik sendiri… ohhh…x sabar nak bercerita dengan anda…apa yg saya dan dila gosipkan (even saya penat sgt travel dari kl ke butterworth)
Tunggu saya balik dr penang…I’ll let U know the whole story…ok?
anem, ainun…take care..sorry xde gmbar kat penang..sbb x bwk kamera…
P/s: tiba2 saya
RINDUKAN semua
sahabat SSP saya…huarghhhh……if I could turn back time…. I will..(ohh dila kata saya x bersyukur dgn apa yg saya ada sebelum ni) betul juga katanya….
err..jumpa lagi! doakan saya selamat di 'negara' org...hehehe