Friday, February 20, 2004
Semalam saya ke program Solat Hajat (boleh ke panggil program?) under Economics Students Society..Tahun lalu saya sertai juga..tapi bilangan yang hadir amatlah mengecewakan..kalau tak silap saya..tak sampai 20 org..yg lelaki HANYA main board..yang perempuan tambah sedikit sub committee... AJAIB pula tahun ini.. mencecah juga 3 angka..(almost)
saya tanya suhaida - dia rakan seperjuangan saya (dia juga main board emss) errmmm...agaknya publisti yang berjaya atau kesedaran budak2 first year pd program2 begini memang tinggi? (dek kerana saya nampak 60% budak2 tahun satu) ada juga rafik seperjuangan saya - amy, fadoq, syai, AQ, wan, mas uhh DUA jejaka TIDAK diduga..ptos dan farizuan..eda tersenyum..nampaknya tidaklah membazir makanan yang disediakan...
Saya tertarik dengan tazkirah yg diberikan (baca- tertarik pada pemberi tazkirah) syahir..saya kenal dia dari matrix lagi..bukan kerana nama kami yang hampir sama..(walaupun dia tidak kenal saya) masakan tidak kenal..dia jejaka idaman kebanyakan kami huhuhu..(excluding saya sbb saya engak faham bahasanya!) saya kira dia PERFECT! mulanya syahir ambil jurusan Bahasa Arab dia Taman Ilmu dan Budi tapi dia beralih angin..katanya tidak begitu mencabar since dia memang menguasai bahasa itu..dia switch ke Econs.. uhhh..dia antara calon double degree! (economic+syariah) setiap semester dia dean's list..dia punya ilmu agama yang mantap..dia punya budi bahasa yang tinggi (shera, u never got a chance to talk with him pun!!!) dia punya senyuman yang sgt sweet... huhuhuhu cukup laa shera...
In his tazkirah..saya tertarik satu ayatnya...
" kita nak finals, kita mesti bersedia semuanya..yang basicnya pensel, pen semua kena ada.. tapi soalannya kita tak dapat jangka...betul tak? sebab tu kita kena minta tolong pd Allah untuk mudahkan laluan kita+terang hati nak jawab soalan....(sila baca dlm loghat kelantan ya?)"
saya angguk setuju...iyalah..kalau pulun habis-habisan..tiba-tiba hari exam kita demam..macam mana?
sambung syahir lagi..
" Tapi satu hari nanti...kita akan menghadapi satu exam di mana kita sendiri dah tahu soalannya..CUMA amalan kita yang menentukan kita mampu menjawab dengan tepat atau tidak"
uhhhh...saya berfikir panjang....
Malam tadi kami solat hajat dia Econs Square (baca: kawasan lapang tanpa bumbung di Kuliyyah Economics & Management Sciences antara Lecture Theatre 1 & 2)
Tazkirah dihentikan bila azan berkumandang...Tiba-tiba hati saya sayu..memikirkan berkatkah ilmu yang saya pelajari selama ini? berkatkah perjalanan hidup saya selama ini? Panjangkah umur saya ini? uhhh...syahir pesan lagi...
"alangkah bertuahnya kita...jika dalam bersahabat itu..ada seorang sahabat YANG SENTIASA mengingatkan kita"
syahir berseloroh..katanya bila kita makan banyak..si A tegur..ehh..banyak kau makan hari ni..bila kita terlampau suka hari ini.. Si A tegur lagi..jangan gembira sangat...
emmm..saya sedih sbb saya sudah agak kehilangan sahabat yang SENTIASA mengingatkan saya (baca : bukan yang di madinah ya?) dulu kami kawan baik..tapi sekarang masing2 bawa haluan sendiri...a SMALL mistake..hmmm..saya dah lupakan semuanya..saya gembira kalau kami boleh kembali mcm dulu.. dia rafik saya yang selalu mengajak saya ke arah kebaikan..... anda tahu siapa anda?
ehhh...sudah lari jauh...
All The BESt + Ganbate Kudsai ne + Good Luck to shera
(and all my frenz yg nak finals dah.. naim kat UM, trah kat UTM, eliza kat UKM...)
Moga shera berjaya meneruskan kecemerlangan..InsyaAllah
23/2/2004 - Principle of Marketing
28/3/2004 - Foundation of Islamic Economics
03/3/2004 - Cost Accounting 1 & Fiqh For Economist 2
05/3/2004 - Financial Accounting 3 (uhhh...try ur best shera!)
Hari ni shera balik rumah..minta berkat mama and abah..esok saya akan kembali ke Taman Ilmu dan Budi..Perjuangan akan BERMULA!
P/s Isnin ini Maal Hijrah...sudah bersedia utk berhijrah?
Posted by
shera at 2/20/2004 12:36:00 AM |
Sunday, February 15, 2004
Tadi saya ikut rombongan meminang..my cousin – abg ZUHRY, kenal dgn cinta hatinya sejak di sekolah lagi..Setelah 8 tahun bersahabat (kalau tak silap saya) InsyaAllah ada jodoh antara mereka! Yang jauh didekat-dekatkan, yang dekat, dimesra-mesrakan..
Pandangan ikhlas saya..org JOHOR memang beriye kalau ada function macam ni..side ayah saya di Kedah agak kurang beriye..6 tahun lalu..seingat saya, saya masih kecil..nak pegang dulang hantaran pun tak larat. Pegang bunga manggar pun jadilah. DUA tahun lepas, kenduri abg FAIZ – saya kempunan tak berkesempatan bersama (masa tu Taman Ilmu dan Budi dilanda Demam Peperiksaan) Majlis Tunang dan Kahwin mereka saya tidak dpt hadir.. MAAF ya k.lily and abg Faiz..Tahun ini saya kejarkan juga..Leadership presentation saya hadir juga walau terpaksa bergegas pulang ke Shah Alam semata-mata kejarkan nak mengangkat dulang hantaran...AWAS! Ini bukan niat saya.. Ashkeen, Iqa and Eda hairan + pelik..kenapa saya beriya2 nak pergi..bukannya saya yang nak bertunang.. bukan juga kakak saya?
NIAT saya begini..saya nak lihat sendiri, macamana ‘kerenah’ semua orang..saudara-mara, cousins, uncle, aunty, pendek kata semualah..Bagaimana reaksi mereka terhadap bakal tunang (sila BACA – MENANTU)..Melihat sendiri komen my mum (secara tak langsung saya boleh guess apa yang mama expect on my wedding day nanti) Ohhh mama SANGAT particular (i guess so!) I’m soooooo SCARED my future husband (siapa ya?) can’t afford to do seperti yg mama nak..Itulah orang kata..nak pilih calon laki/bini ni bukan seperti pilih baju baru, selalu guna sampai lusuh, kita buang..masa baru beli kita jaga simpan dlm almari..uhhhh saya dan Nuril (my cousin) tak habis-habis lagi..memikirkan...what will happen in 10 years time..huhhhhh..susahnya!!
Uhhh shera, anda BARU 21 (belum pun) sudah bercakap tentang ini..Belajar pun belum habis lagi..
Saya sebenarnya terkesan dengan kata-kata mama...emm..let it be as MY SECRET between my mum and ME.. “ainun, dun worry, xde menda yang aku nak sorok laa”
Esok saya dan Nuril kembali semula ke Taman Budi dan Ilmu..Kami dah mula study leave..(kenapa mcm TAK ADA mood ya?) EXAM is JUST around the corner..AM I READY?
Bila saya TENSION + BLUR + MARAH..Saya suka tengok muka my BELOVED 2nd cousin (ayahnya my cousin)..Saya jarang suka budak kecik, tapi TETA akan buat saya tersenyum..see, COMEL kan dia?
Nadhrah Haziqah – my BELOVED cousin
Misi saya ada DUA...mampukah saya berjaya? (Yang PASTI kedua-duanya akan buat mama and abah tersenyum kalau saya BERJAYA laksanakan!) anda faham?
+ shera demam 2 hari lepas dan sekarang masih batuk..huhuhu..demam exam kot!
Posted by
shera at 2/15/2004 06:52:00 PM |
Wednesday, February 11, 2004
(sila rujuk entry sebelum ini utk cerita SSP Cyberjaya VS SSP Kolam Ayer)
Utk menjawab soalan anonymous di chatter box saya..
sek.men SAINS Seri Puteri di Kolam Ayer itu adalah sebuah SBP yang baru..tenaga pengajar juga yang baru..organisasi juga BARU, peraturan BARU, lencana sekolah baru..semuanya BARU..sbb itu sekolah BARU..TIADA kaitan dengan ssp di Cyberjaya..ok? Mungkin itu SBP yang ke 40 di Malaysia (saya guess sahaja tau?)
(Badge Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya)
+Thank U to ainun, shera amik gmbar ni kat Friendster ainun+
Inilah badge yang kami pakai masa kat SSP dulu..
Di Cyberjaya adalah Sekolah Seri Puteri yang LAMA..HANYA tapak sekolah yang berpindah..so peraturan, baju rasmi kuning, spirit once sspians forever sspians, pengetua, guru2 - SEMUANYA SAMA...
errr macam mana nak bg clear? faham kan?
+ Selamat Kembali!+
Sejuk hati saya, gembira bukan kepalang bila nampak mama and abah kat KLIA..Dua hari lepas hati saya berbelah bahagi..ada class + on the same time nak ambik mama and abah kat klia..tanya my cousin and frenz..ramai yang kata..
"Shera, tunggu aja di rumah..tak sempat nak ke sana"
Masalahnya kelas saya will end at 3.30 and arrival of my parents pun 3.30pm.."Can i make it by 4.30 ada kat KLIA?" tiap2 hari doa..which is the best decision..
1. ponteng kelas and terus ke KLIA
2. Keluar kelas awal sket,and rush to KLIA
3. tunggu aja di rumah
hati saya kata..nak ambil mama and abah di KLIA, tak kira apa jua cara..naik bas @ kwn hantar @ naik ERL..tekad tak mahu ponteng class since dat FA 3 class saya tak pernah ponteng...emmmm..tapi..dah ditakdirkan saya akan ponteng dat class (boleh ke kata ditakdirkan?)
To make the LONG story SHORT...saya ponteng class FA3 (harap mama tak baca entry ini) terus ke KL sentral, ambil ERL ke KLIA.Macam org jakun juga (first time naik ERL) saya rasa sungguh kerdil..iyalah..rata2 mereka semuanya org bekerjaya..ke klia tanpa di hantar org lain mesti atas urusan kerja kan? saya yang comot2 ini berbaju kurung nampak sgt pendiam..hehehe.uhhh risau juga kalau tersilap itu ini..
Tiba di KLIA, mama and abah belum habis urusan check out..kata nazie (yang telah masuk ke dlm sbb bapanya org KASTAM) beg abah tersangkut di mana tak jumpa. Saya sabar menanti...emm..akhirnya penantian saya berakhir (uhh mcm menunggu apa aja kan?) saya peluk mama and abah..nampak mereka lebih tenang sekembali dari tanah suci. Dalam hati SGT2 bersyukur semuanya selamat kembali...
Dalam kereta mama tanpa henti menceritakan pengalamannya di sana.. setibanya di rumah..semua cousin sedang menanti dgn bacaan selawat.. kepulangan mama and abah disambut penuh kesyukuran...Rumah saya dipenuhi sanak saudara (uhhh shera SUNGGUH penat kena basuh pinggan+melayan tetamu TANPA henti!!)
Pukul 3 pagi mama keluar bilik...tak jadi tidur katanya..saya yang sedang mengadap Aznil berceloteh+melihat kecomelan KHAI AF..saya terkejut..mama berbual sedikit tentang doa saya (saya minta mama doakan sesuatu di sana)...
Saya kesuntukan masa..esok ada test 3 Fundamental Islamic Economics (FIE), lepas itu terus aja ke rumah..Ahad kena kembali semula ke Taman Ilmu dan Budi utk Presentation Leadership (kenapalah hari AHAD pun ada class!!!) Minggu depan kami di Taman Ilmu dan Budi sudah mula study leave..
shera, please work hard..ok?
Posted by
shera at 2/11/2004 08:59:00 PM |
Sunday, February 08, 2004
(dedicated to all my SSP frenz)
Baru-baru ni uncle saya di Melaka telefon saya katanya anaknya dpt Seri Puteri (nani my cousin dpt 8A dlm PMR baru2 ni) uhh..saya gembira kerana ada juga antara kami yg dpt ke sana..saya x nafikan resultnya mmg sentiasa cemerlang..masa form 1..dia dpt offer ke MRSM serting kuts..tapi seminggu aja sudah keluar..tak tahan katanya..jauh dr bandar etc..my uncle bercerita mak ayah mana yang tidak sayu bila melihat anaknya menangis di pagar sekolah setiap kali mereka pulang melawat..akhirnya Nani tak sempat graduate di mrsm..namun dia kekal cemerlang..form 3 dapat 8A, dan dpt pula offer ke Seri Puteri. Tiba-tiba saya dpt msg dari ayahnya, “minta tlg pujuk nani accept offer tuh” ohhh..saya ingat dia akan terima offer tu..walaupun mereka adik beradik lebih suka belajar bertemankan ibubapa di rumah..
Ini bukan cerita asal saya..bukan mahu bercerita ttg nani yang mahu accept atau tidak ke seri puteri..
Saya nak bercerita ttg Seri Puteri Kolam Ayer dan Seri Puteri Cyberjaya..
Mungkin x semua org aware yg kat Malaysia ni ada DUA seri puteri..satu di Kolam Ayer dan satu di Cyberjaya..dua-dua pun Sekolah Berasrama Penuh,all GIRLS school, cuma satu aja yg berbeza.. di Kolam Ayer ialah Sekolah Men. Sains Seri Puteri dan di Cyberjaya ialah Sekolah Seri Puteri (yang asalnya di Kolam Ayer) Inilah kekeliruan yg berlaku akibat mahu mengekalkan nama yg sama..dulu..ALUMNI SSP bising juga kenapa nama sekolah di tapak asal SSP mesti Seri Puteri juga? Kementerian beri option sama ada kami mahu tukarkan SSP cyberjaya ke Kolej Seri Puteri..ohhh..kami sebulat suara TAK MAHU..hilanglah SERI kami nanti..akhirnya tidak mahu berbalah..kami kekalkan nama Seri Puteri Cyberjaya.
Uncle saya beriya-iya kata anaknya dpt ke sekolah saya..uhh macamana saya nak explain ya? Saya mmg dibesarkan di Seri Puteri, Kolam Ayer..tapi SSP itu sudah berpindah ke Cyber..tapak lama masih dikekalkan NAMUN sekolah baru dibangunkan di situ..
ANDA di luar sana FAHAM?
Seri Puteri di Cyber ELIT sekolahnya..saya senyum sahaja bila berpeluang ke sana (namun dlm hati uhhh SGTlaa jeles melihat mereka!) mana tidaknya ada stadium sendiri. Mereka tidak lagi merasa bangun awal utk menaiki bas ke Stadium Merdeka (seperti yg kami lalui) basketball court mungkin berganda dari kami yang lama..dewan makan di bawah..dan diatasnya surau..in one building..asramanya TIDAK lagi menempatkan 35org satu bilik.. HANYA 15 org kalau tidak silap saya..cuma satu dikekalkan..mereka mengekekalkan tradisi hidup warna rumah..RED HOT, Ruby! High Up!Topaz, Spirit of the Eagle!Sapphire and uhh saya terlupa Emerald punya moto rumah..maafkan saya ya?Langsir bilik masih dikekalkan mengikut warna rumah, cadar.. ITU sahaja memori kami bila ke Cyberjaya..Yang pasti..bila ke sana..saya seperti melawat sekolah orang lain..BUKAN my very own school...
Administration Building SSP Cyberjaya
left to right - ct, shue, wawee, anem, cipah, salha, ainun, lina, faezah and me (the ONLY ruby's girl!!!yang lain tu bebudak sapphire)
Apa yang kami rasa di SSP kolam ayer mungkin akan juga dirasai oleh the new students of Sek.Men Sains Seri Puteri..i mean mereka akan merasa gathered di dewan yang sama (di mana HANYA memuatkan 500 pelajar di dlmnya) menggunakan dewan makan yang sama (tukang masak mungkin sudah berbeza) dorm yang sama, katil yang sama, locker yang sama, kelas yang sama, lab yang sama, library yang sama...shera, STOP all the ‘yang sama’..mereka menggunakan tapak sekolah kami yang lama..pastinya semuanya akan SAMA..ohhh one more thing melihat wayang di dinding yang sama (ONLY sspians knows what i mean, rite?) itu semua tak mungkin akan dpt di rasa oleh mereka yg di Cyber...huhuhu..
with ainun..belakang kami - our administration building. Berbezakan dgn yang ada di Cyberjaya?
berdiri kat belakang - faezah, lina, wawe, iza, hana,
duduk di depan – saya, CT, khuzai, shawn and iyzee
This is our class building..masa form one & form 3 kelas saya di ground floor..form 2 & 4 di level 2..and masa jadi TOP senior my class kat atas sekali...Uhh tiba2 rasa MISS sgt2 masa zaman kat ssp dulu....Padang yang kitorg duduk tu adalah dataran utk morning assembly..and AWAS..padang tuh PANTANG di pijak oleh kami masa jd student dulu sure kena amik nama oleh prefect!(dah jadi ex-student, apa lagi..pijak laa..hehehe)
Utk trah, hana, nurul, liza sue, cipah...that administration building tuh is a proof di mana every morning kita kena bgn seawal 5.30pagi so that by 6.30a.m dah ada dlm dat class utk english class..and i think usaha dan penat kami telah terbayar..thanx a lot to miss vasantha..
Sebenarnya kisah kami nak pindah sekolah sudah saya dengar sejak saya form 1 lagi..tapi bila saya graduated dari SSP pun, belum siap bangunan nya yg baru..so, generasi yang barulah dpt merasa..apapun saya GEMBIRA membesar, berguling, berlumpur di SSP Kolam Ayer..mengenali jasa guru2..cik fauziah, cik aisah, ustazah einee – the seniors kat ssp (di mana generasi baru tidak lagi mengenali mereka!)apapun saya pasti anda juga bersetuju dengan saya...(bg yang pernah menjadi sspians)
ONCE sspians, FOREVER sspians..
(tak kira laa di Kolam Ayer atau di Cyber)
+ moga nani buat pertimbangan yang betul sama ada mahu teima offer itu atau tidak..ganbate kudasai ne+
+ to My BIG brother..shera sentiasa tenang melalui hari2 mendatang..JGN risau!
p/s uhh..45 hari dah berlalu..esok my parents dah balik dr Mekah..x sabar nak jmpa mama and abah dgn azam barunya!
Posted by
shera at 2/08/2004 06:19:00 PM |
Tuesday, February 03, 2004
Nak marah tak boleh..sbb MUNGKIN salah saya sendiri. Disket saya diserang VIRUS..habis semua entry (semua - sbb saya dah tulis DUA entry yg baru) Nak marah pun..nak marah siapa kan? Saya kuatkan semangat (huhuhu) saya tulis juga yang baru..Mesti isiya tidak sama..
Kami di KL tidaklah menyambut Raya Haji seberiya mereka di negeri cik Siti Wan kembang (kan bro.nazmi?) Biasa-biasa aja..kami ada family gathering..semua cousin berkumpul bersama..gosip itu ini + tanya khabar.. huhh..sekali lagi saya letih menjawab soalan yg sama..bila agaknya mereka akan letih bertanya?
+ shera, awak dah tahun DUA..takkan tak ada cinta hati? tak nak kenalkan ke?
Saya tersenyum..SENYUM bawa banyak maksud..sama ada saya sudah ada tapi 'menyimpan'nya sampai sudah tiba waktu atau saya SENYUM sbb malas nak layan kerenah mereka...ataupun saya memang TIADA CINTA hati..
Raya Haji saya tahun ini rasa 'terkurang' sedikit tanpa mama and abah..mungkin saya rasa 'kehilangan' sedikit tugas (sbb biasanya saya ditugaskan mengosok baju melayu abah and kebaya mama) cuma baju adik-adik masih saya siapkan..
+ Moga mama and abah pulang dgn haji yg mabrur..InsyaAllah!+
Itu cerita Raya Haji dan Cinta Hati...(adakah yg sudi?)
(sebenarnya entry yg lama saya sudah mengarang cerita ttg SIFU hizairi, tapi saya kira ceritanya agak panjang utk ditulis semula..saya akan cari kelapangan masa yang lain ya?)
with other YOUNG talented writers..hehehe.Minggu Penulis Remaja 2000. kiri sekali duduk di tepi abg hizairi-my sifu
Cerita teman lama (shera ada BYK teman lama kan?)
Semalam saya date dgn teman lama..kami tak ke mana, juz dinner together..mungkin ainun,anem and my ssp frenz agak familiar with this name..aizuren..ohhh dia dah BERUBAH setelah 2 tahun tak berjumpa.. dia semakin JAMBU saya kira..bg saya dia SGT cute sehinggakan tak mustahil utk lelaki jatuh cinta..hehehe..saya tak nafikan.. malah saya kata padanya..uhh awak sungguh jambu (dalam hati juga berkata - TOLONG laa ubah!!) kami bersahabat sudah 6tahun.. katanya saya sudah sedikit matured??hahaha..dia belum tgk the TRUE shera agaknya.... mana tidaknya, dulu dia mengenali shera yg masih KECIL, di SSP..huha sana huha sini..kini dia berdepan dengan bakal akauntan graduan Taman Ilmu dan Budi..mestilah ada beza...kan? Cuma satu perbezaan ketara..dulu dia akan minta izin (yg pastinya xakan dibenarkan) jika dia mahu merokok..kini dia berani smoke depan saya (tanpa meminta izin) awak, saya tak mahu jadi perokok sekunder!!
emmm...saya gembira walaupun persahabatan saya dengannya ada pasang surutnya... TAPI both of us berjaya menjadi 'professional' berhadapan dgn situasi ini..bagi saya..let bygones BE bygones..kan? buat apa nak diingatkan kenangan lalu?(ainun, anda fahamkan maksud saya?)
Balik dari bercuti ke Taman Ilmu dan Budi..saya dihujani dengan assignment yang bertimbun-timbun..huarghhhh shera, kenapa tangguh lagi?
saya sudah mula menghitung hari nak peluk mama and abah kat KLIA (camne saya nak ke sana ya?)
+ saya harap disket saya tak diserang virus lagi!
+ HAPPY BIRTHDAY to a fren of mine..NIK Shahrin (hey anda dah TUA!!) enjoy life while can!

