<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Tuesday, August 31, 2004

Cerita MERDEKA Tahun Ini


Saya mengangguk setuju bila melihat kartun Nudin ini. Merdeka dulu TAK SAMA dengan sekarang. BETUL TAK?

Niat di hati nak celebrate merdeka di rumah dgn mama, abah, dot, ayang and nana. Semuanya tak jadi. Huh..merdeka kali ini saya TERKANDAS di KL Sentral! Meeting society habis lambat. Saya berkeras mahu pulang juga. KL tak sunyi, lagi lewat lagi ramai org masuk LRT. Kawan-kawan bising juga bimbang keselamatan saya. 11.23 pm saya tiba KL Sentral dgn harapan saya masih belum terlepas komuter terakhir ke Shah Alam.

Saya : ada train lagi tak ke Shah Alam? (tanya dgn penuh berharap)
A : Ada (Dia senyum)
Saya : Ada? (Dalam tak percaya saya mengurut dada lega) Nak tiket satu.
A : pukul 1 ye dik?
Saya : hah?
A : Ya, komuter ke shah alam pukul 1.
after countdown baru kita beroperasi balik.
Saya : Nasib baik tak pengsan kat situ.
Huhuhu apa yg saya nak buat dlm 1jam setengah ni?

Saya bimbang dimarahi abah. Iya lah dah tahu dah lewat malam masih nak balik rumah. Nasib saya baik. Dot telefon 5 minit lepas tu..abah kata
“haa.. padan muka. Duduk la countdown kat KL Sentral!”
Saya tak kisah melangut di situ. Asalkan tak kena marah dgn abah dan saya boleh balik rumah.

Saya duduk di McD. Sebelah patung yg tak bergerak. Tengok kelibat org berkejar ke sana sini nak countdown. 10 minit sebelum 12 pagi, makin ramai org di KL Sentral. Semua berkejar nak ke lrt dan monorel. Yang melayu ke KLCC, yg Cina ke Bukit Bintang (ini assumption saya!) Saya duduk aja di situ sambil di tangan memegang The Firm by John Grisham yang saya cuba habiskan dari minggu lepas.

Saya mengeleng seorang. Kenapa ya kena sambut merdeka begini? Pergi bersuka ria sampai pagi. Entah balik rumah atau tidak. Macam-macam perangai saya tengok. Yang pakai skirt pendek hampir nak nampak semua di dalam tu. Pakai baju nampak pusat dan lengan. Yang berpasangan lain pula ceritanya. Huhu saya geleng lagi.

Kata eda : kenapa sambutan Kemerdekaan diberi pengisian begini? Konsert dan berkumpul sana sini sampai pagi? Betapa perit pejuangan mereka, kita bersuka-ria begini.

Syukurlah saya dilahirkan selepas MERDEKA. Saya bangga jadi anak merdeka. Kadang-kadang saya tak percaya bila membayangkan betapa susahnya kehidupan mereka sebelum merdeka dulu. Betul ke kisah Bukit Kepong? Kisah Portugis menyerang Melaka? Kisah Sultan Mansur Syah? Shera, face the truth! Saya bukan tak percaya... cuma tak terbayang jika saya ada pada zaman itu..apa yg saya akan lakukan ya!

Rakyat Malaysia, bersyukurlah kita tidak lagi dijajah. Bebaskan diri kita dari penjajahan minda. Semoga Malaysia terus aman, damai dan MAJU. InsyaAllah!


+ Esok 1 September birthday azie. HAPPY BIRTHDAY, my fren! Welcome to the club. Dah 21 tahun..dah boleh kawin! hehehe +



Posted by shera at 8/31/2004 07:21:00 AM |

Saturday, August 28, 2004

Seminggu saya BERCUTI

Bercuti dari melayari internet, menjenguk blog kawan-kawan, baca msg kat frenster, reply email.

DUA sebab mengapa saya bercuti:
SATU : server down di Lab Econs Taman Ilmu dan Budi.
DUA : saya kena rashes satu badan! Huarghh kenapa ya?

Sebenarnya banyak lagi cara lain utk saya duduk mengadap PC. Di Library, Lab ITD...tapi kebanyakkannya dihuni dengan foreigners..(kalau diorg dapat guna PC, memang takkan bagi chance pd org lain.diorg ingat tu PC diorg kot!) Pelik juga, entah macam mana diorg boleh chat sedangkan kat UIA mmg takleh download segala macam cara chat..huhuhu awk yg buta IT kot shera!

Minggu lepas saya SGT busy. Setiap malam ada class + meeting. Tak terkejar masa rasanya. Cinta hati pun tak sempat dijenguk. Huhuhu..convest (pesta konvo di UIA) pun saya tak jalan beriya!Ingatkan nak rasa ice blended pakdi, tapi dua kali lalu dpn kedai...pakdi tak ada!bukan rezeki saya kot..lain kali ya pakdi.

Sepatutnya khamis malam saya dah berada di rumah. Tapi gara-gara meeting habis lambat, mama tak kasi pulang. Iyalah shera kan perempuan..takkan la nak naik LRT pukul 10 mlm..now, i’m here in my home. Seronok dpt jmpa adik-adik. Sekali-sekala kami berkumpul 5 beradik, gamat rumah! Yang pasti saya akan menjadi mangsa tidur depan TV. Tak apa lah demi adik-adik..

Minggu lalu juga saya tgk ramai graduan Taman Ilmu dan Budi bergambar dgn jubah. Uhhh saya dah mula berangan-angan..2 tahun lagi. Sekejap ke lama? Sabar shera..your turn will come. Bukan apa, seronok tgk mereka bergambar dgn mak ayah, lecturer, kawan-kawan, cinta hati..huhuhu..Iyalah penat lelah sudah terbayar. Cuma satu saya terkilan sedikit.. graduan Taman Ilmu dan Budi tak pakai topi graduan seperti Universiti lain. Yg lelaki pakai songkok, yg perempuan ada lilitan di tudung.



Dari kecil dah berangan nak pakai topi tu..baling sampai cecah awan..Tapi takpelah..Saya pujuk diri sendiri.. Itulah LAINYA Taman Ilmu dan Budi daripada Universiti lain. That is why UIA is sooooo special..huhuhu tak ada topi tak apa asalkan ilmu yg diterima diberkati.. Saya tersenyum seorg bila mendengar cerita bila best student naik stage terima ijazah, tepukkannya biasa aja. Tapi bila celebrity naik stage, gamat satu dewan..

Minggu depan i’ll be very BUSY. Inter Mahallah Sports Carnival dah mula..2-9 September ini..Cuti MERDEKA saya sudah di beri amaran JGN PULANG. Khidmat saya diperlukan. Ohh bila sebut pasal MERDEKA, saya tak tahu kenapa tahun ini saya tidak beriya menghayati bulan kemerdekaan. Bendera di sana sini sudah digantung. Yang terpanjang, yg terbesar, yg tercantik..tapi satu pun tidak menarik perhatian saya..kenapa ya? Ada kawan tanya, shera celebrate MERDEKA kat mana?Apakah? Saya TAK PERNAH pergi celebrate merdeka.. masa kecik-kecik, pernah la..itupun pegi dataran dengan mama and abah. Sekali pergi, saya serik..dihimpit jutaan manusia. Ooo saya tahu...mungkin persepsi org, bila kita ada cinta hati..mlm merdeka celebrate sama.. SAYA TAK SAMA. Ada cinta hati atau tidak, saya tidak celebrate merdeka. Cuma duduk rumah mengadap TV. Nanti mesti ada org tanya saya pula..new year celebrate kat mana? Huhuhu perlu ke celebrate?

Rashes at my body dah OK. Doktor pun tak tahu what had cause me to that rashes. Doa pada Allah moga saya tabah dan tenang meghadapi ujian ini...

Hari ni akir balik SDAR. Ayang will be back to SMSAH this coming tuesday. Tgk ni my cute liltle sista,ayang. Dia jahit sendiri baju ni masa Culture Week 2004 kat sekolah dia..baju asal pendek sampai lutut je..ntah camne dia wat sampai jadi camni..good job,ayg!!! thumbs UP!



Siapa kata pengantin tak cantik kalau pakai tudung?hehehe

P/s : saya TIDAK jadi ke wedding day my BIG sista, banyak sebabnya. Yang pasti saya doakan akak and abg hafezin kekal ke anak cucu. Soooooo sorry can’t attend ur wedding, sis!


Posted by shera at 8/28/2004 09:13:00 PM |

Tuesday, August 17, 2004

Ada apa dengan 18 August 2004?

Hari ni GENAP 3 tahun saya dpt kenal seseorg yg saya kira SANGAT berharga dalam hidup saya. seorg SAHABAT yg saya kira SUKAR dicari ganti. I miss those email that he used to write for me..ada sesiapa yg sudi nak tulis email sebegini kepada saya?(antara isi emailnya)

email 1
ok..belajar rerajin...jadi anak solehah...ingat Allah...nak periksa ni banyak2 baca selawat..insya allah boleh jawab dengan mudah.. nak buat 1 tahun setengah kan?...so kira ada 2 sem lagi..insya allah boleh.semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya selalu.

email 2
kekadang kena mujahadah (bersungguh-sungguh) nak buat sesuatu...kalau dapat buat dengan baik alhamdulillah...kalau tak kita kena sabar...apa yang kita buat 2 jer perkaranya...sama ada perlu bersyukur dan kekadang kena bersabar... kalau dapat seimbangkan insya allah hidup akan tenang...masalah tu semua orang akan hadapi.. kalau tak ada masalah bukan namanya manusia.. dan cara paling baik ialah dengan solat.

email 3
tapi satu mesti ingat...kekadang ada suau perkara yang kita suka tapi perkara tu tak baik..dan ada perkara yang buruk luarannya tapi baik di sisi tuhan...jadi kalau sesuatu yang kita rasa tak seronok...mungkin ada hikmahnya...dan hikmah tu mungkin lambat baru diketahui....

email 4
saya rasa nasihat tu mesti bagi kat awak juga kot.. kalau dapat 4.00 memang bagus... tapi jangan sampai korban kan hidup dan masa awak..."la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"..allah tidak memberai manusia melainkan dengan kemampuannya...so,kalau awak yakin boleh dapat 4.00 + hidup dgn gembira dan tenang + usaha utk akhirat, kira okla.

Dia seorang SAHABAT yang tak pernah lelah memberi nasihat. saya sukar mencari penggantinya! Ya, memang ada yg sudi memberi nasihat..tp saya kira dia masih yg terbaik!huhuhu shera sungguh merasakan kehilangan dia.

Saya sebenarnya TERLUPA dgn tarikh ini (shera menghargai seseorg yg sudah ada di dlm hatinya)saya terkejut masa mendapat msg ini from eda (kemudian terus TERSENYUM!):

"180801...Hepi Anniversary:p. huhuhu x kesahla dah ada ank arif pun..he is still a good fren"

apa yg eda tulis memang betul..HE IS STILL A GOOD FREN! (of course he will be my BESTEST fren dat i ever had!) huarghh tiba-tiba sayu plak pagi-pagi hari ni. hey, saya benar-benar menghargai dia sebagai seorg sahabat, kawan, teman, frenz, admirer..huhuhu the last one tu main-main je. saje nak ceriakan diri saya.

opss..sahabat DTG dan PERGI. to have a great fren, we MUST be ONE! betul tak?

ohhhh saya mengharapkan dia takkan hilang terus dari hidup saya...

JIKA anda membaca blog ini, do write back!

P/s : siapa boleh tunaikan impian saya ini..saya BELANJA roti canai satu! carikan DIA utk saya..huhuhu!!

Posted by shera at 8/17/2004 08:07:00 PM |

Sunday, August 15, 2004

Cerita Itu Ini

CUTI dah habis (sekejap yea?)
out of 5 from my list, juz 2 of them got settled!
saya dah hantar cerpen + new haircut(TQ to rahmah san)
tukar layout dah hampir 99% siap..tp kerja-kerja pengemasan,kena tunggu ainun..hehehe
buat mykad kena tunda lagi (bila nak g buat ic pakai tudung nih!!!)
shopping pun belum!!!

i'm back here in Taman Ilmu dan Budi
back to school!! huarghhh..(shera, perlu ke mengeluh!)
back to my normal life..attending classes, society meeting, doing homework.
huhuhu..sabar shera, 2 tahun je lagi..

really got mad tgk anem nye blog..sgt tertekan sbb dia dapat tgk zahid secara LIVE!
anem, aku jeles ngn ko!!sgt gembira sbb zahid dapat kete tu..moga-moga terserempak ngn si merah kat area wangsa maju..hehehe. gila la shera nih!tp rasanya ce'cute'an zahid kurang menyerlah bcoz of the baju yg salikin buat..setuju tak?huhuhu...nampak cam beso je..

semalam went to HKL.my uncle masuk wad. semua couzin ada. nuril told me that uncle mat still can talk and smiling on friday..but sad to say, when i visited him, dia hanya mampu baring dan pejam mata..sedih sgt tgk dia..sgt kurus.Moga my uncle sembuh kembali..(ohhh saya tak tahu pun dia sakit apa)

"Nini, be strong and pray hard for your dad!"

And suprsingly..i bumps over cikgu aida jalal (our SSP physics teacher)kat surau HKL! Both of us sgt terkejut to see each other kat situ. I was sooo excited. the last time i met her was like on her wedding day..8 months ago..and glad to say..cikgu aida dah 7 months pregnant! yeay! cikgu aida kirim salam to all my ssp fren..

Next week akir and ayang will be back!!cuti sekolah pulak!my youngest sista nana will be very HAPPY..but ayang will ONLY arrive home on the 24th since she got a camp somewhere at thailand organized by SBP utara.tak tau apa yg mama dah rancang for our hols yea? now,my mum kat sarawak for 1 week out station.take care yea,mum?

got to go, c ya!

Trah,anda terlepas 1 entry aku..aku dah mention dlm entry yg lepas2..i've GOT ur blue card. TQ sooo much!

p/s: shera ada AZAM baru! ada siapa yg nak JOIN?

Posted by shera at 8/15/2004 09:28:00 PM |

Tuesday, August 10, 2004

Ini DUNIA Saya!

Yeay!Saya sudah tamatkan tugasan pertama saya.
Sepatutnya saya ke Maju Junction utk buat Mykad.Tapi last minute cancelled gara-gara tiada yg boleh menemani saya. Saya melangut 6 jam depan PC kat ofis mama, saya buntu tak tahu nak wat apa. browse frenster, cari lyrics lagu, baca blog kawan2...nak update blog, saya tak punya bahan ilmiah. hmm...tiba-tiba mama bising suruh ke cheras ambil $ rumah sewa. and terus je saya terfikir nak ke DBP.on the way kan? sambil menyelam, minum air.

2.30 saya dah sampai. naik tingkat 20. Masuk Bahagian Majalah.
Saya mencari En. Zaharuddin Editor Tunas Cipta..

editor : Pernah hantar sebelum ni?
shera : YA. Jawab saya ringkas.
editor : Tajuk apa?bulan berapa terbit?
shera : Hingga Ke Tahap Ini. Mac 2003 kot.

Editor terus mencari majalah yg dimaksudkan. ohhh dia mencari bukti karya saya pernah diterbitkan atau tidak. TIADA.

saya kaget. ohhh shera 'Hingga Ke Tahap Ini' dlm Dewan Siswa 2000. Dalam Tunas Cipta ialah 'Tugas Khas Along'. Saya nervous sebenarnya dapat bertemu empat mata bersama editor. (shera ckp je laa awk tu excited!) En. zaharuddin mencari lagi. Dia tidak puas hati sebenarnya. Mana karya saya.

Saya Give Up. sebenarnya saya memang terlupa tahun bila cerpen saya diterbitkan.

(shera, mcm banyak sgt karya kau tu!)

Kami berbual sakan. Saya gembira bertemu org yg sama minat dan aliran. Dia galakkan saya menulis."Tema kamu OK. saya akan baca (katanya lagi)". Saya tersenyum. huh, moga-moga dapat disiarkan. Ini bukan Bila Sampai Waktunya. Saya hantar Hanya Kerana Sejarah.

Dia tiba-tiba bangun, ikut saya katanya.

Kemana pula dia mahu bawa saya? saya rasa sungguh kerdil dikalangan mereka!
Ini azrina, Penolong Editor Pelita Bahasa.
Kami berbual sebentar. Kami sebenarnya pernah bertemu 3 tahun lalu. Masa tu dia baru dilantik menjadi editor Tunas Cipta. saya kan kerdil dlm dunia sastera masakan dia ingat saya.

Lepas tu kak azrina kenalkan saya pula dengan editor Dewan Masyarakat.Ohh kami berbual panjang! dia minta saya tulis satu artikel mengenai ekonomi memandangkan saya bakal graduan perakaunan...ohhhh saya tak mampu! dia akan lihat, baca dan edit..tgk dulu sejauh mana kemampuan saya menulis. huhuhu sebenarnya kami sepatutnya kenal lebih awal..masa saya ambil hadiah utk penyampaian hadiah esei PNB di kelantan.see, what a small world!

saya seronok berbual dgn mereka ini. Minat saya di sini. Rasa macam mahu duduk di situ lama lagi. sedih juga tak dapat jmpa Editor Dewan Budaya..huhuhu lain kali ya!hmmm saya dapat 3 majalah dgn percuma kerana berani bertemu mereka ini. TQ so much!

Saya turun bawah.ke Kedai BUKU DBP. dua bulan lalu saya sudah borong banyak majalah. 5 Dewan Masyarakat utk ayang buat bahan rujukan esei SPM. utk akir pula 5 Dewan Siswa. Kali ini saya borong majalah saya. Dewan Ekonomi, Dewan Sastera, Tunas Cipta. Banyak saya ambil tapi sedikit pula duit yg saya belanjakan. $6.90 sahaja. Saya dapat 10 buah buku. Yeay! (iyalah kamu beli majalah yang lama)

Saya TERLALU gembira.
Tak tahu kenapa. Mama, jgn risau shera takkan menulis sebagai kerjaya. it's a PROMISE. jangan pula tak bagi shera ke DBP lain kali.huhuhu

Dapat upah ambil duit rumah sewa. yeay! SHOPPING!

Now i'm back at my mumnye ofis. Staring at the PC dunno wut to do..Bila mama nak habis meeting??

This morning, i called my BIG sista k.julie. huhuhu dah nak kawin. How nice of her..suruh abgnya Budiman Bestari amik saya kat stesen bas sg.petani sbb saya pergi SEORG diri.. TQ sista! tak sabar nak tgk akak in ur wedding dress! c ya!

to Mizah, sebagai denda..nak suh ko organize ONE gath utk 6 sekawan sahaja. leh?

anda di luar sana doakan impian saya yg satu ini berjaya ya!

Posted by shera at 8/10/2004 01:55:00 AM |

Saturday, August 07, 2004

Saya GEMBIRA (ye ke?)

CUTI sudah bermula di semua IPTA
(kecuali UKM, minggu depan baru mula)
Saya gembira kerana semua midterm dah habis sebelum cuti lagi..
Maknanya saya bolehlah beriya-iya bercuti kali ini.
Ohhh saya tak jadi ke MASUM..(dahulukan mereka yg senior)
Shera, buku masih perlu di buka. Ya, saya ada 2 assignment kena hantar after midterm break.Saya gembira berada di rumah. Saya kembali pd katil kesayangan, tidak perlu fikir ttg kelas apa yg perlu di attend esok hari, homework dah siap ke, meeting apa yg kena attend..huhuhu ini baru namanya BERCUTI..



back : shue, zuhgai, trah
front : ainun, azie, cipah, ct, ME

Semalam really gembira sbb dapat gi Janda Baik wif 10 of my ssp frens..gi sana ngn wira ainun and unser anem.hmmm kagum tgk kawan2 aku ni berani bawak kete naik atas nuh.RUGI is the BEST word to say to those yg tak pergi..huhuhu even there is JUST 10 of us..rasa cam 30 org..nak tahu kenapa? Bak kata cipah.. SATU suara budak ssp, boleh kuasa 10 org nye suara..faham?1 kuasa 10. Means walaupun HANYA 10..tapi kegembiraan dan kebisingan antara kami seperti ada 30 org.. masa pergi ngn family, saya tak turun mandi. Tapi kali ni saya terjun jugak! Excited sgt..lagipun at that time tak ramai org..eiii 10 org anak dara, keep the secret yea? Pictures will be upload as soon as i get the pics. Anem, shue n ainun..upload laa cepat.. hehehe..MEMANG seronok!Malam tu, suppose to gather kat anem’s house for the Konsert AF..hehehe.Tapi atas sebab2 yang tak dapat
dielakkan..juz watch my zahid at house..huhuhu AFUNDI zahid!


kerjasama merentas sungai..gambar mase mandi utk tatapan sohabat9600 sahaja!

CUTI ni:
1.saya nak edit balik 'Bila Sampai Waktunya'
(shera, make sure hantar kat DBP and pergi jumpa the editor)
2.nak pergi buat mykad
3.new haircut (perlu ke?)
4.tukar layout blog.yeay tido umah ainun!
5.go 4 a little shopping (hey, kan tgh mega sale)


ermm,sebenarnya semalam saya menerima KEJUTAN dlm hidup.walaupun bukan utk diri saya, tapi saya benar2 terkejut!ini bukan soal gembira/sedih, setuju/tidak, suka/tidak.tapi saya benar-benar terkejut..itu aja.Sorry, tak sepatutnya tulis di sini kot.Dun worry dear, what ever is your decision,i'll be by your side to support you. that's what frenz are for rite?

Malam ni saya nak tgk teater. Yeay! teater..saya SUKA teater.got a msg from tasnim.malam ni closing Pekan Teater Selangor. UKM will perform tonite!emm..eventhough saya ni bukan student UKM,i'll promote for them. Memang teater diorg BEST. Meh la malam ni kita gi tgk teater kat Dewan MBSA, shah alam. it is FREE!

NO mood to write. Suara saya SGT rock (hampir hilang suara).
gara-gara menjerit sakan masa dgn bebudak SSP yg SEPULUH tu.
i'll update again..Nak tulis sesuatu yg berilmiah.
Shera, awak dah selalu sangat tulis benda mengarut.
please get your track back!

to my dear ayang mok: sorry tak dpt visit ko masa mama&abah balik kedah. banyak benda nak gosip ngn ko.nanti yea? juz take care of yourself. study smart. tak sabar nak jmpa my lil' sista nih!!dun worry, ur PINK handphone selamat dgn aku..hehehe

c ya!

Posted by shera at 8/07/2004 11:50:00 PM |