Saturday, January 29, 2005
Saya ke rumah Pena tadi. Huhuhu selalunya lalu depan tu... jenguk je..dlm hati kata “Ooo ni la Rumah Pena”. Tak pernah jejak pun walaupun banyak kali teringin ke Majlis Pengucapan Pusi every Saturday nite di sana...
And at last, I’m here in Rumah Pena (huh I’m sooo excited!)
Saya ke sana SEORANG diri. Tanya pakdi, tak ada pula jawapannya. Cinta hati bukan peminat sastera..Nak tak nak saya gagahkan diri juga. Alhamdulillah dapat green light abah utk pinjam kereta (Abah letak minyak full tank. TQ abah!)
Masuk je saya blur. Terpinga-pinga. Alamak saya TIDAK kenal sesiapa! Ohh abg nazmi (moderator talk) melambai pada saya. Panjangkan leher sedikit saya nampak Lutfi (dia penulis muda berjaya!) Dia senyum pada saya. Di tangga saya berselisih dengan SM Zakir (uhuhu dia yang mengkritik hebat karya saya di TC). Malunya saya kalau dia mengenali saya. Saya rasa KERDIL sungguh (ohh shera, kau memang kerdil!)
Panelist sudah bersedia di meja. Saya tidak terlewat rupanya. Nisah Hj. Haron seorang Peguam dan juga seorang penulis bersenyuman manis, Sri Diah raut wajahnya garang tapi mesra sebenarnya and Tok Rimau (dia Presiden Geng Jurnal 2004) itu pensyarah UTM rupanya.
Huhuhu. Saya seronok. Mendengar idea, bertukar-tukar pendapat tentang dunia weblog dan sastera. Kajian mengatakan dalam purata dalam sehari ada 25 ribu weblog dibina di seluruh dunia. oooo ye ke?
Ya, betul kata Nisah Haji Haron (petah sungguh dia berbicara!) membina weblog semudah satu click sahaja berbanding menulis di media cetak yang memerlukan saringan editor yang memakan masa. (yang pasti anda memerlukan celik IT dan kemudahan Internet to access it right?)
Tok Rimau kata:
“ YOU will NEVER write alone ”
Ya, siapa sangka ada yang membaca apa yang kita menulis di alam maya ni. Kalau terbit buku, kita boleh agak bagaimana sambutannya bila melihat berapa banyak yang terjual.. tapi kalau di alam siber kadang-kadang blog kita dikunjungi oleh 50-100 orang pelawat setiap hari bukan dari rakyat Malaysia sahaja malahan dari seluruh dunia!
Menurut Sri Diah (penulis dan penerbit) melalui internet dia dapat mengagak berapa jualan buku syarikatnya. Bayangkan dia baru mengiklankan sebuah buku baru di weblog, esoknya bila diperiksa, sudah ada 6000 pesanan. Huhuhu banyak kan?
Tahniah pada penganjur kerana kali ini khalayaknya di luar jangkaan. Mungkin sebab Geng Jurnal ada komuniti tersendiri (ramai antara mereka menyerbu Rumah Pena) dan Golongan Sastera juga meluangkan masa berkongsi pendapat.
Ohohoo..saya jumpa juga my BIG sista – K.julie and abg Hafezin di sana. Walaupun dah lama jadi pengantin baru mereka masih nampak berseri-seri.
Yeay, saya gembira…..
Posted by
shera at 1/29/2005 03:31:00 AM |
Thursday, January 27, 2005
Dulu saya TAK setuju kalau orang kata;
“ Tak patut hantaran 10 ribu..menyusahkan ”
I have my own reason. Apa salahnya kalau hantaran seorang yang graduate RM 10 ribu! According to the ‘time value of money’ (saya belajar finance) memang iya patut pun menjadi 10 ribu (^_^) Tak kan laa zaman mak ayah kita kawin dulu which is 20 tahun lalu hantaran 5-6 ribu, zaman kita pun harga yang sama?
Ya, orang kata macam nak jual anak.
Tapi, cuba fikir ini:
Dulu boleh kira dengan jari wanita yg ke menara gading. Sekarang wanita lebih ramai dari lelaki. Dulu wanita tempatnya di dapur, sekarang wanita pun orang koprat. Siapa sangka ada wanita boleh jadi menteri, sekarang dah ada kan? Kalau zaman sekarang hantaran kawin orang biasa-biasa ( I mean yang tak graduate ) boleh cecah 5, 6 ribu.. kenapa kita yang graduate ni ( beragama, pandai masak, cantik, pandai menjahit, elok hati budi, fasih mengaji ) tak boleh demand lebih sedikit?
Kalau nak cari yang pandai masak, menjahit, penyayang, saya kira itu mudah dicari, Tapi untuk mencari wanita yang BERILMU dan beragama, pandai masak, menjahit, penyayang dan segala yang lain itu satu keistimewaan kan? So, why the price must be the same? Kalau sama aja, tiadalah bezanya…kan?
Guys, CHOOSE for the BEST!
Wahai cik abang di luar sana, kita orang ni bukan saja-saja nak letak 10 ribu pejam mata. Letak tinggi supaya orang lelaki tahu kerja susah sedikit, nak dapatkan kita yang lengkap package nih. Supaya bila dah dapat, mereka tahu hargai kita ini..
Saya selalu dengar rungutan:
“Orang lelaki memang macam tu…masa zaman mengorat bagai nak rak ambil hati kita, tiap-tipa hari telefon, sayang lah, rindu lah, apa kata orang lautan api sanggup kurenangi…tapi bila dah SURE kita ni dia punya..tanya khabar pun tak hingin ”
+ kenapa ya lelaki macam tu? +
Kawan saya nak tunang tahun depan. Bakal tunang seorang lawyer. Dengar cerita emaknya letak 10 ribu. Nanti nak beli furniture etc. Saya senyum aja. Iyalah, kawan saya ni cantik orangnya, tennis player, pandai mengemas, very out standing, masak no hal..and yang pasti dia anak perempuan kesayangan keluarga…so apa salahnya emaknya demand kan? Tapi emak sebelah lelaki minta 7ribu supaya majlis boleh berlangsung lebih segera. Si anak tak kisah, tapi emaknya yang letak harga..huhuhu. Dun worry, a lawyer can afford that RM 10 ribu, usaha lebih sedikit..kalau nak dapatkan org yang kita sayang secara sah…kan? (gud luck dear)
Hehehe..saya tahu ainun tak setuju dengan isu hantaran RM 10 ribu ni. Dulu ainun pernah kata…
www.yahoo.com
“ Kalau orang tu mampu 4-5 ribu, aku setuju aja. Buat apa nak bebankan dia…hutang sana-sini sebab nak kawin dgn kita? ”
(4 ribu? Tak banyak..so jgn lah lewatkan..hehehe)
Huhuhuhu...
Tapi ayat sir eskandar tadi buat saya berfikir sejenak
“ Hantaran 12 ribu zaman sekarang..GILA. Macam nak jual anak. Hey, come on... if two person like each other, why have to wait until 5-10 years after you graduate in order to make sure you have enough money to have your love ones? Get married, and build your life together. No more dating sana-sini ”
Haa..BETUL. BETUL. BETUL
Sir cakap lagi ada kawan dia tak kawin-kawin lagi sebab nak kumpul duit hantaran. Hehehe. Apa salahnya mula-mula duduk apartment, pakai kereta buatan Malaysia, susah senang lalu bersama. Tak payah cukup 10 ribu pun boleh kawin. Tak payah nak ambil loan bank yg banyak interest tu in order utk cukupkan 10 ribu..Tunggu lama-lama, lepas grad, nak kerja, lepas kerja nak kereta sendiri, lepas ada kereta, nak banglo.. Then baru nak cari isteri? By the time your age dah 35 and the girl pun run away..hehehe (sebab dah tak tahan menanti)
Mungkin lepas ni saya reduce the RM kot, ikut jejak ainun..Hehehe! uishhh not that low. That is for sure (^_^)
Saya tahu isu ni saya pernah discuss sebelum ni..tapi kali ini with a different views right?
Huhuhu shera apa salahnya susah-senang bersama.. takkan laa bila kawin nak rumah sebuah dan kereta sebiji depan mata aja…kan?Work for it TOGETHER! Ia tak akan berguling begitu sahaja... Unless awak tu kawin dgn anak raja (^_^)
Think about it. Jgn ada yang terasa hati. NO offense at all, Okay?
P/s: shera tak kata emaknya letak 10 ribu utknya... CUMA shera setuju pendapat orang kalau hantaran seorang graduate tu 10 ribu *wink*wink*
Posted by
shera at 1/27/2005 01:13:00 AM |
Tuesday, January 25, 2005
IT was sooooo COOL (^_^)
cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses
and you can sitll raed it wouthit a porbelm.
Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas thought slpeling was ipmorantt! Tahts so cool!!!
+ TQ to cipah..i guess this is sooo COOL..shera senyum sorg2 baca depan PC =)
by the way :
~ HppaY Brihtady Aayng Mok.. SeWeT 17!! ~
May Allah Belss U awlyas..lvoe U. Muuuuaaahhhss
Posted by
shera at 1/25/2005 05:08:00 AM |
Friday, January 21, 2005
Puas saya mencari mood untuk update blog. Cuti dah nak abis tapi update blog sekali je. Kenapa ya? Komputer depan mata. Internet connect je. Dah boleh online. Sepatutnya saya siapkan Trust: Ready or NOT Part IV demi menunaikan janji saya pada ike_bilih, patutnya juga saya siapkan satu cerpen... So that another RM 200 will be in my bank account (^_^) And I should have my hair cut during this holidaze.. tp semuanya hanya ada dlm perancangan saya aja. Seperti biasa bila cuti, saya menjadi maid tidak bergaji di rumah.
My routine :
9 am : Kemas rumah. Basuh, sidai baju.
11.30 am : Prepare lunch for abah and nana.
2.30 am : Send nana to sekolah agama
3 – 5 pm : Lipat baju, tgk tv and have a short nap. Yeay!
5 - 6.30 pm : Fetch & send nana to Qiraati class (mengaji)
7.30 – 9 pm : Masak wif mama (^_^)
9 – 12 am : Tgk tv, lepak and SLEEP
Setiap hari pun buat benda yang sama..huhuhu kalah kerja maid yang bergaji..kan?
And semalam I got this sad news from lizasue (of course she is one of my ssp fren) she told me that her mum passed away. I was so shocked and pissed off. Tahu kenapa? Saya tahu yang arwah sakit sejak tahun lepas. And I keep saying to myself that I want to visit arwah one day. Tapi tak berkesemapatan. Ingatkan arwah dah recovered. It suddenly reminds me during my old time in SSP..arwah always bring extra food whenever she visited lizasue. You know why? Saya, eliza, nurul, trah, mizah selalu join their family makan-makan (arwah insist us to join them) Even saya ni budak KL (which my mum visited me every weekend) saya still join diorg. Bukan nak makan sangat tapi seronok tengok this BIG and happy family. 7 adik-beradik - K.Long, K.Ngah, Lizasue, Jafni, Kimi, Midi and Zafrin. My parents and her parents know each other (mesti ada yg kata : ntah berapa byk family yg shera close ni?) YES, we really are! And now..all the memories remains..saya betul-betul regret sbb tak dapat jmpa arwah sebelum dia menutup matanya buat kali terakhir.
+ Lizasue, be strong and pray hard. Moga ur mum ditempatkan dlm golongan orang-orang beriman. InsyaAllah. AL-FATIHAH untuknya +
Itu sbb saya selalu pesan:
kalau kita SAYANG seseorang.. bagitau and hargai mereka sementara mereka ada depan mata kita..bila dah tak ada, tiada gunanya lagi..betul tak?
Tapi, saya ceria sedikit bila semua adik-adik dah balik. Huhuhu seperti biasa walaupun penat travel 6 jam dlm bas..ayang tetap bersemangat bercerita itu ini sampai pukul 2-3 pagi. Kami berborak sampai masing-masing tertido. Atas lantai pun OK je (^_^) Akir bangga bercerita SDAR tetap No.1 dlm PMR baru-baru ni. Nana yg demam terus baik. Mama had a long day masak itu ini untuk esok. Somehow it reminds me masa mama and abah pergi Haji last year. Kitorg adik-beradik kena beraya di rumah cousins. And now we have them for hari raya together. SANGAT HAPPY!
My HAPPY family ( during Hari Raya Puasa at Johor )
back left to right : ME, shidot and ayang
front left to right : akir, abah, mama and nana
Huhuhu kejap je cuti nak abis. Esok jumaat. Lusa Sabtu and then I’m back to Garden of Knowledge and Virtue. Need to concentrate on my studies, quizess, test and presentation. huhuhu life MUST goes ON..right?
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat. Moga semuanya mendapat berkat!
To Zarita :
TQ for being there..TQ for being such a GREAT fren for me.. really MISS you. Take care my fren! School, university, carrier and marriage..friendship till the end...PROMISE?
Posted by
shera at 1/21/2005 09:39:00 AM |
Saturday, January 15, 2005
+ this entry is dedicated to my beloved fren – mimi. To tell her how glad am I to have her as my fren and miss u so much!!! +
Graduan Taman Ilmu dan Budi sudah mula bercuti. Jumaat lepas. A week of break (masa utk qada’ tidur) hehehe. Sejak dari zaman sekolah lagi..balik umah je TIDO. Pastuh bangun lambat..huhuhu. Macam la kat sekolah takleh tido. Bukan apa, waktu terbatas masa kat sekolah/universiti. Ye la seharian ada je kerja. assignment, quiz, midterm, presentation, meeting society.. Dari pagi sampai mlm. Mana sempat to take a nap..bila dapat balik rumah, nak tido seberapa lama pun tak ada yang bising..kan?
Anyway, benda pertama saya buat bila sampai rumah terus ngadap PC. Uhuhu dah lama tak jenguk email, friendster, update blog.. baca blog.. semualah. Gara-gara busy sangat, cerita tsunami pun jeling-jeling je. Kat rumah setimbun suratkhabar dah ready utk saya baca. Saya log-in Yahoo Messanger..ohohh..kawan saya mimi online. yeay! (mimi ni kawan ssp saya. SSP lagi? Hehehe) dia kat Negara Matahari Terbit. Saya BUZZ dia 2,3 kali. Senyap tak berbalas. Ohh..maybe she’s away...tapi 24 jam online laa tuh.. hebatnya teknologi mereka kan? Tiba-tiba mimi BUZZ saya..
Kami berbual sakan. Mimi tetap macam dulu. Bising tak ingat. Ketawa memang sakan. Borak tak pernah kejap even kami dipisahkan dengan lautan. 1/2 jam chat di YM, mimi kata nak call.. “shera TAK BEST TOL CAKAP TULIS NI”. Saya disconnect my internet and tunggu mimi call. Haaa..gayut sakan-almost 45minutes! Keluar segala cerita. cinta hati, studies, life dia kat japan..cite adik beradik mimi..Anas, Amalina, Amirul See? Saya ingat nama adik-adiknya. Segala perkembangan terbaru mereka… ohhh mimi kan kakak kesayangan mereka! (I’ve been to her house twice. The first time was during my school days and the last time was like a family visit)
See, saya dah cakap..kalau kawan-kawan SSP yg dah macam adik beradik ni..of course saya tahu sume cerita A-Z of the family..
Kami berbual sakan. Yang menariknya, mimi beberapa kali tersasul bercakap bahasa jepun dengan saya. Ohhh mimi how proud am I to have a fren like U. maybe kalau ckp English tu biasa aja, tapi kalau u can speak Japanese well saya tabik spring!! (shera, mimi kan belajar kat Jepun!)
Wakkannai = tak tahu
Kandou = terharu
JYA, MATANEI shera chang = ok lah shera
Bukan apa..berbual dengan mimi akan membuatkan saya teringat 6 perkara. SATU – main handball for SSP, TWO – a guy name hasnee (betu ke namanye?), THREE – Sunway Lagoon. FOURTH – Kedidi, FIFTH one is Proton Saga and the LAST one is PENDEK (tajuk entry saya kali ini)
Mimi kapten kami. Hushh..kalau dia nak baling bola kat goal, goal keeper pun lari. Hehehe. Yes, dia memang terror main! Saya dan dia ada RAHSIA main handball bersama. Kalau ada kami berdua, team kami nampak terancang permainanya. Huhuhu 2 kali Johan Zon Sentul, ini bukan masuk bakul angkat sendiri tau? Memang betul. Tak caya tanye bebudak lain yg pernah tengok kami main.
Hasnee..uhuhu should I revealed it here? No..No..tak perlu kot shera! Let bygones be bygones..rite? Marah plak cik abg kamu nanti..
Sunway Lagoon..kitorg bertujuh pergi Sunway masa Form2. Muda kan? Tapi kami panjang langkah. (TQ to mimi’s mum, sbb jadi PENJAGA kami!) saya, mimi, hani, che aini, yana, ina, nadia ain..Cukup ke bilangannya? Uishhh memang tak ingat betul seronoknya. Even shera dah banyak kali pergi dgn family…but the bestest experience was with THEM! How I wish I could turn back time?
gambar ni masa mimi balik mesia for her holiday..
my other half sspians : ina, yana, ainun, shera, sabrina, MIMI and hani
Kedidi tuh nama dorm mimi masa form2. I couldn’t remember what is the exact reason why I always lepak-lepak at her dorm. Balik kelas lepak kedidi, lepas prep pun pergi kedidi.. Malas betul balik dorm sendiri. Bila dah 1st bell baru berlari-lari ke dorm sendiri juz TO SLEEP! Kenapa yea? Did I have a war wif my dormates? tak kot?! ( Uhuhu K.tuty, masa saya form2 kita sedorm kan? )
Proton Saga tu kereta mimi. Kenapa saya ingat? Sebab dia selalu jenguk saya kat UIA Matrix masa dia kat Ambang Asuhan Jepun (AAJ) kat UM. Every week pergi pasar malam UIA sesame. And one thing yang saya tak akan lupa is that..saya pernah ‘fly’ dari UIA matrix with her very own Proton Saga..gara-gara nak tido UM dat night.. huhuhu hampir kantoi ngan guard..mimi ingat tak? Nasib selamat!
PENDEK? tuh nama panggilan mimi utk saya. kinda harsh huh? takpe..saya tak kisah... sebab perkataan tuh saya akan ingat dia. Semalam masa borak pun she called me wif the name.. (huhuhu shera, u have to admit it..that you are short!)
Ohhhh tak akan berhenti kot kalau saya nak teruskan cerita tentang saya dan sahabat baik saya NOOR SHAMIMI ABD.RAHMAN..cerita kenal hati budi cik mimi dari 1996.. sekarang dah 2005..almost 9 years..how would that be?hehehe
(mesti ada yang tertanya-tanya..berapa banyak sahabat baik yang shera ada ya?)
Saya akan beri jawapannya…MY SSP frenz are my bestest frenz..so all of them are equivalents to my best frenz..ok? You got it?
+ Mimi, ganbate kudasaine? Can’t wait to see you this coming March! See ya! TQ for the gift wif a BLUE box that u've passed it through ainun +
P/s : to all my blog reader, jgn BOSAN..bukan selalu shera bercerita tentang her ssp frenz! Sekali sekala menghargai KAWAN…apa salahnya, kan?
Posted by
shera at 1/15/2005 08:39:00 AM |
Tuesday, January 11, 2005
Tadi saya bertemu sahabat baik saya - SYA. Dia bakal lawyer graduan Taman Ilmu dan Budi. Misi saya HANYA SATU mahu mengambil balik tudung kesayangan saya yg dipinjamnya dahulu. Tapi perjumpaan yang singkat itu menjadi lama.
Bila sya bertanya:
"Shera, nape nampak cam sedih je? do u have 'something' in ur mind that troubles u?"
Saya senyum kelat.
"huhuhu..i'm OK. Juz a little bit blur. Exams is along the way (holiday pun)Emmm.. maybe it is about my anak arif is going for an interview at CCM tomorrow (one of the BIGGEST chemical company in Malaysia) for his pratical training"
Sya senyum pandang saya..
And saya sambung lagi:
"Entah laa sya, maybe i'm too excited he's being selected for the interview. Hope he will get the place too and InsyaAllah if he perform well during his practical..leh laa dia sambung kerja kat situ after grad nanti. I can see dat my anak arif is soooo ambitious. Tak sabar nak tengok dia berjaya untuk dapatkan apa yg dia idamkan untuk family dia and of course for me.. doakan dia ye Sya?"
Sya tepuk saya dan kata:
"Shera, jangan fikirkan yang jauh-jauh. Yang sekarang pun belum tentu lagi. Kita tak tahu pun bila dunia ni nak kiamat. Mungkin esok, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin setahun lagi, mungkin 5 tahun lagi..kita semua tak tahu. Tapi semua tanda dah ada..Cuma Allah Taala nak tgk sama ada kita nak berubah atau tidak sebelum sampai waktunya. Allah Taala bagi kita peluang untuk berubah + bertaubat. Yang penting sekarang ni, lengkapkan diri kita dengan iman, jaga aurat betul-betul supaya dekat padang mahsyar nanti aurat kita terjaga tidaklah terlanjang, doa banyak-banyak.. moga kita tergolong dalam orang beriman dapat jumpa ibu bapa, keluarga kita bila kita dikumpulkan di akhirat nanti"
Saya terkaget. TERDIAM. Ya, Sya betul. Inilah sahabat saya. Dia yang berani menyuarakan sesuatu dengan terbuka bersama saya (setelah saya kehilangan al-akh dlm hidup yang sentiasa mengingatkan saya)
Sya cakap lagi:
"Shera, aku tak nak jadi orang yang alpa, yang lara. Sesungguhnya orang yang beriman sahaja yang dapat merasakan kedatangan Kiamat. Malah mereka ini berasa sungguh tenang untuk menghadapinya. Doa banyak -banyak ye shera?"
Huhuhu saya angguk setuju.
Sempat atau tidak untuk saya capai cita-cita.. nak jadi itu ini, nak kerja kat BIG company, nak rumah besar, nak bahagiakan mama and abah, nak realisasikan impian saya bersama my anak arif. Itu semua tidak penting lagi. Yang penting sekarang IMAN no.1..tambahkan seberapa banyak pahala yang mampu sbg bekalan masa depan.
Sebelum berpisah... Sya pesan:
"Shera, tak apa kalau tak dapat bersatu sekarang, mungkin Allah Taala dah tetapkan untuk kau bertemu dgn dia (my anak arif) di 'masa depan'.. Pray for it, shera! InsyaAllah"
uhuhuu..airmata bergenang..memikirkan cerita Sya dan diri saya...mampukah saya?
anda bagaimana?
+ Got this poem from my cousin ninie. TQ dear! +
+ SAJAK AMINAH QUTB KEPADA SUAMINYA +
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU
CINTA KEPADANYA ADALAH KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN, ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH
DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
Posted by
shera at 1/11/2005 09:10:00 PM |
Saturday, January 08, 2005
KAMI means SAYA, anem, ainun, trah and nurul. Mesti ada org boring bila kena baca cerita saya tentang my ssp frenz..if u dun like it, i'm ok if you don't want to read this. It is juz saya memang akan rasa HAPPY bila duduk ngn my ssp frenz (they are like my siblings already, man!)
my beloved sspians; nurul, anem, trah, ainun and ME!
Ainun dah balik OHIO. 2 kali je dpt jmpa masa dia sebulan kat mesia.. Hope dia selamat sampai dah (tak tinggal msg pun kat blog?) Trah as usual - KURUS (tapi dia makan BANYAK!) anem pun kurus sket, tapi still has the chubby face (jgn marah yea?) Nurul tak berubah. she always looks more matured than me (of course, shera!) Ainun look the same, even jarang jmpa...ainun a little bit blur even we burst out into a BIG laugh sampai semua orang tgk. maybe sebab dia sedang membilang waktu nak balik Ohio..never mind! biasalah kan?
take care ainun!
I have to repeat this again and again(tak kira laa kalau korg dah bosan dengar!)
MY SSP frenz are THE BEST buddy ever!
tak perlu kot senyum camtuh, trah!!!(anem, u're RIGHT!)
semalam pun diorang tanye..
"shera, tak keluar ngn bebudak UIA ke?"
"glup. uhhuhh..tak masuk sangat kot. Enough of being with them while in the Graden of Knowledge and Virtue."
YUP, i have to admit that. Shera JARANG hang out ngn bebudak UIA. Mase 1st year ade laa gi shopping ngn diorang. But that is the FIRST and LAST i guess...
Masa Jid (my junior back in ssp) ade kat mesia, kitorg selalu shopping same. asal ada sale, terus cabut pegi..hehehe..girls..memang camtuh kan? selalu je lepak-lepak umah jid..(jid, lame tak anta email eks?)and ingat lagi.. After SPM selalu je hang out ngn anem and ainun even dah jarang sket bila masing2 ada cinta hati. life must goes ON rite?
anem,i think the picture in ur camera much more better!
Nurul send me this after the short gath:
Love starts from eyes
Grows with drimz
and END with tears...
BUT
Friendship starts with a smile
Grows with and understanding
and END with Death...
+ sweet kan? TQ nurul +
wif my cute little matured fren - nurul..hehehe
some of my uia frenz freak when i told them i'll spent a nite at naim's house (my ssp fren AGAIN)"eiii..mak ayah dia tak ada ke?" Uish..OF course parents dia ada.. and i'm looking forward to meet her mum and cute little amirul! (little ke? dah standard 6 shera!!) kitorang chit chat sampai pagi! nih semua gara-gara dah janji nak dtg beraya rumah naim tapi sampai dah abis raya pun tak pi jenguk diorg lagi.
( naim, send my regards to ur mum! TQ for everything )
Pi jenguk blog shue, dia pun bercerita how glad is she dpt jmpa yah (our ssp frenz) memane je if jmpa bebudak SSP, SURE ngn sspians gak..hehehe..betul tak? JGN marah!
huhuhu my SSP frenz...you are my TRUE frenz!
KEEP IN TOUCH, ok?
TQ to zarita who gave me this:
"Friendship till the END..School, university, Carrier and Marriage..PROMISE?"
+ dedicated this song 'That's what frenz are for' to my SOHABAT 9600 of Sekolah Seri Puteri..ingat lagi tak? +
p/s: apesal shera tetiba ter'emo' sket nih? hehehe..SYG korang! Alaa tanya la memane budak boarding school sure diorang pun have the same feelings! Betul tak cfu, k.syu, k.tuty, Nik? hehehe sekadar menyebut nama..
Posted by
shera at 1/08/2005 11:07:00 PM |
Thursday, January 06, 2005
I'm in a GOOD mood (ike_bilih saya tidak dilanda ribut yea?)it is juz i'm BUSY wif my midterms, quizess, test, presentation. Entah kenapa semuanya must be settled before the midterm break! 14 nih paper FM 2 plak. huh, wish me luck! The past 3 papers was OK..tapi tak tau laa leh score ke tak.
Sebenarnya saya sudah cukup mengumpul cerita tentang tsunami (uish tak abis lagi ke cerita nih?) masih jarang membaca akhbar, cuma pasang telinga betul-beyul bila sir Eskandar bercerita dalam kelas. I think he got so many things to tell..at the age of yg belum 30 (saya mengagak aja ya?) i should salute him! orang kata kena rajin membaca baru ilmu penuh di dada (uishh shera BM nye ayat anda!)
he quoted this in the class:
"let tsunami be the eye opener for us. Allah Swt must has HIS own reason why someone has to die juz to 'wake' us from the long dream"
Airmata bergenang bila PERTAMA kali shera melihat gambar-gambar kejadian Tsunami. Tak putus2 beristighfar. Semua yang belum jadi, dah terjadi. Yang mustahil, boleh aja berlaku kalau sudah dengan izin Allah. Sama-sama la kita doa kita akan tergolong dikalangan orang-orang beriman. InsyaAllah.
(shera got this from a fren of mine) - pakdi kuts..TQ yea?
+ 26 Dis 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.
+ 26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter blaku di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000
nyawa.
+ 26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa.
+ 26 Dis 2004 gempabumi blaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa & jumlahnya terus meningkat.
+ Jgn kita lupakan ribut Greg di Keningau,Sabah juga berlaku pd awal pagi 26 Dis 1996 yg meragut beratus nyawa.
Sekadar peringatan aja..jika ada antara kita berada di jalan yang salah mari kita sama-sama betulkan..ok?
(Let us search for the turning point in life...betul tak?)
P/s : pintu taubat masih terbuka, BERUSAHALAH sebelum kita terlambat...

