<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Monday, January 26, 2004

Hari Cuti dan Opera Ayu Cendana

Semalam saya ke Panggung Bandaraya (uhh saya tak pernah tahu yg dlm bangunan Mahkamah Syariah-sebelah Bangunan Sultan Abd.Samad ada panggung yg SGT cantik) melihat Opera Ayu Cendana..(ainun,ko rugi sbb x ada kat Mesia..dat play was VERY nice!) Tahniah pada Fauziah Nawi (dia berbakat sungguh!) Saya tetap gembira walaupun esoknya ada QUIZ marketing (tapi dibatalkan..hehehe.nasib menyebelahi saya!) Ditemani oleh DUA jejaka gagah perkasa - tasnim rakan dari Taman Ilmu dan Budi dan MY BIG Brother..Uhh anda SGT lain..after a year tak jumpa! AWAS! mereka BUKAN cinta hati saya.. dah tak ada rakan perempuan yang minat tgk teater.. terpaksalah...kan?

Malas nak review bout the play..juz nak bgtau sesiapa yg belum tgk..silalah ke sana...RM10 je (for student)..since saya nih tak tgk movie..cari aa alternative lain nak seronok sekali-sekala..saya bagi 5***** untuk mereka..(shera tgh berkira-kira nak tgk teater Deejavu pula arahan Siti Rohayah Atan kuts..ada sesiapa sudi teman saya?!)

Chinese New Year holidays..saya ke KLCC berhuha dengan anem and salha..kami tidak berborak panjang..cuma isu utama pasal abg anem yg baru bertunang..kami tergelak sakan kerana anem bercerita duit hantaran RM* "serba satu"..lain negeri, lain maksudnya..nilai terpaksa dirahsiakan...kalau saya bagitau..pastinya lelaki di luar sana akan mula mengikat perut untuk menyunting bunga di taman..hehehe..


anem and ME masa my open house for hari raya..

saya serik ke mana-mana pada hari cuti..uhhh PERTAMA kali hidup saya dikelilingi oleh ramai bangsa asing (uhh SGT comot!!!) di Taman Ilmu dan Budi lain 'asing' nya..di sana...uhhh anem...betul tak? Mungkin mereka ni buruh atau pekerja kilang..yg bercuti...terus saya terfikir..TAK CUKUP kah rakyat Malaysia hinggakan kita terpaksa mengambil mereka bekerja..ATAUPUN..rakyat kita terlalu memilih kerja? saya tidak berat pada mana-mana..

Semalam saya dpt result midterm Costing 1..emmm..saya terkejut tapi masih mampu tersenyum..tadi saya dpt results FA 3 pula..walaupun x memuaskan.. saya redha..bak kata my beloved mdm intan..sebanyak mana effort anda..sebanyak itulah markah anda..uhhh...shera...jgn main2 lagi..u must work harder!!!!tahniah pada zura sebab dia antara yg terpilih + CEMERLANG!

Tak boleh tulis panjang..saya kesuntukan masa sejak akhir-akhir ini..masa tak akan menunggu kita...betul tak?

Thanx to ainun sbb dedicate this poem for me..TAPI..i wonder why she wrote this for me..(penat pk..hehehe)

Every story has an ending....
But in real life, each ending is the new beginning of a story...
One sad story doesn't mean it is the end of your life...
It is just a test from Him to see how we are as His slave...
There will be more tests to come in the future...
Be prepared to lead ourselves...
Do not let other people dominate us...
Only those who are strong will survive...


+ sehingga hari ini saya masih rasa BERSALAH pada my best fren zarita..dia call dari london last few days..and i dunno why i asked her to hang up the phone..huarghhhh mamai sgt masa tuh!!! (bila dia nak call balik??!!) +

+ my BIG brother..u change a lot! thanx sb tidak memberi alasan lagi

+ zarita, if u read this..SORRY sesangat...

+ doakan saya berjaya dlm test 2 FA 3 jumaat ini...

Posted by shera at 1/26/2004 11:54:00 PM |

Monday, January 19, 2004

EQUAL opportunity...Anda setuju?

Uhhh saya sungguh tertekan..hehehe favourite word saya..
Saya dah tulis entry baru..berkobar2 nak post kat blog..(setelah lama ditinggalkan)Tup2..masuk virus plak kat library tadi…inilah namanya dugaan!!!

(di bawah ini salinan yang mana saya teringat)

Dah dua minggu adik2 saya kembali ke sekolah masing-masing. Ayang gembira sbb dia menjadi senior di sekolah walaupun pada awalnya x sebulu dengan senior form 5.. biasalah tu..dulu saya di SSP pun face the same thing..akir nampak lebih ceria masa kami hantar dia di SDAR..tak mcm tahun lepas masa mula-mula mendaftar..melihat mukanya kami pun x sanggup nak tinggalkan dia kat sana..nana doing fine kat Raja Muda..seronok la dia berhantar-berjemput nak ke sekolah..aunty saya tak bekerja..boleh la dia buat begitu..(welcome back akir and ayang..enjoy ur hols!)

Usai waktu membelek surat khabar ( jika di Taman Ilmu dan Budi..saya tidak pernah dpt membaca paper dengan tenang - membaca dengan teliti sehingga habis ke akhirnya) Saya terkesan melihat satu artikel

“ 2 murid, 2 guru di sebuah sekolah”

Pada mulanya saya senyum sendirian..tertanya di hati..ada ke lagi kes macam ni di zaman moden ni?uhhh..tepat dugaan saya..MESTI sekolah pedalaman..



Cikgu Normah bersama DUA pelajarnya

Sekolah ni terletak kat Beaufort, Sabah..uhh saya tak tahu di mana letaknya sekolah ini..menurut gurunya, tahun lepas hanya TUJUH murid mendaftar.. tahun ini tinggal DUA memandangkan yang lain telah tamat darjah 6. Dua murid ini adalah adik-beradik..(kecilnya dunia mereka nanti!)

Masalah kekurangan pelajar mula timbul apabila ibubapa berketurunan Cina tidak lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini disebabkan ketiadaan guru yang mengajar Bahasa Cina..lantas mereka mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sekolah lain di Pekan Beaufort. (Lihatlah usaha mereka..tak kira berapa payah dan perit yang mereka terpaksa lalui..asalkan anak mereka fasih bahasa ibunda sendiri!) kalau anak melayu? Bahasa Melayu pun belum tentu lulus!

Sir Aslam (my Foundation of Islamic Economic lecturer) membawa kami berfikir sejenak..dia bertanya:

“Adakah pemilihan pelajar masuk ke IPTA berdasarkan keputusan SPM dikatakan EQUAL oppurtunity?"

Rata-rata pelajar lebih kepada TIDAK setuju..saya tak memberi pendapat secara lantang..namun jauh di sudut hati saya kata YA. Mana tidaknya.. bukankah semua soalan SPM adalah SAMA, skema jawapan juga sama? Mereka yang TIDAK bersetuju berkata ilmu yang diterima oleh mereka terima di sekolah biasa TIDAK SETANDING dengan ilmu yang diterima oleh mereka yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM ataupun Sekolah Bestari. Bagi saya…anda SILAP jika anda berpendapat begitu. Bezanya HANYA usaha..bukan sekolah di mana anda belajar.Kalaupun YA..mungkin 5% sahaja..tidaklah 100%.

Jika anda TIDAK setuju..Kenapa setiap tahun ada sahaja berita di dada akhbar;

+ Anak penoreh getah mendapat 9A1

+ Anak pembuat mee cemerlang dengan 13 A1


Kenapa bukan beritanya begini?

+ 100% pelajar Alam Shah mendapat 9A1 dlm SPM
(Nama sekolah hanya rekaan, tiada niat apa2 ya?)

Saya percaya..di mana jua kita belajar..asalkan niat kita benar-benar ikhlas menuntut ilmu kerana Allah Taala..kita boleh berjaya! Kerana apa jua yang kita buat mestilah dengan niat kerana Allah Taala..barulah hidup lebih berkat.

Seorang sahabat saya mendapat 10 A1 dlm SPM..namun dia TIDAK mendapat mana-mana tempat di IPTA…kenapa? Belum cukup cemerlang kah keputusannya?

Saya tinggalkan anda dengan gambar ini..hati saya berbelah bahagi melihatnya..kagum+tergamam… anda bagaimana?


Seorang pelajar muslim berusaha menjawab soalan gurunya di salah sebuah sekolah katolik swasta di Jerman.

P/s: sebenarnya penulis sangat TIDAK berpuas hati kepada pihak yang bertanggungjawab yg mengeluarkan arahan kepada pelajar mrsm utk mengikat tudung ke belakang (tidak lagi dilabuh kan ke hadapan) Apakah rasionalnya buat begitu? Tidakkah mereka merujuk kepada Al-Quran?

+ Disebabkan kehilangan data..penulis tidak dpt menyatakan dengan tepat nama sekolah berkenaan..kesulitan amatlah dikesali +

Posted by shera at 1/19/2004 09:41:00 PM |

Saturday, January 17, 2004

MERDEKA sekejap

Huhh..akhirnya saya boleh kembali tidur dgn tenang (diapit oleh 6 bantal kesayangan saya - baru beli 1 lagi) sgt suka bantal forever friends..warna BIRU (my favourite colour) kena laa beli sendiri sbb dah tak ada org nak bagi..sob..sob..

Cukup cerita bantal saya..

Sebenarnya sudah 2 hari saya tidak cukup tidur..semuanya gara-gara midterm killer paper berderet (kami sudah puas membebel) Costing 1 and FA3..saya tahu yang mana oppurtunity cost saya..Alhamdulillah..semua dah habis..cuma results saya berserah..setakat mana usaha saya..setakat itu Allah akan berikan..

Sebenarnya saya suka bila nak exam..(pelik kan berkata begitu!) saya suka bila kami akan berkumpul bersama (i mean rakan bilik saya dahulu aisyah+zura+aini+ashkeen) belajar sama2..'bedah' soalan sama2 sampai dapat jawapan yg IMBANG..huh accounting student..selagi x imbang tak senang duduk dibuatnya...hehehe..(tak semestinya IMBANG itu betul!)

Saya KAGUM melihat zura..uhhh saya kira dia GIFTED..dia bukanlah yg suka belajar sampai 2-3 pagi..mungkin bila exam week adalah..dia bukan jenis yg bangun awal pagi utk buat revision..spt budak2 cemerlang lain buat..YA..saya tahu..dia GIFTED..tanya sahaja.. uhhhh..secepat kilat dia jawab TANPA ragu..seronok tgk zura yg ilmu penuh di dada..(saya?)

Seronok sebenarnya bila kita menuntut ilmu begitu..dapat rasa university life+kenal hati budi+belajar loghat negeri+kenal dan masak perangai..huhuhu.. saya kira betullah orang kata zaman belajar LEBIH SERONOK dr zaman bekerja..saya belum rasa zaman kerja..tapi....MUNGKIN betul walaupun pengalaman bekerja di penang SGT memenatkan..

Yang penting niat kita belajar KERANA ALLAH swt..tentu mendapat berkat!

opss...minggu lalu..Taman Ilmu dan Budi dikunjungi Tun Dr. Mahathir..ada special convocation utknya..saya sebenarnya tersenyum sendirian..bila melalui jalan masuk ke UIA malam sebelum ketibaan VVIP..uhhh..jalan itu sudah SETAHUN tidak siap (sejak saya masuk GOMbak)..tup2 sekelip mata sudah ada traffic light+jalan bertar yang baik+lampu jalan..

+ abaikan cerita saya...

kejap lagi i'm on my way to go back home...yea2..Banyak sgt benda nak buat..
Have a REST shera..!

+ ainun..lama senyap?sihat?

+ anem..chinese new year hang out same yea?

+ Bro. Nazmi TAHNIAH sbb dpt jadi wartawan di meja BERITA HARIAN...uhhh cita-cita saya...moga terus maju..

+ abg pian..kerja..kerja jugak..JGN lupa shera..

P/s : saya SELALU terfikir kenapa JASA BAIK kita tak pernah di kenang? susah ke nak jaga hati kita? huarghhhhhhh...(penulis telah melalui "SETAHUN" yang perit!dun want to turn back!

Posted by shera at 1/17/2004 01:25:00 AM |

Wednesday, January 07, 2004

CERITA-CERITA LAMA

Sebenarnya saya dah lama nak mengadap PC, nak tulis entry baru + nak tulis email kat ainun (sorry..mmg xsempat!) + nak tulis surat cinta..semua saya nak buat..TAPI..semuanya x sempat..opss..misi saya yang terakhir tu TAK BETUL tau..

Semalam pinjam laptop nuril (my beloved cousin yg blaja kat UIA gak) and laptop zaitey (my roommate masa kat matrix) semua gara2 nak siapkan assignment yang MEMANG dah lama ditangguh..gara-gara kesilapan kami (ashkeen+saya)..kami berdua tidur lewat..bersengkang mata menyiapkan assignment..huarghh..dulu mak suruh blaja English betul2..X NAK..nak buat ayat pun susah..hehehe.

+ THANX a lot to NURIL and ZAITEY +

shera hint mama nak laptop for her bday!

Hari ni genap 12 hari mama and abah away from us..saya tak lah begitu homesick..mungkin dah biasa..walaupun weekend saya selalu balik rumah.. Cuma dah dua minggu saya balik…tak ada mama and abah untuk membebel saya bawak kereta laju + selalu hang on the phone..sbb rumah saya di take over oleh my aunty and uncle..Last week saya balik rumah..sempat berbual ngn mama since dia call rumah..


GAMBAR family masa anta mama and abah ke Kelana Jaya..uhh comot nya nana!

I guess I've started to miss my mama!!!(mama tak baca blog saya masa kat sana kan?)

Mama bercerita dia still di Madinah(mungkin sekarang sudah beralih ke mekah)katanya ke mana-mana dia pergi MESTI jumpa student universiti Madinah.. huarghhh!!!tiba2 mama tanya..

" shera, ur abg *** tuh tahun berapa? "
nama gelaran dia terpaksa dirahsiakan..

saya terkejut tapi tak berfikir panjang TERUS bgtau nama penuh walaupun lain yang mama tanya..

“TAHUN 2”


huhuhu..mama tahu my IDOLA belajar kat sana…

+ moga anda sentiasa tenang di bwh kasih syg Allah Taala..InsyaAllah +

Abaikan cerita saya dan idola

Kata aunty saya..mungkin kami yang dah besar ni..tak terasa mama and abah tak ada depan mata for 45 days..tapi FOR SURE adik2 akan terasa sgt RINDU..Cuma diorang MUNGKIN tak tunjuk…moga ayang, akir and nana will SURVIVE!!!

Ahad lepas hantar akir ke SDAR..kat pintu pagar..terbentang banner

“ selamat kembali pelajar-pelajar cemerlang PMR 2003” TAHNIAH!

Walaupun saya bukan antara yang cemerlang itu (pakdi..alert this statement!) tapi masa lalu gate SDAR saya rasa BANGGA+GEMBIRA..tak tahu kenapa..

Akir beruntung..ada kakak yang pernah duduk asrama..semua saya buat utk dia..Dulu masa saya di SSP..first day of school mama ‘tinggalkan’ saya dengan college sister..pastu terus balik..tanpa hantar saya ke pintu dorm..akir dah naik form 2 locker dia pun saya yang kemaskan!huhuhu..budak2 zaman sekarang..

+gambar tak dapat di upload..scanner kat lab out of order+
saya tertarik dgn gambar ni..minggu ni banyak paper tunjuk gambar budak tahun 1 menangis di sekolah..uhhh seingat saya..saya adalah org YANG PALING SERONOK bila nak ke sekolah (mungkin kawan2 tadika saya ramai ke sekolah yang sama)

ingatkan nak bercerita lagi..tapi..rasa cam masa SGT cemburu..next time yea?

+ doakan saya excell dlm midterm marketing sabtu ni..

Menghitung hari utk GENAP SETAHUN...huarghh..how i wish i could turn back time!!

p/s abg nazmi..apa cerita kerja baru anda?

Posted by shera at 1/07/2004 11:41:00 PM |