<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Tuesday, December 30, 2003

Moga kekal CEMERLANG!

Huhuhu..seperti yang di jangka, adik saya AYANG dpt 8A in her PMR..glad to hear that ( even kami sekeluarga dah expect )..sememangnya dia LAYAK..kalau lah dia tak dapat..sesungguhnya itu HANYA ujian daripada Allah Swt..

AYANG mmg sangat rajin..kalau tengok nota dia..uishh..memang bersemangat nak baca..dia tak sama seperti saya..dan shidot..balik rumah masa cuti still act macam dia kat asrama..bangun pagi (tak mcm budak2 lain yang akan qada’ tidur bila balik rumah), tak mengadap TV 24 jam..eiii saya macam mem'promote' adik pulak..

Anyway..CONGRATS to ayang sebab meneruskan TRADISI keluarga..moga akir akan mengikut jejaknya kelak..

Cukup cerita ayang...

Pejam celik..2003 dah nak berlalu..kurang drpd 24 jam..saya berfikir2..apa ya azam baru saya tahun ni? Setiap tahun pun..saya ada a list of azam baru.. hehehe..seronok bila baca azam saya yang lama..yang mana tercapai saya senyum sendirian..yang mana belum tercapai..saya akan carry forward utk tahun depan (aplikasi subject accounting)

Saya nak recall all my sweet & sour memories kat sini..tapi, rasanya KURANG sesuai..uhh..nanti NO longer a secret laa kan? Apa-apa pun..saya tahu..tahun 2003 BANYAK meninggalkan kenangan manis pada saya yang tak mungkin akan dilupakan…selalunya saya akan kata ‘how I wish I could turn back time’..tapi kali ni..saya x mahu menoleh kebelakang lagi..saya akan TERUS pandang ke hadapan…

Sebelum tamat kelas fiqh pagi semalam..sebelum keluar, ustaz berpesan sesuatu..sangka saya dia mahu kami belajar lebih tekun memandangkan result mid term kami agak ‘cemerlang’..

tiba-tiba..katanya..

+ New Year is coming, don’t you dare to celebrate!

Saya belum berfikir nak tulis entry baru tentang azam baru + new year..saya hanya berfikir utk settlekan hal-hal ayang+akir+nana sebelum mereka kembali ke sekolah minggu depan..Moga akir bersemangat ke sekolah.. since SDAR jadi TOP school utk PMR result..


p/s : moga adik saya berjaya dlm mengejar cita-citanya..uhh dia ‘takut’ darah..tapi mahu merawat orang…bagaimana ya? Gud luck my dear!

Posted by shera at 12/30/2003 07:02:00 PM |

Thursday, December 25, 2003

SAHABAT LAMA

Uhh, dah lama saya tak menjenguk ‘cinta hati’ saya ni..semuanya gara-gara midterm berderet + quiz mengejut + assignment tertangguh..

23rd December..birthday a fren of mine – RAFIL, kami kenal 7 tahun lalu..sama-sama mewakili sekolah utk Hari Kebudayaan Jepun peringkat SBP (uhh dia jejaka Kolej Melayu) Sgt cute dan comel.. dia kecil seperti saya..Sebelum balik..bertukar2 address - hehehe kami officially FRIENDS..

Biasa laa dia all BOYS school..saya pula all GIRLS school..bosan2 hantar surat..kami kawan baik..since dia tua setahun dari saya..saya officially pet-sister dia..uhhh segala sweet&sour memories kat SSP mmg susah nak lupa..after form 3..dia quit MC, saya meneruskan ‘perjuangan’ kat SSP..walau jarang berutus surat mcm dulu..kad raya + kad birthday saya x pernah lupa hantar...dengar cerita Rafil dah masuk UitM wat Art & Design..


Rafil Thazali - gambar masa form 2

Setelah menyepi diri after 3 years kuar ssp..saya buat kerja gila..cari hp no.dia and send him a msg..masa birthday dia..Tak menyempat..dia terus call saya..see? how nice of him? saya kenalkan diri as shera kut2 dia terlupa.. mmm..dia mmg tak recognize saya..(uhh sedihnya! Tapi..saya faham..lelaki mmg mcm tuh) tiba2 dia cerita..yg dia ada pet sista kat ssp dulu..namanya (sebelum sempat dia sebut..saya sebut dulu - SHAHIRAH?) YUP..awk kenal?

+ rafil..kenapa laa mcm org tua? Shahirah = shera..

ohhh....memang silap saya..tak kenalkan diri as shahirah..bila dah CONFIRM dia KENAL + INGAT saya..kami berbual rancak..dari zaman kitorg exchange picture (masa kat SSP-MCKK) sampai aa citer dia masuk UiTM..uhh Tahniah..rafil..dah grad Diploma Art & Design and now tgh sambung degree..

Saya GEMBIRA..saya berjaya menjejaki SAHABAT lama..and for the first time kami akan berjumpa in real life after 7 years of friendship...uhhh masa kami kenal..saya masih setahun jagung..(BARU form 1!!!!) sekarang dah anak dara..hehehe..sure cam sgt kelakar..

Cukup cerita RAFIL..

Saya dikejutkan dengan sekeping surat dari CANADA.. puas berfikir..ada ke kawan aku belajar kat sana? And how weird i dunno bout that? Bila bukak surat saya terus tergelak + senyum sendirian..bukan sahabat SSP..tetapi surat dari Bill..tourist yang beriya2 mahu address saya masa saya kerja di Penang (for tourism Malaysia)..dia sertakan 3 keping gambar (gambar saya tgh interview tourist + gambar dia di KTM penang + gambar rumahnya di canada) saya tak dpt baca tulisannya kerana begitu berSENI..THANK U to mama..sbb berjaya membaca that letter..


BILL masa kat KTM penang

Saya ke Time Square semalam..naik monorel bawa adik2 jalan2..tgh saya comot2+kelam kabut..nak cepat..kat kaunter tiket..tup2 saya dengar ada org sebut nama saya.. "SHERA?"

Uhhh..saya nampak seorang yg sgt COMEL + GORGEOUS + CANTIK and paling penting..dia sgt kurus..saya terngaga.. melupakan sekejap keCOMOTan saya (zatyl, jgn citer kat org camne comotnya aku at that time) saya dan zatyl x menghiraukan org lain..terus peluk zatyl and menjerit sakan..(macam kat ssp dulu) mmg zatyl rakan blogger saya..TAPI kami mmg JARANG jumpa..selalu je hang on the phone (yg berjam2) tapi mmg susah nak jmpa..last time jumpa maybe masa gathering SOHABAT 9600 masa kat saloma bistro 14 april tahun lalu..(dia mungkin ada komitmen lain — dengan cinta hatinya) dek kerana dia nak cepat..saya juga..kami janji akan berborak lain kali..



shera & zatyl masa dtg matrix UIA during 2002..zatyl, remember sape yg aku kenalkan at that time?

Seronok bila berjumpa sahabat lama..kalau ada yang berubah secara drastik..mmg kita akan melongo sekejap..kalau jumpa yg semakin ‘baik’ (dalam hati menyimpan seribu impian nak jadi mcmnya) kalau jumpa yg makin lawa..hmmm..mengeluh je boleh..(faham maksud saya?) TAPI ada gak yang tak bestnya..bila jumpa yg dah berubah kepada yg kurang baik..ermm..saya taknak ulas banyak2 pasal nih..dalam hati hanya berdoa utk semua...

+saya sedang mengejar masa + menanti masa yg takkan mungkin tiba lagi..

Cuti Taman Ilmu dan Budi SGT pendek..kenapa UM leh cuti sampai 4th January? Lepas cuti mesti lebih TEKUN belajar shera..(and please jgn lupa pesan abg nazmi!!)Eii abg nazmi..THANX sbb sudi jadi CIKGU shera..

Ahad ini mama and abah akan berlepas ke Mekah (ke madinah dulu) untuk menjadi TETAMU ALLAH..saya doakan mereka sentiasa di bwh lindungan naungan kasih sayang Allah Taala..Ohhh...i’ll MISS my mama..hehehe..

Posted by shera at 12/25/2003 10:08:00 PM |

Thursday, December 11, 2003

Di Mana Ada Kemahuan..Di situ Ada JALAN!
(mungkin tajuk ini kurang sesuai)

Sudah dua hari roomate saya tak keruan...ohh..mak mentua (to be) dia tenat..dah 2 hari dlm ICU..saban hari saya melihat dia menangis..bengkak2 mata..sudahla saya mmg ZERO daya memujuk!! kami menenangkan dia selagi termampu..bukan dia tak mahu pulang..melihat sendiri..agar dia tenang kembali..tapi apa kan daya..rumahnya bukan sejengkal seperti saya..suhana org jauh..family dia di Kuching..

Semalam kami dikejutkan lagi..Allah Swt lebih sayangkan ibu mentuanya..Belum sempat suhana dptkan tiket..dia sudah pergi dahulu..

Ini bukan cerita saya..

Pagi tadi kami (saya+ashkeen+suhana+siti) tak karuan utk tidur malam..suhana tekad mahu pulang seawal subuh..(ohhh ada ke tiket?) saya nih bukannya biasa booking tiket+call Malaysia Airlines (ke KLIA pun sbb hantar kwn-kwn 'terbang')Melihat suhana yang semakin sayu..memikirkan adakah dia sempat utk melihat wajah terakhir bakal ibu mentua (yg sudah dianggap spt ibu sendiri) sebetulnya suhana sudah bertunang dgn pilihan hatinya..kami semua mencari jalan (siapa yg sudi nak drive ke KLIA seawal 4pagi+nak menemaninya+mana nak dpt tiket)

Dipendekkan cerita...kami ketemu seorg jejaka berhati mulia..(naim; sahabat ashkeen--mmg BAIK orgnya) dia tidak kisah utk menjadi 'driver' kami..(semua expenses ditanggung oleh suhana). Tidur sejam, suhana sudah terjaga..dia tidak lena tidur..misi nya hanya SATU..mahu tiba segera di Kuching.

Dalam kereta kami semua tidak tidur (walaupun mata SGT mengantuk) meneman naim driving..saya lega bila satu hal sudah selesai. Tiba di KLIA..ke kaunter tiket MAS..semua tiket fully booked! yang kosong hanya ada pukul 11..suhana terduduk. beralih ke air asia.."flight pukul 7 tapi sekarang dah kena masuk"

Allah Swt menguji kami sekali lagi..suhana tak ada cash in hand utk byr tiket..means dia kena keluarkan duit di ATM.. Betul kata Naim..ATM hanya mula beroperasi 7am..
Suhana terpaku..dia hanya ada dua pilihan..

+ Ambil flight pukul 7 ATAU tunggu utk pukul 11?

Suhana mahu tiba di sana sebelum mereka mengebumikan arwah...mahu mengucup dahi arwah buat kali terakhir..

Sesungguhnya Allah Swt Maha Pengasih lagi Maha penyayang...
DIA 'menghantar' NAIM sebagai BANTUAN kami..

Kami bernasib baik..ATM maybank mula beroperasi seawal 6pagi utk maybank ATM card holder SAHAJA..utk MEPS,sila tunggu 7am..

Tanpa berfikir panjang...naim mengeluarkan sejumlah wang utk suhana..

Ohh dia sungguh mulia..saya terpegun.. (saya tak punya CASH in bank..bukan in cash in hand..sebanyak itu itu membantu suhana)

Sekarang suhana mungkin sudah selamat tiba di sana..Harapan kami moga dia tenang menghadapi segala dugaan..

END of my story..

to pakdi and anem..saya sudah update..berpuas hati? hehehe


P/s tadi saya call suhana..dia selamat tiba..tetapi nasib tidak menyebelahinya..dia tak sempat juga mengucup dahi arwah buat kali terakhir..(masalah yg dihadapi mmg tak dpt dielakkan)

+ suhana, moga and TABAH! +

Posted by shera at 12/11/2003 10:34:00 PM |

Friday, December 05, 2003

Cerita Handphone dan SMS

Dulu tak ada hp..kalau tiada telefon di rumah, menapak pula mencari public phone..nak berhubung pakai surat..2,3 hari baru sampai.kalau tak bernasib baik..seminggu baru sampai (sebulan pun ada) 10 tahun lepas orang yang pakai handphone boleh dikira orang yg kaya. Bos-bos aja yang pakai hp..TAPI sekarang,budak darjah 6 pun dah pakai hp.


Nokia 7600. menurut UTOPIA 15 Dec this hp leh view video.Price BELUM confirm.

Tergelak saya seorang diri..bila teringat masa di penang..tgh makan kat McD, sebelah meja kami ada 3 budak sekolah rendah (comel2 je) i guess dalam darjah 6..yang sorang tu asyik laa ngadap hp..ber‘sms’ tak henti2..tanggapan saya..ooo mesti mereka ni anak2 orang kaya (and for sure parents sporting gila sbb kecik2 pun dah bagi pakai hp) tiba2..datang sorang kawan..bawak 1 tray..saya jengah sedikit apa yang mereka makan..huhuhu saya terkejut sbb hanya ada SATU set happy meal (which means ada 1 beef burger, small coke and small fries) sangka saya HANYA seorg yang akan makan..tup2..mereka BERKONGSI satu burger TIGA org!ohh..saya kasihan..terasa mcm nak belikan utk mereka..tapi niat saya terbatal, bila tgk yg sorang dgn hp, lagi dua dah pandai layan awek..oooo berdating rupanya..

Seingat saya..punyalah susah saya nak pakai hp..after sekolah saya tidaklah kisah sgt nak mencari hp..anem masa di ssp lagi dah pakai hp..sabrina pun.. kalau saya guna pun mesti pinjam mama punya (tak hairanlah ramai kawan2 saya tahu no hp mama saya)Tapi saya mula merayu2 nak hp..bila semua kawan2 pun ada + orang asyik kata “susahnya nak cari ko shera”..tapi saya hampa bila mak saya kata..

+ mama takkan belikan..kalau nak..work for it!

Masa tu paling glamer nokia 3210.yang canggih sket 3310 (yang sekarang ni dah tak laku pun kalau nak trade-in) dipendekkan cerita..setelah bekerja dan diberi gaji (oleh mak saya sendiri) at last i can afford to buy my OWN hp..nokia 3330 (yang saya SYG sangat.. tak terfikir pun nak tukar yang baru..sbb ada sentimental value nya sendiri) hehehe.

Opss ini bukan misi saya..

CINTA SMS

Bila ada hp..mulalah senario ber‘sms’..bagi yang bercinta sms adalah cara yang paling short cut utk menunjukkan rasa CONCERN pd beloved ones..

+ awak dah makan?

+ awak class pukul berapa?

+ awak nak gi mana petang ni?

+ RINDU awk, SYG awak.

Ada juga orang mencari pasangan dengan sms ( jangan terasa ya? ) tidak ditujukan pada sesiapa..

Kawan saya A ditakdirkan bercinta dengan rakan sms.. ceritanya begini..dia menerima sms dari seseorg yang tidak dikenali..berbalas2 2,3 sms..mereka setuju berkawan! (walaupun org itu 10 tahun tua darinya!opss dia punya pekerjaan tetap, bergaji stabil) pelikkan manusia ni?Bila dah setuju..bermulalah episod tiap2 hari bersms..dari sms..ajak berjumpa..bila berjumpa..hati sudah terpaut pula..huhuhu..adakah ini semua takdir? Secara rasminya mereka ‘bercinta’...kepada kawan saya A, moga anda bahagia dengannya!

Mengenali hati budi cinta hati dgn HANYA ber SMS boleh dikatakan SGT islamic..ye laa tidak lah berjumpa depan mata, tidak perlulah risau ditangkap khalwat..tidaklah sibuk2 nak fikir..ohhh aku nak pakai baju apa hari ni..nak sama warna ngn dia..etc..(tapi, lama2 boleh tahan ke, dengan hanya ber‘sms’?) TAPI yang pentingnya..cukup ke nak kenal hati budi dengan sms?

Kawan saya B..sanggup ber sms dengan seseorg yang dia tidak kenali..hanya kerana org itu dikatakan SGT pandai mengambil hati, pandai menjaga hati, pandai itu ini.

Ada juga org yang tak layan langsung sms..

Semua benda ada Pro and cons..kan?do think about IT!!

Kenapa saya tulis tentang ini ya? Ohhh sms..hehehe

Esok saya ke JB..melawat cousin sebelah mak saya..uhhh dah lama saya tak ke sana! Psstt..JGN bagitau org ya..esok saya ponteng leadership class...(sekali skala shera!)

+ To zatyl yang dah grad her diploma..gudluck in your new life kat UNITEN!!

+ To ainun yang nak finals..Ganbate kudasai ne

+ To anem..SORRY sbb tak dpt dtg open house ko (uhh first time sehh)

+ To Bro nazmi..eiii nape laa shera nih MALAS menulis?

+ To MY BIG bro..eiii bila nak bagi duit raya??!!!

Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang!


saje je nak letak gambar nih..(hehehe..ashkeen and eda..nampak SGT familiar kan?)

p/s..JGN lupa pose 6 yea?

Posted by shera at 12/05/2003 07:05:00 AM |

Monday, December 01, 2003

Suka Duka Hari Raya

Tahun ini turn kami beraya di Kedah (abah nye side). Mama and abah dari awal sudah bersetuju akan bergilir balik beraya.Tidak akan bergaduh tentang tahun ini balik mana. Semua sudah faham...jika tahun lepas di Johor, tahun ini di Kedah.


nana, ME, shidot, abah, mama, ayang, akir

Tahun ini saya tidaklah beriya2 cari kasut raya, baju raya pun mama yg pilihkan... semuanya ala kadar. Last minute shopping di Jalan TAR...ohh sgt memeningkan! Niat saya nak beli 2,3 tudung baru..tapi bila tgk ramainya orang..membuatkan saya tidak cerewet memilih.yang mana nampak..saya capai & terus bayar.Tidak endah utk tawar-menawar.

Here we come, alor setar..Hari Jumaat kami sudah bertolak. Ayang tidak se EXCITED kami yang lain..(iya lah, dia kan belajar di SMSAH). Dalam kereta terpekik menyanyi lagu raya..Sebetulnya kampung saya di Bukit Tinggi (5 minit dari airport alor setar) tapi org akan berkerut2 bila saya kat Bukit Tinggi..senang cerita..bila org tanya, kedah kat mana? Tak berfikir panjang lantas menjawab – Alor Setar (itu kampung awang laa shera!)

Ohh..kedah dah maju. Ada highway TANPA tol ke alor setar. Maksud saya, jika dulu terpaksa melalui jalan kampung utk ke bandar..kini tidak lagi..(baru2 ni Alor Setar di isytihar sebagai BANDARAYA) saya tak mahu komen banyak..tapi pandangan kasar saya...NEED improvement..JGN hanya suka mendapat title bandaraya..tapi bandar nya tak seberapa.

Cerita Di Hari Raya


Pagi raya kami sekeluarga berkumpul..adik beradik abah tidak seramai mama. Hanya 5 berbanding 14 di JB (ohh tapi mereka sudah cukup mengelirukan saya) Mana tidaknya dua tahun lepas saya tgk..masih kecil tup2 dia sudah lebih tinggi dari saya! Saya keliru..yang mana satu ayim, yang mana satu miji, which one is apiz, uhhh..mereka nampak serupa! My youngest cousin dulu baby dok dlm buaian kini sudah boleh berlari! (shera, mereka MEMBESAR!) Boboy tak cam muka saya..dia tgk saya agak lama..baru dia sedar..”ohh ini kakak yg menyibuk di rumah aku dulu”...Moral of the story;

+ shera, sila rajin2 pulang ke kampung!


Yang Pergi Takkan Kembali Lagi

Sehari sebelum raya, Ramadhan terakhir. Kami kehilangan Tok Chik yg kami sayangi. Tok Chik adik kepada datuk saya. Saya tahu dia kerap sakit2..tapi tak sangka ini ramadhan terakhir buatnya. Dia tak sempat pun menyambut Syawal. Tok Chik seperti nenek kami juga. Kami tidak beraya sakan. 7 hari tahlil di rumahnya. Saya melihat tok Cik (yg lelaki) begitu tabah dan tenang melihat kehilangan org yg disayangi.

Syawal kali ini..saya melihat sendiri pengurusan jenazah...

+ ohhh tiba2 saya teringatkan EDA rakan saya yg volunteer jadi ‘mayat’ masa Khemah Ibadah Pengurusan Jenazah di Taman Ilmu dan Budi semester lepas.

AL-Fatihah buat Tok Chik...moga rohnya ditempatkan dengan orang2 beriman. InsyaAllah.

Cukup cerita hari raya..

Saya terkesan dengan kata2 Tok Ndak (sebetulnya Tok Ndak ini mak andam abah masa abah kahwin dgn mama dulu) Dia lead tahlil utk arwah petang itu.. after tahlil dia jumpa mama..dan tanya khabar itu dan ini..anak berapa, kerja di mana etc..

+ yg sulung di UM, yang ini (sambil menunjukkan saya pd tok ndak) blaja kat UIA.

Lantas Tok Ndak berkata...

+ Kenapa tadi TIDAK lead tahlil? Lain kali boleh ganti Tok Ndak..

Saya tersedak. Mama ketawa.

+ eiii dia mana boleh lead, tak ambil bidang itu..

Tok Ndak pendek menjawab.

+ Yang penting hati kita bersih. Minta padaNya..kalau kita nak, DIA akan beri.


Lepas bersalam dengan Tok Ndak...dlm hati saya menanam satu azam baru.. walaupun saya bukanlah bakal graduan bidang Ilmu Wahyu/usuluddin etc.. saya tetap boleh lead majlis tahlil..InsyaAllah!

Cukup sampai di sini..ENJOY my hari raya album + Thanx again to ainun
+..Saya dah kembali ke Taman Ilmu dan Budi..ohhh Sir Zaini, homework anda saya TIDAK cuit sedikit pun!

P/s : tadi dengar SUKIYAKI kat MIX.fm..i need the lyrics NOW!!!

Since saya post citer nih on this date (2nd Dec 2003)...nak wish

HAPPY BIRTHDAY to my dearest fren kat madinah (not sure either he read this blog or not) Moga anda panjang umur+murah rezeki...

Posted by shera at 12/01/2003 11:50:00 PM |