<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Wednesday, February 23, 2005

Habiskan SEMUANYA!

Saya selalu tak sabar nak sampai hari JUMAAT. Coz FRIDAY is the END of the week.. means esoknya i can spent my time watching astro 24jam..tengok segala movie kat HBO, CSI, Apperentice, Fear Factor (tapi dah tak suka sgt sbb SEKSI sgt peserta tuh!), boleh ngadap PC selama yg disukai tanpa memikirkan perkara lain seperti "Ohh saya ada kerja yang perlu di settlekan" ataupun "shera, dah habis guna PC?" Mama selalu kata weekdays BELAJAR, Weekend REHAT.

Yeay, esok JUMAAT!
(ohhh saya kena lepas test dulu baru boleh balik rumah)

Semalam ainun call..biasala gayut tak ingat. OF course we can make the conversation shorter but..alorhh..GIRL's TALK! wut do you expect? YES, most of our frenz are graduating soon. Tgh tahun ni, End of this year, and PALING ramai April 2006..uhuhh..tinggal le bebudak Tmn Ilmu dan Budi (yg buat 1 1/2 thn matrix and 4 years kat main camp) grad Okt 2006. Lambat sangat kot! =(

Orang kata kenapa sibuk fikir nak kawin..let it be, when the CORRECT time has come, CORRECT person is ready..get it done. NO! Mana boleh tunggu je..tanpa usaha. Kalau nak kawin, kena kenal hati budi pasangan, sesuai ke TIDAK, kena kumpul duit dari sekarang. Tak kira la dah ada CORRECT candidates ke belum. SAME goes cerita NAK HABIS BELAJAR ni.

Kalau belajar, dari primary school, masuk pulak secondary school (which i learnt about the meaning of TRUE friendship) pastu gi matrix, sampai la sekarang i'm 'stuck' at Garden of Knowledge dah dekat 3 tahun. Mestila TAK sabar nak GRAD..kan?

Kalau dah dapat kerja, jangan la berangan-angan nak tukar-tukar tempat kerja. At least put a mission nak target gaji bape bila sampai satu level. Nak jadi pengarah ke one day atau nak duduk kat position tu je sampai pencen..

Saya nak tekankan..apa jua yang kita BUAT, semuanya kena ada mission to finish it up. Kalau belajar tak ada mission nak grad, baik tak payah habiskan duit kerajaan untuk PTPTN..Kalau bercinta rasa tak mo kawin, better jgn gatal-gatal nak mainkan hati dan perasaan orang. (nanti Allah Swt balas balik), Kalau rasa bila kerja nak selalu ambil MC, dtg kerja pun lambat tapi nak balik awal.. baik jangan menyusahkan majikan..

ohohoho..shera kalau membebel, mesti susah nak berhenti.. Again i'm using the computer without 'permission'. Got to go, then!

P/s: shera selalu ingatkan anak arif pasal future..sebab KAMI nak end up OUR future TOGETHER (^_^)

Posted by shera at 2/23/2005 04:42:00 PM |

Tuesday, February 22, 2005

BRIDGE over the clouds?

Wanna share this 3 photos with all of you..
Ever heard bout this?

The world's tallest BRIDGE is under construction on the A75 autoroute in Southern France!


ohhhh...was it really TRUE?





soooo TALL!!!

Got the picture?
(saya geleng kepala aja bila tengok..tak tahu kenapa)


P/s: TQ to naim who sent me the pictures..

Posted by shera at 2/22/2005 08:59:00 AM |

Sunday, February 20, 2005

TAHNIAH my BIG brother! YOU made it!
Entry ini untuk BACAAN sahaja BUKAN untuk dikomen. OK?

Sabtu lepas saya ke Serdang..Dah lama saya tunggu jemputan ke majlis ini. My BIG brother telah bertukar status. Dulu BUJANG. Sekarang sudah BERKAHWIN. He used to be my regular visitor at my blog…yang guna nick AKU.

TAHNIAH. CONGRATULATION.

Uhhhuhh..dia sudah lepas fasa pertama. Banyak sungguh rintangan yang dia kena lalui. Sehari sebelum dia ke Penang (utk majlis akad nikah) dia call saya, katanya:

Shera, aku nak pergi Penang. Doakan aku ye? Aku takut ni

Saya SENYUM panjang. Tumpang gembira mendengar berita tu. And semalam saya melihat sendiri wanita yang berjaya menawan hati abang saya ni..Kak shima sangat sweet orangnya…even that was my FIRST time jumpa dia..she treats me WELL! Really NICE!

YES, people out there will never know how close we are..saya tak punya abang sendiri..and here goes my abg pian..yang selalu tegur itu-ini yang mana JARANG ada lelaki yang boleh tegur..i get sooooo excited bila nampak my BIG brother segak dengan baju melayu…and of course my anak arif get sooo irritating with me (^_^) Ye laa..kawan yang kawin, kenapa kita beriya-iya…No one will understand..We are really close (think positive ya?)

And of course shera tak nak bercerita detail A-Z tentang my BIG brother ni. Cukuplah HANYA nak beritahu kami kenal sejak saya Form 5 lagi..and the FRIENDSHIP grows and remains till now..

Selamat Pengantin Baru!

My BIG brother wif his lovely wife kak shima

Sebelum balik, my BIG brother pesan dua benda:

1) Kawin tak susah. Nikah pun senang aja…Sekali je aku buat. Tapi yang PALING SUSAH ialah nak ambil gambar kawin..huhuhu (dia berseloroh aja. Saya tahu)

2) shera, korg bila lagi?Kawin sebelum aku dpt anak yea?
(saya tanya kenapa..Pian senyum aja)

Saya SERONOK. Uhhhh korang tak akan faham kenapa saya seronok. HANYA saya yang akan faham..After balik dari wedding my BIG brother, balik ke Taman Ilmu dan Budi berborak ngn my roommates..

Idot told me this:

“ Kalau cakap pasal kahwin ngn shera..mesti cerita BEST-BEST je..yang SERONOK je..Shera, tak TAKUT ke nak kahwin? DUIT? Hutang? Bukan ke BANYAK obstacle in the REAL world? Nak jadi isteri, Ibu, masak untuk family, first night lagi…dah ready semuanya? ”

Ohohoo..idot..it is not the matter susah atau senang the marriage is..it is just how excited we gonna full-filled the DREAM TOGETHER with the one that we love..to make all the DREAMS come TRUE..

Idot, u will never understand UNTIL you fall in love one day!

Found this very meaning full quotation from a book entitled SITI HASMAH LADY of TWO ERAS. It is a bibliography book about Dr. Siti Hasmah

To those graduates who have to balance their responsibilities as WIVES, MOTHERS with PROFESSIONALS demands made upon them as career woman

Meaning full huh?

Anyway, went to Cipah’s college kat UPM (di mana ada cipah, di situ ada lizasue) after balik wedding..singgah solat jap (memang nak visit diorg pun!)

SMILE, u are in candid camera =)

cipah, ME and lizasue

Sakan kitorg berborak. Ohh..cipah tu KETUA BLOK rupanya! huhuhu SATU bilik, DUA katil, DUA meja, DUA almari tapi penghuninya CIPAH seorang!!! SSP frenz will be the BEST frenz FOREVER….LOVE u guys so much!!!

P/s: sebelum balik shera pesan kat abd Pian and kak shima - semoga berkekalan ke anak cucu. Pian kata SALAH. Berkekalan HINGGA ke AKHIR HAYAT.

YES, you are RIGHT! REMAINS till the END! Insya-Allah

Posted by shera at 2/20/2005 08:12:00 AM |

Wednesday, February 16, 2005

Something to Ponder (versi shera)

Semalam saya bertemu kawan lama. Dia junior saya (baca : A) Hari sebelumnya saya berbual sakan dgn B (kami sebaya) Borak punya borak, A dan B pernah 'mengenali' hati budi masing-masing. Ohh ye ke? TAPI, the relationship HANYA bertahan utk 2bulan! Why so fast yea?

B beritahu saya:

A yang minta. Dia nak freedom.

Bila saya jmpa A. Dia terangkan yang sebenarnya:

K.shera, B tak approach saya pun. He juz said "would u complete my life?" A faham to complete my life juz as a FREN..sbb she is the kind yang tak suka couple-couple ni. So she agreed.

Life goes ON. A admit that B being soooo NICE to him during the friendship but it turns up side down when B starts to claim that A is her 'girlfriend'

Uhuhhh..mereka bergaduh sakan HANYA kerana B nak letak title status dlm friendster IN A RELATIONSHIP (to announce his relationship with A) And bermacam-macam lagi belangnya keluar...

A mula nampak KETIDAK serasian antara mereka.. lebih-lebih lagi masa B dtg rumah utk pinjam CD.

(ohhh B dah dtg rumah? met your parents?)

" K.shera, he came to my house..rather than a girl talking to a boy outside the house, better for me to invite him and meet my parents. And u know what, after he left, my father (arwah) said something that really made me think TWICE "

That is the END of their stories..
(ibu bapa memang boleh 'tengok' sesuai atau tidak orang itu untuk kita..kan?)

Shera bukan nak bercerita tentang masalah cinta hati orang..Shera BANGGA dgn A. BANGGA bukan kerana dia dump si jejaka tampan tu..tapi tersenyum seketika bila mendengar ayatnya:

" K.shera, i'm OK with this. At least i got the chance to know DIFFERENT kind of people in this world. Bukan semua manusia tu sama kan? I accept this as a test from Allah "

Ingat tak entries ainun 'something to ponder'
(ainun, pinjam eks)

It's not about how hard you fell down...
BUT it is about how soft you landed...


The meaning as ainun said:
everything in our life happens for a reason...
be it good or bad...
i guess it is not about how bad things happened to us..
but it is about how good we accept+deal with those bad things.

BETUL. BETUL. How good we accept and deals with those bad things. Take it from bright side and THINK again and again..

huhuhu..saya doakan my cute little junior ni akan jmpa her PRINCE charming one day.. She is soooooo sweet (akhlak+paras rupa) and really hope she will end up with somebody that reallly nice too..

P/s : shera curi-curi guna komputer dlm class..hehehe. Jumaat ada TEST. Doakan yea?

+ To Ike_bilih, TQ sbb jadi peminat tulisan saya (ada ye peminat tulisan saya) tapi frankly speaking..kadang-kadang anda terlalu emosi. 0 - 0 eks? (jgn lak tak jenguk lagi ke sini lepas ni) +

Posted by shera at 2/16/2005 05:01:00 PM |

Saturday, February 12, 2005

Perlu ke?
(tak perlu kot!)

PENAT. that is the correct word for me! uhuhu memang seronok adik-adik balik ke rumah. Sekali-sekala rumah nak riuh sedikit bila semua berkumpul. Tapi saya akan 'parah' sedkit bila tiba hari SABTU. Tahu kenapa? Hari SABTU adalah hari untuk saya menjadi maid sepenuh masa (baca: kerja specific - menggosok baju) (^_^)

Baju sekolah akir je 5 pasang, belum masuk baju melayu (3,4 helai), t-shirt dia yg banyak tu (tshirt pun gosok ke?) Nana pulak 10 pasang baju kurung. Memang sakit tengkuk saya di buatnya.

opsss...saya TIDAK mengungkit apatah lagi berkira ya?

+ zapss..back to reality shera! +

Hari ni saya 'mengamuk' sedikit bila membaca akhbar. Selalu juga memberi perhatian kepada ruangan Surat Pembaca..and hari ni saya memang hangin sedikit dengan seorang writer..ohhhhh, saya MISSED PLACE artikel itu!

so, i'll write down the summary of the letter..

Tajuknya berbunyi : Segerakan Penubuhan Univeristi di Terengganu.

Summary of the letter :

1. Terengganu sepatutnya sudah lama ada universiti sendiri
2. Masalah Terengganu milik KERAJAAN/PEMBANGKANG
3. Ramai rakyat Terengganu yang menjadi tenaga pengajar di IPTA/IPTS seluruh negara.

anda tahu kenapa saya marah?

Sebab penulis beriya-iya menulis surat itu seperti menyatakan universiti itu HANYA untuk rakyat terengganu SAHAJA (duh!!!!)


www.yahoo.com

My lecturer once told me that to have a University in such an area is because to upgrade the economic system..YA. Saya setuju. Bukan untuk berbangga negeri saya ada UNIVERSITI sendiri.

Tanjung Malim apa yang ada di sana? kalau sebut Tg. Malim aja semua orang akan ingat UPSI known as IPSI before. Saya pun tak pernah ke Tg. Malim.

Bangi. Bangi tak lain tak bukan hanya sebuah kawasan perumahan. Tapi BANGI menjadi sedikit terkenal apabila adanya UKM di sana. Betul tak?

Skudai. Kalau kita ke Johor, kita akan menjenguk ke Johor Baharu (ada Danga Bay, sempadan dgn Singapura) Tapi orang tetap tahu kalau sebut Skudai sebab ada UTM di skudai.(^_^)

Kubang Kerian. Ada USM di Kubang Kerian utk medical student. Ohh saya pun tak tahu apa daya penarik Kubang Kerian.

Sintok. Bunyinya sahaja sudah semacam pelik bukan? Tapi kalau sebut Sintok..secara automatik orang akan sebut UUM di Sintok.

Kota Samarahan.
Kerana UNIMAS Kota Samarahan sedikit terkenal. Pembangunan kawasan itu untuk UNIMAS memberi sumbangan besar bukan?

Kembali kepada kemarahan saya (^_^)

Begini..hamba Allah yang menulis di akhbar hari ini dengan bangganya menyatakan seperti " Terengganu sepatutnya sudah ada Univeristi sendiri utk rakyatnya ". Tenaga pengajar tentunya tiada masalah bagi mereka, kerana ramai antara rakyat negeri Terengganu menjadi tenaga pengajar di luar.

Come On laa....takkan laa bila kerajaan akan menubuhkan Univeristi di Terengganu (as stated in Rancangan Malaysia ke-9) simply means Universiti itu untuk RAKYAT TERENGGANU sahaja. Tak kira anda berkelayakan atau tidak, jika anda memegang IC tertera di situ anda rakyat negeri Terengganu, anda akan diterima menjadi mahasiswa/i.

NONSENSE laa kan?


Adakah semasa anda mengisi borang nak masuk U mana..it is just base on the state? ohh..ceteknya minda anda! Saya memilih universiti kerana kredibilitinya. Alhamdulillah dpt di KL juga. But if i have to be in Sintok or Tg. Malim i'm sure i'm OK with it. Belajar mana-mana pun, ilmu yg diterima sama!

Saudara yg menulis surat, anda kata ramai rakyat Terengganu menjadi tenaga pengajar di IPTA/IPTS..takkan lah maksud anda bila ada universiti di Terengganu, SEMUA rakyat di luar SILA PULANG dan tabur bakti anda di negeri sendiri (dan mungkin untuk anak negeri Terengganu SAHAJA)

Hishh saya sungguh marah!

Tetapi bila ada pendapat sebegini..panas pula hati!

Iyalah.. mision kita tubuhkan Universiti adalah untuk melahirkan seberapa banyak ILMUWAN dan Cerdik pandai.. bukan untuk berbangga dengan statement "negeri saya ada universiti sendiri" ataupun "Rakyat negeri saya semuanya bijak-bijak kerana semuanya berjaya ke menara gading"...

Bukan begitu kan?

Kita bersaing secara sihat utk mendapat tempat di Univeristi. Bukan sebab saya orang KL, saya dapat tempat di UIA. Bukan kerana kakak saya orang KL, dia dapat UM. Bukan sebab anem org Selangor, dia dapat masuk UNITEN bukan juga sebab k.tuty org johor dia dapat UTM (yes, ramai org suka jika dpt belajar dekat dgn rumah) Habis tu kalau di UUM, hanya utk org Kedah sahaja? Di UPSI hanya utk org TG. Malim sahaja? Huhuhu

Dan saya pasti TIDAK benar jika negeri saya TIADA universiti, saya TIDAK dapat masuk U.

Ohhh saya akan menjadi lebih marah kalau saya terus menulis..

lalalala...kenapalah sesetengah orang terlalu memikirkan sangat cerita kenegerian mereka? Belajar rajin-rajin..score exam..kalau nasib anda baik..jika TIADA Universiti di Terengganu pun anda masih mampu menjadi mahasiswa/i..

Betul tak?

P/s: saya TIDAK anti org terengganu, CUMA sedikit anti kepada sesiapa sahaja yang terlalu ekstrimis terhadap negerinya. Eii kita rakyat MALAYSIA bukan?

Posted by shera at 2/12/2005 08:34:00 AM |

Wednesday, February 09, 2005

REZEKI masing-masing, shera!

Minggu lepas saya melangut almost 1 hour menunggu bas. At this moment how I wish to have my own car (k.tuty, ainun, jid, mizah and anem ada kereta sendiri seronok laa), how I wish the bus will be here, RIGHT NOW and how I wish that there will be someone lalu kat depan bustop tu and said “shera nak gi mana? Naiklah, saya tumpangkan” huhuhu mimpi la ko shera! Awak tu bukannya Siti Nurhaliza yang anak kecil 5 tahun pun kenal dia…

Ini bukan cerita saya.

Nak kongsi pendapat anda dgn saya?

Sepanjang sejam saya di situ..saya sempat mengira (perlu ke kira?) berapa org student drive foreign car..SATU, DUA, TIGA, EMPAT..uishhh tak menang tangan. Sekejap lalu HONDA CITY, Lepas tu HARRIER, lepas tu Hyundai GETZ..and saya melongo sekejap bila 3 buah Mercedes lalu depan saya (yg mana dlmnya anak-anak muda bersuka-ria) ohhhh..dia bwk Merc!!


www.yahoo.com

Yang bawa kancil and kelisa tak payah kira lah. Iyalah sampaikan dah ada orang kata Taman Ilmu dan Budi ‘syurga’ kancil…

Mampu yea mereka tu? Kalau anak dah bawak Honda City, ayahnya bawa apa? Kalau anaknya bawa Merc, ibunya apatah lagi kan?

Kalau saya berbual dgn kawan-kawan..,isu student mampu drive kereta mewah, mesti diorang kata:

“shera, itu harta mak bapak diorang..bukan harta dia”

“shera, itu rezeki diorang..”

Ada pula yang kata:

“Ala, ayah dia driver,bos out station..bagila anak dia guna”

uishhh..kind of harsh kot cakap macam tu.. tak kan laa sampai mcm tu sekali..

Apek Senario kata dlm Senario the Movie:

“Dia je yang kaya, Mak Bapak dia belum tentu kaya”
(ehh..terbalik kot nih)Hehehe..

Saya selalu terfikir..tetapi fikiran saya terhenti di situ..bila hati saya SETUJU berkata..Haa aah..rezeki masing-masing..untunglah mereka mak ayah berada.. boleh belikan kereta.

And one night during my gossip + chatting time (read : muhasabah diri) wif Sya (my dear fren, a lawyer to be) we came out wif this topic of discussion when she asked me about jid, mona and ainun (get their similarities?)

YUP. mereka BERTIGA ni my bestest frenz that further their studies overseas.

Huhuhu..saya kata pada Sya:

“Sya, how I wish I could be among them..boleh jalan-jalan SENDIRI at their teenage time pergi Eiffel Tower, London, Paris, UK. (Dalam hati saya kata : tu laa shera dulu tak nak belajar sungguh-sungguh)”

(shera nak pergi!)

www.yahoo.com

Sya angguk. Setuju.

Iyalah, kami selalu berangan-angan (read : GIRL'S TALK) nak tour around the world one day nanti! (shera, dlm mimpi boleh laa)

Tapi Sya kata:

“shera, rezeki masing-masing. Ada sebab kenapa Allah SWT tak hantar kita ke sana at this young age. Mana tahu we won’t survive?”


YUP. Rezeki masing-masing shera!

Tapi in my class wif sir eskandar he always leave us (yg dah blur bertambah blur) wif this statement:

“The system is widening the gap between the poor and the rich. Believe me it will become worst one day”

Bila kami tanya, sir minta kami fikir sendiri.Uhuhuuu sampai sekarang saya tak dapat tangkap maksudnya.

He read a lot. He thinks a lot too. He mixed wif the intellectual and academicians. Of course he knew about this(how wish I’ll be like him one day!)

The system is widening the gap?

Yes, in Malaysia we have rich people, very high society, very well known people..but we also have the poor ones. Which I can say they are really poor; who lived below the poverty lines.

Allah Swt menguji kita dengan memberikan perbezaan dalam kehidupan supaya kita akan tolong-menolong, berlaku adil sesama manusia. BUKAN untuk menindas kaum yang lemah apatah lagi membiarkan mereka..betul tak?

Think about it. Leave me your comment..ok?

uhuhh..shera nak say TQ to anem and jid..sebab sudi bawa shera jln2 naik merc.. and TQ to zarita sbb bwk jln2 kat Temerloh naik CRV..ada sesiapa nak bawak shera naik BMW?(^_^)shera tumpang rezeki kawan-kawan nak rasa naik kereta besar...

P/s : lecturer saya naik LRT ke UIA..student pula bawa HONDA…huhuhu rezeki masing-masing…kan?



Posted by shera at 2/09/2005 04:57:00 AM |