<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Friday, October 29, 2004

DONE!

Yeay, shera dah hantar esei Keluarga Bahagia. Walaupun tak pernah sampai Uncle Don kat Hartamas(nearest place ngn Wisma Lejadi utk submit the essays)saya berjaya juga sampai sana dgn selamat. tak sesat pun..hehehe. Ingatkan tak ramai yg hantar esei.. salah jangkaan saya..RAMAI yg dah hantar.esok dah dateline. Emm..nampak gaya susah sket laa nak menang..wish me luck huh?

Semalam had a GREAT day with him. Went to Sogo and Metrojaya BB plaza. diri sendiri tak shopping pape..juz tolong pilihkan baju untuk dia je. tak sangka..my favourite corak is stripes..hehehe..sume baju yg aku berkenan sumenya jalur-jalur.. nasib le he is not that BIG..kalau tidak, nampaklah lagi besar.we end up buying 2 jeans, 1 khakis, 2 shirt and 1 Reebok shoes. Iftar kat Johnny's restaurant. i suggest sape yang tak penah g johhny's BETTER go! worth it! tak jadi gi Tupai2. Takut sampai rumah lambat sangat. Really enjoy our day semalam!

Kad raya dah beli..nak tulis je and get them post as soon as possible!

looks like out 0f 6, dah buat 3 benda..tulis cerpen and TRUST part 4..memang takkan buat laa kot.since PC kat rumah rosak. it'll take my time nak gi CC setiap hari..

anem, bila kita nak berbuka same?

Posted by shera at 10/29/2004 06:29:00 AM |

Tuesday, October 26, 2004

'Engineers are the Best Boyfriends'
Betul ke statement nih?

Today's lesson - Girls must be convinced, so learn to promote yourself - convince them that 'Engineers are the Best Boyfriends'

Let me tell you why girls should eventually marry an engineer over a Law, Management, Arts or Medical School Graduate. He has three distinct advantages over the rest of the graduates.

Advantage 1: Secure lifestyle
An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortablelife, and get married and buy a house too. Law graduates are still working as a lowly apprentice in a law firm, most management graduates have just failed on their first business plan, the arts graduate is still looking for a job, and the medical school graduate is still living in a hospital.

Advantage 2: Unmatchable industriousness
An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's>worth of happiness.)

And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear. Unlike the Lawyer who will argue with you, the Management graduate who will try to control your spending, the Arts graduate who will 'change major', and the medical school graduate who will operate on you. And you know what, it's really so easy to make engineers believe that you are the 'one'. Say that you like one of their projects and they will be hooked to you forever.

Advantage 3:
An engineer boyfriend will never betray your trust

Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - the lawyers will lie about everything, management graduates will cheat your money, the arts graduate will flirt, and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate. Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that.

Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will everfind - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs, and too dumb to lie to you. So girls, why procrastinate? Get an engineer for your boyfriend!

Regards,
Saravanan Kathan®

-------------------------------------------------------------

TQ nurul,who sent me this fwd email.
Saya tergelak sakan membaca email nih. juz for fun k?hehehe.


+saya busy menulis Esei Keluarga Bahagia.Wish me luck!+

Posted by shera at 10/26/2004 08:46:00 PM |

Sunday, October 24, 2004

Happy HOLS, shera!

Taman Ilmu dan Budi mula lengang. Hari ini last day exam. and saya dah mula CUTI. yeay! exam banyak yg susah (iyalah mana ada exam yg mudah-mudah aja!) tapi dengar-dengar sbb UIA sedang menuju ISO tuh sbb soalan semakin mencabar minda.tertekan jugak sbb susahlah nak score every paper..huhuhu..

BERITA BAIK - bagi saya aja MUNGKIN! ingat lagi cerita saya berkobar-kobar hantar cerpen ke DBP? hehehe penat lelah saya berbaloi..sementara tunggu mama beli nasi briyani kat Insaf Jln Tar, saya jenguk ke kedai buku..belek2 majalah. Tunas Cipta terus saya sambar sebab saya mencarinya dari awal bulan tapi tidak ketemu juga. Saya tersenyum lebar membuka 2 helaian pertama TC - Hanya Kerana Sejarah Oleh Shahirah Samsudin. Yeay! (opss takut juga kalau abg faisal baca tentu banyak yg dikomennya)Kalau nak baca belilah TC bulan Oktober 2004. Enjoy the story!

Dalam fikiran saya sarat dengan segala rancangan yg akan saya buat masa cuti ini.

1.Tulis esei utk Pertandingan Esei Keluarga Bahagia anjuran Yayasn Penyayang
2.Shopping Hari Raya, Iftar and Tarawih with Uzaini
3.Tulis lagi satu cerpen
4.Buka Pose ngn my ssp frenz (anem, bila ya?)
5.cari kad raya!
6.siapkan Trust:ready OR NOT part IV(janji sy pd ike_bilih)

Tu je kot setakat nih.

i'll update again soon. Need to qada' my sleep for a week. sbb lately selalu tido lambat. memang tak cukup tido..shera, lain kali jgn study last minute. (tapi ada org kata dia tgk muka saya memang bukan style org yg study consistent, tp last minute study) huhuhu last minute study leh buat pd certain subject je...

Ohhh cepat masa berlalu..
kakak saya SHIDOT sem depan akan jadi final year student(final semester)kat UM. so, she will be the FIRST new generation from our family yg akan graduate after zaman-zaman mama, uncle rashid, abg Is. Bila lah turn shera...

Msg for my BIG sista ShIDOT:
" DOT, dah cari tak org yg akan bagi ko bouquet of flowers mase convocation ko nanti? u got only ONE semester to find ur prince charming!!!ganbate kudasai dot!"

Cukup sampai di sini..
Tak sampai setengah bulan Ramadhan, surau dan masjid mula kekurangan jemaah. Hey, marilah mencari keberkatan di bulan Mulia ini kerana semuanya berganda. Selamat Berpuasa

Ainun : BE STRONG yea?

p/s to ike_bilih ada frenster? nak tgk ur profile..entah2 kenal tak?hehehe

Posted by shera at 10/24/2004 06:31:00 AM |

Friday, October 15, 2004

RAMADHAN yg penuh berkat datang lagi!

SELAMAT BERPUASA to all bloggers
terutamanya kepada pengunjung setia blog saya ainun, anem, mizah, shue, ude, k.tuty, k.syu, nik, dyne, ajiz and ike_bilih (bila nak introduce diri anda yea?)ohhh..tak ramai rupanya pembaca blog saya.. huhuhu..

Saya tak sempat berbuka bersama family di hari pertama puasa.habis exam 5.30 terus rush nak balik, x sempat juga.sekali lagi tersangkut di Kl sentral. Beli double cheese burger..niat nak berbuka sorg. hehehe..saya BERTUAH..bumps over dgn my juniors masa kat ssp kat surau. TQ to shira and nana sbb sudi ajak saya berbuka ngn diorg.(diorg nih saya 'jaga' masa diorg form 1 kat SSP)huarghh biasa aa borak pasal life and studies.. and we came to the topic that "our true frenz will always be our SSP frens". NON sspians, dun freak. yes, it's TRUE, the friendship that we have built for 5 years will never can end.

Saya berkejar juga balik rumah.7.30 saya dah berada dlm train KTM. sempat berjemaah tarawikh di surau. Emm..tarawikh adalah benda yg paling saya tunggu sepanjang bulan Ramadhan..and i would like to share this thing..TQ to k.nadey (my senior kat SSP yg baru je tunang last month-may Allah SWT bless your relationship wif abg acit till the END!)

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) elak makanan pedas n tutup sahur dgn air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Doakan ibubapa samaada hidup/yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang

30 hari lagi yg penuh berkat menanti kita..Rebutlah peluang yg ada.


P/s: shera habis exam 24/10.pastu CUTI sampai 29/11.. YeaY!! TQ to my beloved mama sbb sudi sponsor hp baru utk shera..LOVE U mama! muaahss

Posted by shera at 10/15/2004 08:53:00 AM |

Saturday, October 09, 2004

Pengalaman saya di Wad Kecemasan

Minggu lepas saya ‘tercampak’ di wad kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang. Adik saudara saya zahrul kena denggi. And masa kitorg pergi amik zahrul kat kolej, he was like sooooo sakit. Camne ye nak explain. 4 hari tak makan. (dia tak tau pun dia denggi. He thought it was like demam biasa)

To make the long story short, zahrul was reffered to Wad Kecemasan = Emergency Room kat GH, Klang. Ermm..it was my VERY first experience dapat masuk ER. And i got soooo damn surprise!! Ye laa selalu tgk dlm TV kalau ada pape kecemasan, it was like so special..terus je masuk ER and the doctor akan buat kerja sepantas kilat. Ye laa..kata emergency, sure laa kena dpt special treatment demi menyelamatkan nyawa...kan?

Tapi apa yang saya nampak di depan mata SANGAT berbeza daripada apa yg saya jangkakan. Wad kecemasan itu kecil sahaja. Tetapi pesakit nya RAMAI! Zahrul terpaksa menunggu 20 minit sebelum dia mendapar perhatian doktor (take turn rasanya) saya rimas juga di dalam bilik yg kecil tetapi sangat padat dgn manusia yg pelbagai ragamnya. Saya tabahkan juga menemani zahrul..cuak je tgk muka dia..setelah diberitahu platletnya HANYA 17 berbanding 150 utk level platlet normal!

Mata saya meliar, melihat segenap ceruk Wad Kecemasan tersebut. Jakun sedikit sebab saya TAK pernah berpeluang utk berada di situ setelah 21 tahun di dunia. Ohh.. saya tergamam.. mata saya terhenti pada seorg pesakit. Saya kira dia cedera accident! Muka dia penuh darah..yg sangat parah saya kira. Dia masih bernafas.. syukur kata saya. Saya lihat sekeliling, mana warisnya? Mana doktor yang sepatutnya merawat dia? Saya tahu dia sedang sabar menanti rawatan. ohh saya lihat lagi, strecher yg dia baring, penuh dgn darah..pasti ia mengalir dari kepalanya! Di sebelah dia..seorg lagi rakannya juga parah. Mungkin lagi teruk dari apa yg saya lihat.

Saya tak sanggup lagi utk melihat dia. Bukan apa..saya kasihan melihat dia. Kenapa tiada siapa yg keep on eye pada pesakit yg parah sebegitu? Nyawanya tidak perlu diselamatkan ke? ohhhh...kalau laa saya yg berada di tempatnya..huhuhu

abg Is kata pada saya..

“Dulu abg Is suruh belajar betul-betul, ambil medic..tak mahu..sekarang shera bising mana doktornya!”

Saya jawab ringkas aja.

“Kalau otak ada, tapi tak cukup kuat menghadapi patient..pun tak boleh jadi doktor!”

Bukan tak mahu tapi saya tahu ini bukan bidang saya. Saya tak boleh berhadapan dgn situasi begini.

Saya tertanya-tanya juga..tak ada doktor ke? doktor cuti ke? (iyalah hari ahad) saya lihat Pembantu Perubatan ramai juga.semua dikalangan lelaki. Dot kata : Nurse Lelaki = pembantu perubatan = Medical Assistant (MA) sama hebatnya dgn doktor, shera!

Hari ini saya baca akhbar...

" Di klinik kesihatan yang tidak ada doktor, pembantu perubatan terpaksa mengambil alih tugas doktor iaitu memeriksa di antara 90 hingga 130 pesakit sehari selain tugasan lain iaitu panggilan ambulans pada waktu pejabat, menjahit luka dan lain-lain walaupun dalam kesibukan memeriksa pesakit.

Tugasan itu tidak terhenti di situ bahkan berlarutan hingga di luar waktu pejabat. Di klinik yang ada doktor dengan 60 hingga 70 pesakit, doktor beruntung kerana dibayar elaun kritikal RM500 sebulan.

Sebenarnya elaun kritikal diberikan kepada doktor, pegawai farmasi dan pegawai pergigian lebih berupa umpan agar mereka ini tak ‘cabut lari’ ke hospital swasta yang menawarkan gaji lebih lumayan. Berbanding pembantu kesihatan, walaupun kami sebenarnya on-call sepanjang masa dan bekerja 24 jam sehari, seterusnya 365 hari setahun, cuma diberikan elaun RM60.”

+ Allah SWT akan balas jasa anda semua. InsyaAllah +

Ohhh...moga shue, cheq, ude, Ili, dennis akan menjadi doktor yg berjasa...Ok?

Semalam saya menerima kad dari awang. hand made card. suka sgt dapat benda ni..Selamat menyambut Ramadahan yg penuh berkat ini!!Rebutlah peluang yang ada di depan mata anda!







these 3 pages adalah sebahagian drpd keseluruhan kad yg shera terima.

TQ so much awang!!!
(awg prefer org panggil dia with his REAL name:fadhli)
+ huhuhu mcm panggil org lain je +





Posted by shera at 10/09/2004 03:45:00 AM |

Saturday, October 02, 2004

Saya nak lupakan cerita sedih saya. Let bygones be bygones...rite? Yang dah berlalu tetap berlalu..kita bukannya boleh turn back time.. juz look forward..ok shera?

Lupa nak cerita. Last week i attend a dinner. It was actually for my mum and dad. Tapi disebabkan my dad tiba-tiba kena g New Zealand.. seat itu mama offer pd saya. Ohh saya suka dinner (boleh makan banyak2)tapi yg malas sekali i need to dress up and make up. Huarghh mampus aku. Siapa yg kenal shera mmg boleh bayang camne shera kan? Shidot beriya make up my face. Walaupun sudah berkali-kali buat alasan tapi dot memang sgt beriye nak make up..huhuhu dot keluar je shera lap make up.hehehe.. tinggal a very soft lipstic and light eye shadow..

Hmm..to be in the middle of BIG-BIG person..rasa cam SGT kecil, kerdil (ko memang kecik shera)...rasa cam nak cabut lari je (tp dlm hati nak MAKAN!) hey, buat je muka confident.. siapa tahu kita ni ‘budak’ lagi.. rasa cam tak percaya dpt tgk Datuk Seri Rafidah Aziz secara life..selang dua meja je ngn my table. Seronok dengar dia bagi speech..walaupun dah lapar, tapi i really enjoy the speech. hmm the best part is, kantoi gila shera tak expert pakai chopstick (They served chinese menu and what do u expect, shera?) dulu anak arif dah suruh BELAJAR and make use of it..tapi SOMBONG gila kata “tak perlu, tak payah belajar”! Padan muka ko shera. Nasib baik laa..ada org lain yg tak terror pakai jugak. So,mintak le fork and spoon (yg nih shera SGT expert!) Tutup cerita pasal makan and table manners.


as promised - me and zain ruffedge(he looks so different!)

Mama kata dia tak tahu siapa yg akan perform malam ni. Salamiah Hasan kot (siapa tu?) mama kata penyanyi during 70’s..Tup2..the MC announced that Ruffedge will perform. In the middle of blur-blur.. terus je tersenyum sampai telinga..walaupun tak kenal sgt tapi boleh laa layan lagu-lagu diorg.. shera ada amik gambar ngn zain and cat ruffdge..i’ll upload as soon as i get the pics.

Itu cerita dinner + ruffedge.



picture of 5 kezen..18 years ago..Guess, which one is me?

Sekarang ni shera di rumah. Wif my cousin nuril and nini. All girls kat rumah ni. Including mama and nana. Abah balik minggu depan. This is my last time kot balik and lepak-lepak kat rumah..after this i need to concetrate to my studies. Means..no more balik rumah and jalan-jalan ke UM..hehehe..

Good Luck and ganbate kudasai utk semua yg nak finals (rasanya semua IPTA tgh study leave sekarang)...do the best and have faith...pray hard huh!

Posted by shera at 10/02/2004 09:19:00 AM |