Monday, June 28, 2004
Akademi Fanatasia dan EURO 2004
Saya bukanlah peminat setia AF yang sanggup berhabis kredit
untuk vote mereka.Tapi saya ikut juga diari AF (masa cuti dulu)
dah masuk Taman Ilmu dan Budi, bilik TV pun tak tau kat mana.
see, zahid yg nakal tu
Tapi..setakat ni saya tak lepas lagi peluang tgk konsert mereka.
Huhhh i miss my zahiD..huhuhu..mmg die hard fan dia laa..
dun want to comment bout suara + persembahan + tarian etc..
they have their own trainers to comment
(moreover every week kan ada org yg akan komen they all)
bukan AF aja, ada audition, who will win, bintang RTM, malaysian idol
kenapa ya tiba-tiba reality tv-talent-show menjadi kegilaan rakyat malaysia
semua org suka jadi penyanyi ya?Ok, they got talent, let they Be.
(shera, awk tu menyanyi pun xleh)
entah berapa laa agaknya stesen TV buat $ dari program mcm ni..
Just to say that..
the bad impact that they gave us.
berhabis kredit 4 SMS (saya tidak tergolong ya!)
berhabis masa mengadap tv to follow the diary
(yg ini sy pernah terlibat...hehehe)
sampaikan semua kerja tak jadi.
adik saya nana sanggup ke kelas tuisyen pagi, gara-gara
tak nak terlepas konsert AF yg ketiga.
my aunty and uncle (mereka dah pencen)
adalah peminat setia AF.they will never miss the show.
tak tau laa diorg vote atau tidak.
tambah lagi pergaulan bebas among them..
AF = EURO 2004
betul laa orang kata EURO 2004 akan
menurunkan produktiviti
ramai jugak yang ter'miss' class gara-gara tgk euro.
kalau miss class, sendiri yang rugi..
tapi kalau miss kerja..get ready to face the BOSS
berjaga sampai pagi juz nak tgk bola..
tak dtg meeting society sb nak qada' tido gara-gara euro.
ude, aku mmg fail laa kalo tulis sesuatu without facts
(i mean i neeed to read first b4 i write)
saya SGT bz kat Taman Ilmu dan Budi.
hope sgt this Public Relation Seminar 2004 this coming 11 July
akan berjalan ngn jayanya.anyone out there nak join pls contact me.
dah ada 1st quiz..huh..am i ready for the new semester?
My room SGT blue.
ada blue blind, blue floor, blue cupboard, blue decoration
eiii saya bukan minah blue ya?
it is juz, i am a BIG fan of blue colour..
to ainun, ude, dyne, zarita...enjoy hols kat mesia.
hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri..
p/s : glad dat ada org tu NOT a BIG fan of EURO...
opss pakdi, anda juga gila bola?
AFUNDI zahid ya!!huhuhu
Posted by
shera at 6/28/2004 09:59:00 PM |
Tuesday, June 22, 2004
Cerita hari AHAD
Ahad saya begitu BUSY.
10.30am saya dah di Tmn Ilmu dan Budi.
Get sooooo excited.
tapi tak sangka kena beratur (berhimpit2) untuk
dptkan kunci bilik.selama ni tak pernah regis on time.
pukul 1 fetch naim, wawee and ct kat terminal putra.
(sorry, sbb lambat!)
terus g wedding day abg anem kat her house.
sangat seronok dapat jmpa MIZAH
i mean yg lain tu pun seronok...
tp sebab mizah ni PALING susah nak jmpa
the last time was at saloma bistro (2 thn lalu oii)
shawn, wawee, naim, anem, mizah, ME and CT
more pictures at MIZAH's blog!
apa yg mizah cakap..BETUL!we're STILL the same.
kitorg (the sohabat 9600 girls) dun change at all!!!
perangai sama, muka of course tak berubah
(cuma ada laa org tu yg make up muka dia)
menjerit sana sini. gelak kuat-kuat.
buat majlis org macam majlis kitorg.
uhh..nampak cam buruk sungguh perangai ssp girls ek?
bukan macam tu..we really treasure our frenship.
hampir 10 tahun!dun get bored huh! asik-asik SSP fren..
huhuhu..who else rite?
i think i'll be the REAL shera when lingers with my ssp fren.
huh, my uia fren..JGN marah yea?
balik from anem's house...naim, wawee, ct and mizah dtg my house.
sempat laa berdiskusi..bout life,studies and cinta hati!huhuhu
k.mizah yg GARANG? ape kah! she is soooo MANJA!
x garang langsung!pn. seri air mata.
mizah, dun worry...ada jodoh tak ke mana.
make sure u'll be the
first in our batch huh?
dat nite, i sent naim back to TTDI
(kena pulangkan dpn pintu. naim kan daddy's daughter)
tumpang solat maghrib and isya.
have dinner too..
TQ aunty.next time i'll cook 4 U
(naim, tell ur mum it is a promise)
naim's mum sgt cool..tak boleh nak stop kalau borak!
sampai UIA dah tak larat..satu hari berjalan..
went to bilik sya.chit-chat till 2 in the morning.
sya, life ain't easy..we'll face ups and downs..
BE strong huh.
got a call from my BIG bro semalam.
alhamdulillah, dah selesai.
moga jodoh berpanjangan.
classes have started.
very busy with PR seminar.1 week to go!
sedih sbb ally iskandar last minute tarik diri
got to find another speaker..
sorry to ainun san sbb tak dpt jmpa ko lagi.
tunggu aku stabil kat uia dulu yea?
HAPPY BIRTHDAY to mizah on 23rd June 2004
oiiii jgn nangis lagi..captain ruby mane leh NANGIS!!
p/s: should i regret?huh let it be my SECRET!
Posted by
shera at 6/22/2004 02:02:00 AM |
Friday, June 18, 2004
CERITA SAYA MINGGU INI
Semalam saya menerima kejutan tiba2..saya dikunjungi guru lama saya.
Mdm Norlida. Dia guru favourite subjek statistik saya masa di Matrix,
Taman Ilmu dan Budi 2 tahun lalu.. Saya harap sangat dia akan ke Main
Campus one day nanti..
Kami ke Kenny Rogers. Katanya lunch date. Huhuhu walaupun jarak umur
kami sangat jauh (anak mdm ada TUJUH, saya single lagi) kami tetap
sakan berborak. Dari isu IIUM, silibus course economic, isu semasa
sampailah ke cerita cinta hati.Uhh..mdm nak jmpa dia utk tapisan pertama...
Moga berjaya. AMIN
Minggu ini saya sibuk sakan.
Isnin lepas ada janji temu dgn abg nazmi.
Saya yang hendak berguru, kenalah menanti sifu. Sampaikan abg mcD
ingatkan kekasih hati saya tidak kunjung tiba. Mana tidaknya, dari 9.50
pagi sampai 11.15 saya melangut di McD. (kami janji pukul 10) Telefonnya
tidak berangkat. Jangkaan saya TEPAT...Ohh dia terlambat 1 jam setengah
gara-gara EURO 2004. dia tidak terjaga! walaupun dia ada date dgn saya.
Iyalah, saya ini BUKAN cinta hatinya...
Tengah hari nak buat kejutan utk k.julie (my BIG sista) sebelum telefon
dia, saya sudah terus ke rumah nya di Vista Angkasa. Dah parking kereta,
baru call k.julie..ohhh padan muka shera...akak tak ada di rumah laa..
i’m on d way back from sg.petani...huhuhu ntah bila dpt jmpa akak yea?
Malam itu, saya+shidot+nini (my cousin) ke MATIC tgk Teater kanak-kanak
Sg. Bonda. Saya terpikat dgn si kecil comel... saya kira dia baru berumur
3 tahun! Sangat fasih dia hafal skrip! Ohhh..my sista ON STAGE! Shidot
mmg pergi practise utk teater ni, tapi di atas sebab-sebab yang tak dpt
dielakkan, dia terpaksa tarik diri di saat akhir. Dia bernasib baik,
Ladin Nuawi (pengarah teater ini) minta dia on stage juga malam itu...huhuhu..
Rabu, saya ke Taman Ilmu dan Budi. Gara-gara kena siapkan surat
(berserta letter head) untuk speaker PR Seminar bulan Julai ini.
Lepas tu ke Bank Negara hantar surat tersebut. Ptg ke Jln Tar,
teman shidot shopping (saya juga) beli tudung, brooch, alat tulis...
hehehe. Malam balik rumah, terus TIDO.
Sepatutnya saya jumpa trah and naim hari ni. Tapi DUIT tak ada dan naim
juga bz aja, kami batalkan date. Entah bila boleh jmpa trah yea?
Esok trah dah nak balik UTM skudai. Kem salam sayag budak2 JB ye trah!
Sabtu ini dah janji ngn azie nak jalan2 KL...yeay! Saya nak ke IKEA.
(bukan nak beli barang rumah yea?) saja jalan-jalan. Nanti orang kata
duduk aja di KL, tapi tak pernah pergi ke sana..sebenarnya saya nak
tgk the new look of azie...
Ahad, pagi-pagi nak ke Tmn Ilmu dan Budi for mahallah registration.
Tengah hari nak serbu rumah anem for abg anem nye wedding.
(anem, InsyaAllah aku dtg ngn Ct, wawe, mizah, kt and naim).
I’m driving..dun worry.
Tp ingat2 lupa jln g umah ko!
Uhhhh...
TAMAT laporan saya untuk minggu ini.
Mungkin lepas ni berehat lama sedikit. Nak settle down dulu untuk first week
di Tmn Ilmu dan Budi.Shera, belajar tekun sket!
Saya sebenarnya tengah tunggu berita dari MY BIG BROTHER...
eiii nak tunang sabtu ni, senyap je ye?
dun worry, shera doakan
abg pian remains till the end with k.shima..ok?
do keep in touch!
P/s: Akademi Fantasia 2 dah start,
Anda dah DEMAM? VOTE for ZAHID!
huhuhu(saya rasa, saya seorang aja yg suka zahid)
Posted by
shera at 6/18/2004 03:04:00 AM |
Monday, June 14, 2004
PERLU ke jadi DOKTOR?
128 angka keramat. Huhuhu. Mungkin ainun di US tak tahu kisah 128 orang
pelajar cemerlang ini (ainun, balik m’sia aku citer A-Z kat kau yea?)
Saya keep track juga cerita mereka ini. Tak tahu nak kata apa. Baca juga komen
pakdi tentang mereka. Tapi saya betul-betul setuju..tersenyum sendirian bila
baca komen Penulis Tamu di Mingguan Malaysia. Profesor Datuk Dr. Hashim
Yaacob ialah Naib Canselor UM.
“Saya mengenali beberapa pelajar yang sangat minat untuk menjadi doktor dan
akhirnya dia berjaya masuk krusus Perubatan. Sejurus kemudian, dia cabut
meninggalkannya kerana tidak tahan melihat perkara yang dia tidak sukai
seperti najis, kudis, nanah, darah kursus yang lama dan kerja yang teruk.
Ada juga yang sudah menjadi doktor, perangainya tidak cocok dengan
professionnya.Kita juga mendengar berita doktor memeriksa pesakit dgn
pensel bukan dgn jarinya.Ingat tak? Ada juga yang tidak selesa memeriksa
kaum bukan jenisnya.
Kalau nanti pelajar-pelajar ini terutamanya yang 128 orang itu menjadi doktor,
ingat-ingatlah akan cerita bagaimana anda dapat sampai ke situ”
Kenapa 128 orang ini sukar menerima kenyataan yang mereka tidak ditakdirkan
untuk menjadi doktor? Kenapa mahu sangat jadi doktor?
(memang la kita kerajaan kekurangan doktor!)
+ Memang minat?
+ Impian ibu ayah nak suruh anaknya jadi doktor?
+ Gaji besar?
+ Glamer kalau jadi doktor?
Teringat saya pada rakan lama (aimi, lama betul tak dengar cerita dia!)
Aimi rakan saya di SSP. Dia SANGAT handal maths. Saya pasti
aimi nak buat engineering after SPM..Itu jangkaan saya aja. Aimi kini pelajar
tahun
DUA di Taman Ilmu dan Budi dalam bidang Perubatan. Niat
aimi satu.mahu jadi Pakar Sakit Puan.Katanya,Pakar Sakit Puan kebanyakannya
LELAKI!(HANYA SOHABAT9600 tahu kisah disebalik aimi+Pakar Sakit Puan)
Ili kawan saya juga. Di SSP saya tak pernah dengar cita-citanya
di SSP nak jadi doktor.Tapi kini Ili pelajar Perubatan di
Monash
University. SPM nya tidaklah straight A’s, tapi Ili score masa kat
Matrix Londang. Dia di taja JPA ke sana.
Shue juga di taja JPA
ke
Ireland buat Medic lepas dia cemerlang di matrix.
CheQ juga pelajar tahun 3
Perubatan di Unimas.
Cheq memang dari SSP sudah berkobar-kobar. Mahu rawat datuknya yang sakit.
Alhamdulillah dia berjaya.
Itu kisah kawan-kawan saya yang mahu jadi doktor. Moga tercapai.
Ada juga kisah saya dengar...
“Ohh abang saya engineer, kakak saya lawyer, saya kena jadi doktor
untuk lengkapkan profesionals dlm keluarga saya”
Mama pernah cerita anak kawannya, sudah grad. Tamat belajar ilmu Perubatan.
Sudah berkahwin. Suaminya juga dalam bidang yang sama. Ohhh.. dia tak sangka
real life tak sama dengan apa yang dia belajar. Minggu pertama bekerja di hospital,
dia menangis katanya takut merawat pesakit. Gara-gara pesakitnya menemui ajal
dalam proses rawatan.Dia mahu pulang ke rumah. Kenapa begitu?Dia yang beriya-iya
mahu menjadi doktor dulu..
(kini mama kata dia sedang menyesuaikan diri merawat pesakit!Moga berjaya!)
Kenapa mahu sangat jadi doktor? Kalau sudah tidak dapat tempat itu, mesti
ada hikmah di sebaliknya.
Saya dulu,
SANGAT bercita-cita nak jadi lawyer. Pilihan pertama
Law, UIA. Kedua Law UiTM. Mahu letak DUA pilihan
sahaja. Tapi mama sarankan letak Accounting UIA. And rezeki saya di sini,
Tahun 2 Accounting di Taman Ilmu dan Budi.
Kini saya nampak kenapa saya tidak ditakdirkan
TIDAK menjadi sebahagian
dari Pakdi dan Sya (mereka bakal Lawyer) Opss..let it be my secret eh?
Saya gembira menjadi student Accounting walaupun saya dulu bukanlah pelajar
cemerlang dalam kelas Prinsip Akaun di SSP.
Cukup cerita 128 orang yang cemerlang. Moga terus cemerlang.
Ohhh..
HAPPY BIRTHDAY to my bestest fren di
Taman Ilmu dan Budi.
THANK U for being there for me when i really need U.
THANK U for being such a GREAT fren for me.
Sya, cepat balik kl. tak sabar nak bagi ur bday gift.
I’m sure you will like it!
+
ainun, can't wait to hug U!
+
anem, kitorang nak serbu wedding day abg kau!
+
abg Nazmi, tQ sbb bagi teguran membina utk ‘Bila Sampai Waktunya’
+
My BIG brother, bila nak jmpa before anda bertunang?
+
Azie, glad to hear that u’ve change. Anda di kalangan yang terpilih!
P/s: saya BEGITU excited nak kembali ke Taman Ilmu dan Budi 20 Jun ini.
Semester baru, azam baru! huhuhu shera..
Posted by
shera at 6/14/2004 08:39:00 AM |
Tuesday, June 08, 2004
CUTI dan BIRTHDAY
(selamat hari jadi, shera)
Birthday saya tahun ini banyak ragamnya.
Saya diserang sakit yang teramat sangat
(HANYA wanita sahaja yang memahami)
Celebrate birthday ke
Safari Night di Zoo Taiping
Ohhhh banyak cerita disebaliknya.
TQ to
uncle Roli (rakan sejawat abah) dia Pengetua SERATAS.
Bermalam sehari di rumah milik beliau gara-gara semua hotel tiada kekosongan
(haa..sebelum tiba lain kali booked dulu)
Esoknya kami ke Bukit Merah Laketown
Huh ini adik2 saya suka lah.
MANDI +main air+ bersuka-suka
Saya, abah dan mama berehat, melihat ragam orang.
Kami bertiga TIDAK mandi, tapi bayar HARGA penuh.
Bukan tak mahu mandi, mahu juga...TAPI keadaan x mengizinkan
Tentu orang pelik, melihatkan saya...
Duduk membaca Tunas Cipta sedangkan tempat itu
untuk orang bersuka-ria.
Kadang-kadang saya tersenyum sendirian.
Membaca tentang Tehraniyun dlm TC (adik siti hasmah peminat fanatik abg faisal)
Kami tidak terus pulang ke shah alam. Kata mama sudah lama tidak jenguk rumah kami di Sg. Buaya. Bermalam sehari. Isnin pagi kami pulang ke Shah Alam.
TAMAT cerita cuti saya.
Birthday?
21 tahun. Syukur ke hadrat ilahi
TQ to mama sebab berjaya melahirkan dan membesarkan saya
Seingat saya, mama kata antara kami LIMA beradik,
saya YANG PALING MUDAH dilahirkan. SGT kecil.
Seawal 12 tgh mlm saya sudah menerima panggilan telefon.
SYA, rafik Taman Ilmu dan Budi orang pertama. Kemudian
Nazie, my cousin. Saya menerima berderet-deret sms.
Ainun, Lina (happy birthday to U too), Rifqah, Nuril, Dayout, Naim, Nurul, Zaitey, Zatyl, Suzane, Nik Shahrin, Khaty, Azie, Ashkeen, My BIG brother, Aishah, faez, Zura , Jido, Eda, Awang Budiman, aiman, agirl, rahmah san.
Banyak-banyak SMS yg diterima, saya suka yang ini:
Happy Birthday ms. Shera.
On this speacial day, for this extra speacial girl, i HOPE
a)All ur wishes come true
b)You will stay young and beautiful and smart
c)Be Happy 24/7
d)You found ur mr. R.
(nak cakap true love cam org tua lak)
e)U got lotsa prezen when bukak sem!
f)Stay frens
g)May GOD bless u always and enjoy the day!
TQ zaitey.
Bukan apa. Saya tersenyum masa membaca sebab biasanya kita akan dpt senarai mcm ni dlm birthday card..kan? tapi sekarang ni zaman sms. Semuanya melalui SMS aja.
Saya dapat BLUE bear from nurul witten 21 on it.
Adik2 saya berkongsi duit. Mereka belikan BLUE giant mug idaman saya.
Pagi 5 Jun, saya dikejutkan dengan lumuran colgate dan bedak di muka. Ditambah segelas air juga. Ohh ini semua kerja ayang, akir dan nana.
TQ soooo much pada yang
ingat SAYA di hari jadi saya. Ada juga yang ingat, tapi mungkin sibuk sehingga terlupa. Saya tak kisah. Takkan nak declare war pula.
Anyway, moga Allah panjang kan umur saya agar dapat terus berada di jalan-Nya, digolongkan dalam golongan orang beriman, dijauhkan dari perkara-perkara yang lara’, dimurahkan rezeki.
Saya dah tulis my birthday wish in my diary.
huh..saya dah mula diary baru gara-gara banyak sangat khazanah dlm diari lama.see, my BLUE diary.
ini muka depan
yang ini belakang
TQ to
Awang sbb bagi msg yang menenangkan saya. Gara-gara diserang hebat oleh mama dan adik-adik. Panggilan yang dinanti tidak kunjung tiba.
(Shera, dia TAK lupa ur birthday laa!! Believe ME!)
awang wrote;
Shera, bufday wish is not everything. Don’t let it be as ur indicator to valuate people.
Shera, semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan!
+ HAPPY BIRTHDAY, ashkeen! (9th June 2004)
P/s: saya baru lepas berbual dgn abg nazmi (dia yg sudi edit cerpen saya) ohhh..shera, anda perlu banyak belajar lagi! maaf ya! cerpen saya tidak lepas saringan pertama.huhuhu
Posted by
shera at 6/08/2004 05:42:00 PM |