<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Sunday, May 29, 2005

10 years sudah berlalu, TAPI...

Semalam saya bergathering. Huhuhu ini bukan SSPiansnye gathering..but it was my primary school gathering (^_^) 2005 Genap 10 tahun kitorg tak jumpa. It was really 10 years man! The idea was to visit our great teacher masa 6 Rajin 1995, Mr. Dev. Eventhough it was only 8 of us, the gath turn out to be soooo FUN! (^_^)

Azeera @ azie
my former best fren masa primary school. The only primary school frenz yang rajin bergayut dengan saya. Yang selalu juga bertanya khabar. The one who always wif a pony tail, very talkative (she is still talkative)..sekarang nih sweet je bila pakai tudung. Hehehe..(azie, i'm proud of U!)

Norain @ Ain
Tiba-tiba menjadi sangat tinggi. Dulu kami lebih kurang aja. Sekarang dia dan saya, bila duduk baru sama tinggi. huhuhu. Muka TIDAK berubah. Saya ingat lagi, dulu dialah captain hockey team kami, penyerang utama handball team kami..huhuhu

Omri Faez @ Faez
Walaupun kami still keep in touch through hp, tapi jarang juga berjumpa. Setahun sekali mungkin. ohooo..macam atlet (dah kata budak sports science, mmg laa mcm tuh bodynya) Dia masih tak berubah. Menyakat saya aja kerjanya.

Zairul Aswad @ Zairul
Ahhaa..dia sudah punya kereta sendiri. Bukan Kancil ya...Ohhh sesuai sangat pakai waja seperti dirinya yang berhati waja. Lepas SPM terus bekerja, kini sudah punya aset sendiri...Good. Good. Dia kata "shera, aku tengok kau ni mcm darjah 6 aja, cuma bezanya sekarang sudah pakai tudung" (dia sedang maksudkan saya yang petite ini)

Sudevan
He is my rivals in studies. Dulu asik berebut nak dpt no.1. tapi dia selalu kalah sbb he hardly get an A for his BM. Heheheh (^_^) hey, its Ok, UPSR kita sama-sama scored 4A's kan? Dlm banyak-banyak kitorg, dia yang PALING berubah. Kalau dulu susah benar nak dengar suaranya, tapi kini dia boleh sahaja bergembira dengan kami. Ambil gambar sana sini..huhuhu sudevan, u really have changed!

Mohd Fairuz @ Fairuz
Ohhh...cinta hati lama. Hehehe. He is still the same. Masih handsome. Tapi seperti biasa dia tak akan bercakap dgn saya. Kenapa ya? Control macho kot.

Zulfadli @ Zul
My head prefect at school. Dia bos saya. Saya org suruhannya. Dari zaman skolah mukanya nampak serius, lepas 10thn pun masih serius. Tak berubah langsung. Hehehe. Our future accountant from UUM..

Saya rasa kami berlapan yang di depan mata Mr. Dev ini sudah cukup buat hatinya gembira. Anak didiknya menjadi manusia berguna. Walaupun ada antara kami yang tidak sambung belajar, mereka sudah berkerja. Masih berbudi bahasa, hormat orang tua.

Teringat lagi kata Mr. Dev:
" Satu saat yang paling indah dlm hidupnya apabila dia bergelar guru adalah di saat anak muridnya masih mengingatinya walaupun telah 10 tahun berpisah "

SWEET kan? (^_^)

Buat Mr. Dev,
Pengorbanan anda tidak ternilai buat kami semua. Walaupun hanya 8 daripada 30 anak muridnya yang hadir, saya yakin kami SEMUA tidak mungkin boleh melupakan anda!

+ Thank YOU so much, sir! +

Posted by shera at 5/29/2005 07:16:00 PM |

Thursday, May 26, 2005

LIFE or SOMETHING

Dua hari lepas saya melekat depan TV even jam dah menunjukkan ke angka 1pagi (^_^) Saya jarang utk sanggup melangut depan TV sbb saya rasa tidak punya masa utk bersantai begitu. BYK sangat benda nak kena buat (ohh busynya shera ini) But because it's almost 1am! What else do you expect me to do? Lagipun semua org tgh tido (nuril and me je yang bersengkang mata lagi) So, kitorg layan laa cerita ni.

Nuril sibuk kata:
ehh ni Angelina Jolie zaman bila? Masa ni belum cantik lagi. Gambar lama kot! Sekarang ni ramai org suka dia. She's HOT!

Shera:
Cantik ke? Hodoh je aku tengok! hahaha
(dlm hati berkata siapa pula Angelina Jolie nih?)

Nuril jawab:
look at her lips shera..

Shera ternganga. Macam ni pun ada ke?
(eh nuril ni STRAIGHT tau! marah lak cik abg dia..hehehe)

Nak tak nak, saya tengok juga sampai habis. Saya SUKA! Opss, saya BUKAN suka Angelina Jolie, saya SUKA mesej cerita itu.

LIFE or SOMETHING is about an ambitious reporter (Angelina Jolie) decide to change her destiny when a homeless man tells that she is going to die within a week. Heronya Edward Burns (entah siapa laa semua org ni)

It starts when the homeless guy told her that she is going to die on Thursday nextweek (ohh 5 days left!) Pada mulanya dia TIDAK percaya, tetapi apabila SEMUA yang dikata oleh lelaki itu BENAR-BENAR berlaku...Dia mula kaget.

1) Keputusan Basketball A vs B is 19-17.
2) Esok hujan batu. Jangan keluar rumah pesannya
3) Los Angeles akan menerima gegaran kecil
4) YOU didn't get the POST
(dia sedang menunggu tawaran kerja yg lebih hebat)
4) YOU will die nextweek!(ohhooo)

Dia mula tidak tentu arah. Seorang sahabat pesan pada beliau, jika ramalan itu tepat, get prepared! Prepare what? Pergi jumpa semua orang yang kamu sayangi, luahakan segalanya. Kamu punya 5 hari untuk lakukan semuanya.

Dia semakin GILA. Manakan sempat untuk bertemu dengan SEMUA orang yang disayangi within that very SHORT day! Mencari semua kenalan lama. Bertemu kakak kandungnya yang dia pernah tahu di mana berada and the stories goes ON. Tetapi akhirnya dia give UP. Dia mula menjadi tidak terurus, hanya tahu bersuka-ria, makan, minum, 24jam di depan TV, berfoya-foya dan tidak lagi bekerja. Katanya kenapa HARUS membaiki diri jika kita tahu we will die in this very few days! Sahabat yang seorang ini, tidak putus asa memberi kata semangat (walaupun dia rasa was-was utk percaya tentang ramalan itu) Dia sudah jatuh cinta, shera!

Saya tidak mahu eloborate panjang tentang LIFE or SOMETHING ini.. go and watch it! Channel 42 Astro kot (^_^)

Dan kini saya semakin menyedari betapa indahnya Islam ini bila Allah SWT tak pernah beritahu kita when are we going to die. Esok? Lusa? Minggu depan? At the age of 20, 30, 40? We will NEVER know! Of course there are many REASON why HE did so..Hmm, indahkan ISLAM ini.

Iyalah, kalaulah kita tahu 2 hari lagi kita akan meninggalkan SEMUA orang di dunia ini. SEMUA orang. Ibu-bapa, keluarga mahupun kawan-kawan. Apakah yang kita akan lakukan? Berdoa minta dianjakkan tarikh (dengan harapan kita dapat membaiki diri kita?) Ataupun menjadi seperti Angelina Jolie terus menghabiskan sisa kehidupan dengan perkara yang tidak berfaedah?

Adakah mereka menangisi pemergian kita atau mereka bersorak gembira? Adakah ramai yang datang mengiringi jenazah kita ke perkuburan. Atau 2,3 orang sahaja? Adakah sudah cukup IMAN kita, bekalan kita untuk di bawa ke SANA? Adakah kita sudah bersedia untuk ditimbang amalan kita?

Inilah hikmahnya kenapa Allah SWT merahsiakan bila saat roh kita berpisah dengan badannya. Uhuhuhu takut pula saya bila bercerita tentang ini. Iyalah kita ini bukanlah seorang yang mendapat exemption-terus masuk Syurga Alah SWT kan? Nabi Muhammad SAW pun masih meneruskan ibadatnya walaupun beliau sudah dijamin masuk syurga. Yang kita ini? Huhuhu. Sesungguhnya Allah SWT mahu kita berusaha tanpa jemu. Usaha utk membaiki diri sendiri ke arah lebih baik. Dari sehari ke sehari. Bukan dari umur 12 tahun perangai macam tu, dah 22 tahun pun masih tidak berubah. Dari tak tahu solat, mengaji tergagap-gagap..baikilah diri. Bukan teruskan hidup begitu. Mahukah kita generasi masa depan kita tidak mengenali ALLAH swt dan Rasulnya? DIA merahsiakan, supaya kita tidak berasa "tidak guna berusaha... semuanya SUDAH DITETAPkan"

Lihatlah, orang bukan Islam mampu melahirkan cerita yang membawa mesej yang sarat sebegini, kita di Malaysia masih ditakuk yang lama. Cerita cinta-cinta mahupun cerita lawak yang bagi saya membodohkan pelakon itu sendiri.

ohhh saya ingat lagi. Dulu saya pernah terdetik di hati - mengharapkan saya meninggalkan dunia ini dahulu SEBELUM kedua ibu-bapa saya pergi kerana saya merasakan saya TIDAK dapat meneruskan kehidupan saya TANPA mereka...uhuhuhu LIFE MUST GOES ON, shera!

+ Happy birthday to Hana +
27th MAY 2005
Long lost fren kat SSP dulu..do keep in touch dear!

+ Happy belated bday to shidot and asraf +
26th May 2005
May Allah SWT Bless all of YOU!

Posted by shera at 5/26/2005 08:02:00 PM |

Monday, May 23, 2005

Which one is BETTER?

Last saturday saya berjumpa cipah dan CT (baca : pergi shopping) Hmm..besides shopping, we gossip like crazy! Hey kami bukan gossip artis ataupun gosip pasal UMNO vs PAS mahupun gosip tentang harga barang naik (out of mind okay) I guess u guys knew what lingers in our mind..huhuhu (to anem and mizah, jgn marah, ini date yg TIDAK dijangka) Cipah tiba-tiba muncul di shah alam and ask me out!

There goes our $ for the sudden shopping. I bought 3 new things for me. Ct bought new pants and 1 skirts (opss, lady eh?) and Cipah bought one pants for herself! Nice. Nice. And i do admire one pants..but pitty me, not enough $ to buy it! If i want A, i can't buy B. So, i have to choose which one is more important!(^_^)

huhuhuhu in bukan cerita saya..But i really enjoy my very short day out with my girls friends.. Perempuan kan SUKA shopping, so kenalah gayanya. Jalan sampai patah kaki pun tak apa. Duit tak ada pun masih teringin masuk semua kedai. Pantang nampak perkataan SALE..mesti masuk.. heheheh! Ct and cipah, BEST kan? TQ for a GREAT day!

Makan di McD..borak-borak..sampai keluar isu "adakah solat itu kriteria no1?". Mungkin anda rasa pendapat kami bertiga sama. Jika YA, anda salah. Kami hampir bertengkar juga (tidaklah bertumbuk ataupun bertarik rambut) Iyalah, cipah is the one who will always STAND for her right (sure menang if dia duduk dlm bilik lembaga Donald Trump), Ct banyak mendengar. Tidak mengiya, tidak menggeleng. Sekali-sekala bersuara juga. Ohh saya tidak akan beri cipah menang!huhuhuhu

Betul tak kalau saya kata zaman sekarang ni ramai lelaki tidak jaga solat mereka? ohh jangan melenting dulu. Ya, perempuan juga ramai meringan-ringankan hukum bersolat (jangan rasa anda sudah ada excuse yg valid anda boleh tidak bersolat setiap hari kerana ada yang mengira 'hari cuti' anda). But our topics of discussion is NOT about girls who doesn't pray...BUT

" Kalau lelaki = seorang yang akan menjadi ketua keluarga tidak menjaga solatnya, bagaimana? "

Pendapat saya:
Kalau dari awal (sebelum kahwin) kita sudah nampak kelemahannya, kita patut berfikir 2kali sebelum mahu meneruskan hidup kita dengannya. Iyalah, kalau kita ini beriya-iya ajak dia solat...dia masih blur-blur, endah tak endah..macam mana? Ataupun hari Jumaat pukul 1.30 kita tahu dia masih duduk-duduk di rumah tgk TV (ataupun tidur) secara sengaja (jangan kita pula ikut dia dating bersama) ataupun bila kita date dengannya, kita aja yang mengingatkan.."eh,jom solat" tapi dia tidak pernah ambil peduli..bagaimana ya?

Cipah lantas TIDAK setuju:
Shera, zaman sekarang ni boleh kira dengan jari aja tau, kalau nak jumpa lelaki yg betul-betul jaga solat diorg. Among my friends, RAMAI TIDAK jaga.. 7.30 azan maghrib berkumandang, tapi mereka sibuk di kedai mamak "nasi goreng 1". Lepak-lepak seperti tidak menyedari maghrib sudah berlalu. Itu satu. Aku ada pengalaman sendiri, kami berkereta ke sebuah tempat. A - pemandunya LELAKI. 4 Penumpang SEMUA perempuan.

"A, minta berhenti di masjid ya, kami nak solat"

Ya. A berhenti. Kami berempat TURUN. tetapi dia hanya duduk di dalam kereta sampai kami kembali semula. Dia TAK malu dia tidak solat. Kenapa ya?

Ct kata:
Macam mana kalau sekejap solat, sekejap tak solat? Ada juga yang begitu. Di rumah macam angel..pergi masjid, jemaah lagi. Tapi bila jauh di mata ibu, solat ke mana, masjid ke mana. Uhuhuhu

Cipah respon : Ajak dia, ingatkan dia.

Saya kata:
Itu masih payah. Bagi saya SOLAT tiang agama. Yang penting kita mahu, ada inisiatif mahu solat, bukan berpura-pura. Kalau orang itu mahu hipokrit - depan kita aja dia solat, belakang kita tidak..dia akan buat walaupun dia mahu tunjuk aja..tapi saya pernah ketemu orang yang tidak malu secara terang-terang tidak solat. YA, ada perempuan TAK pakai tudung tapi dia JAGA solatnya. Pelik juga kan?

Saya terkejut juga masa di SURAU KLCC, seorang wanita (seksi juga pakaiannya) masuk menunaikan solat. Dia bawa telekung sendiri lagi (fahamlah keadaan telekung di surau awam) Cantik, manis bertelekung. Huhuhu. Saya hanya senyum melihatnya, lantas berdoa satu hari dia menemui hidayahNya.

Cipah kata:

Shera, ada juga lelaki yang warak, kaki masjid tapi bila berdating...pegang tangan dan peluk awek, sebelum turun kereta cium pipi dulu? Hina sungguh jika begitu. Buat apa kita solat tapi kita masih buat benda-benda tak senonoh macam tuh? Itu kaki masjid bukan mereka yang hanya cukup solat 5 waktu..

Sepertimana yang diucapkan oleh seorang waliyyullah yang bernama Suffian ath-Thauri rahimmallahu ta`ala, katanya:

"Setiap maksiat dan dosa yang berpunca daripada mengikut nafsu syahwat seperti ikut nafsu main judi atau minum arak, maka ada juga harapan untuk diampunkan oleh ALLAH. Akan tetapi kalau setiap maksiat dan dosa yang dilakukan berpunca daripada takabbur, sombong, riak, angkuh, tak mau dengar Quran dan tak mau dengar cakap rasul; maka payah ALLAH nak ampunkan. Sebab dosa dan kesalahan iblis itu juga berpunca daripada takabbur, sombong dan tidak mahu tunduk kepada perintah ALLAH, maka ALLAH halau iblis keluar daripada syurgaNya serta direjam dan dilaknat sampai hari qiamat.

Ct angguk SETUJU.


Saya jawab:
Cipah, YES..dia jaga solatnya. Tapi mungkin masa itu dia 'alpa' dan goyah imannya menyebabkan dia jadi begitu. Tapi saya percaya, sekurang-kurangnya dengan solat itu dia akan menyedari kesilpannya. Pasti dia selalu berdoa supaya menjadi lebih kuat imannya. At least dia akan rasa "terimakan Allah ibadah ku? Adakah sia-sia?" dan pastinya dia akan berusaha utk mengelakkannya. Berbeza jika kita langsung tidak ada rasa bersalah...

Ct kata:
hmmm...cipah betul juga, kalau kita jumpa (bakal suami) yang sekurang-kurangnya pandai sembahyang tapi kadang-kadang cuai dlm menunaikannya, sepatutnya kita menjadi pembimbing dia, mengingatkan dia. Bukan terus tolak dia menjadi calon kita.

Ya, tidak semua orang yang tidak sembahyang kini akan TERUS tidak sembahyang. Mungkin satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang lebih baik solatnya berbanding kita yang menjaga solat dari awal ini. Dan ada juga yang kini bersembahyang, masa depannya kita tidak tahu. Huhuhuhu...

Ya, Mungkin Cipah benar.

Katanya:
Shera kau dia UIA. Mungkin ramai yang kau lihat menjaga solatnya. Tapi mungkin juga mereka berpura-pura kerana mereka menjaga status nama PELAJAR uiam. Di kalangan aku sahaja SUDAH PAYAH untuk bertemu dengan lelaki yang benar-benar jaga solatnya. Kalau dah duduk beramai-ramai..solat sudah jatuh No.2. Terpaksa ikut kawan tak mahu dikatakan "baik sangat". Kalaulah aku sudah ketemu yang boleh bersolat tetapi kadang-kadang lupa, aku akan membantunya, bukan tinggalkannya.

Ya..saya dia UIA. Jarang sangat bertemu lelaki yang tidak solat secara terang-terang. Kalau keluar bersama mereka (in a group) mereka sendiri yang mengajak solat dahulu. Ya, mungkin kerana saya berada di UIA. Opss..saya teringat cerita lama. my FIRST date with my FIRST crush (ainun, tahu kan?) ohhh...saya terus reject dia hanya kerana dia tak pergi solat di kala saya sibuk mengajak dia ke surau...(Alhamdulillah pilihan saya kini TEPAT!*wink*wink)

Anyway, saya bukan ustazah yang mahu membebel.. sekadar berkongsi pendapat saya. Anda setuju?

+ Hey, YOU decide what u want...because this is YOUR LIFE. so, don't ruin it! +

Posted by shera at 5/23/2005 07:55:00 PM |

Monday, May 16, 2005

Nur Amalina Che Bakri..ada apa dengan anda?

huhuhuhu SEMUA anugerah pun dia dapat. Ya, itu rezeki dia. Tapi saya rasa ada sedikit TIDAK kena...Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2005 memang dia yang punya.. Hmmm..tapi kenapa ya Anugerah Maulidur Rasul dan juga Anugerah Belia pun dia punya? Ohhh..dia terlalu istimewa mungkin?

Saya TIDAK langsung jelous dengannya. Ya, saya tahu saya TIDAK sehebat Nur Amalina. Mungkin juga dia tidak mengharapkan anugerah sebegitu. Laptop baru, dapat duduk semeja dengan Sultanah Johor, dapat salam Pak Lah, jadi duta akhbar Didik, biasiswa Bank Negara...itu ini AMALINA. Mungkin sekarang sudah ramai anak-anak yang mula belajar depan TV ataupun sambil dengar radio (ikut jejak langkah pelajar 17A1). Dia minat baca majalah Mangga juga turut menjadi hebahan. Opss..jangan pula ada yang merujuk Mangga untuk mendapat 17A1..

Saya kira Melati Abd. Hamid pelajar Taman Ilmu dan Budi = Best Oralist in the World baru-baru ni lebih layak menerima Anugerah Hari belia. Dia belia. Dia mengharumkan nama negara. Dia belia yang berbakat besar..huhuhu. Saya bukanlah menyokong Melati kerana dia SSPians seperti saya! TIDAK langsung. Tapi saya rasa dia juga layak..

Anugerah Maulidur Rasul pun seperti tidak kena..Adakah kita perlu score 17A1 untuk dapat Anugerah Maulidur Rasul? huhuhu..

Hmmm...should i check with them what is the criteria of the award?

Shera, itukan rezeki dia..

Saya cuma harapkan adik Nur Amalina kita ini TIDAK lupa jasa kerajaan kepadanya. Jangan pula nanti sudah jadi Best Student di Havard ataupun oxford, berjaya menjadi doktor, anda LUPA membalas jasa mereka!Ok?

Posted by shera at 5/16/2005 06:08:00 PM |

Sunday, May 15, 2005

HAPPY TEACHER's DAY!!
(hargailah mereka yang mengajar anda tulis dan baca)

ehehehe..hari ni saya HAPPY je. Macam lah diri sendiri yang celebrate teacher's day. I met Dr. Rokiah on my way to my dept..hehehe..terkejut dia bila tetiba saya wish dia Happy Teacher's Day tgh jalan tadi. Dr. Rokiah is one of my best lecturer in IIUM. Dah lama tak makan-makan dgn dia. She's SUPERB. You can score A dgn HANYA menghadiri kelas dia. Tak payah laa nak ulang-kaji lagi dah. Anda akan FAHAM and FUN sangat bila ada dlm class dia. Believe ME! TWO thumbs UP for U Dr.Rokiah!

Got 1/2 hour 'chat' wif Sir Eskandar just now. Ingat dia lagi? Hehehe..my lecturer yg suka tengok The Apperentice and SUKA buat saya berfikir setiap kali keluar his class..alaa LUPA nak wish dia Happy Teacher's Day (sakan sangat borak)! YES, he gave me a lot of knowledge. NOT only about finance. The MOST important things is dat the knowledge about LIFE and how to be a GOOD muslim.

He said:
'Walking Angel'..u got what i mean here, shahirah?

Saya angguk.

Ermm..he's GREAT. I learnt a lot from him. Ohooo..mungkin ramai student tgk sir eskandar as a young @ sporting @ attractive @ handsome lecturer (he's married with 2 kids okay!) but deep inside him...he is such a great teacher, Good friend, the most important thing he is a GOOD muslim too!! Believe Me! Tak semestinya to be a good muslim kena pakai kupiah kan? He is soo simple, sporting tak ingat and of course NO one will ever believe me that he told me sooooo many things bout life! TQ sir!

Ehehe tadi baca blog kak tuty..my senior kat SSP. Huhuhu memang SEMUA budak SSP akan ingat Cik Aisah bila sebut pasal Cikgu..betul tak? Dia bukan HANYA seorang ketua warden yang digeruni, tapi juga seorang KAWAN and a caring mother! Cik Aisah garang, tapi kalau dia buat lawak memang orang akan gelak (even muka dia masam je masa dia buat lawak) Iyalah..dia marah-marah sayang. NO one will forget her! Sesiapa yang pernah kenal Cik Aisah, there are soooooo many things dat make us remember her! Baru je hantar teacher's day card to her..dunno will reach her safely or not.

Ahaa...Cik Fauziah. Dimana anda ya? Terlost contact pulak. The ONLY teacher yg pernah tgk i'm crying like crazy. TQ for all your guidance and advice!

Ishhh kalau nak senaraikan semua nama cikgu yg shera SAYANG..tak habis entry kali nih..panjang lebar. CONFIRM.

Anyway, these people named - TEACHER @ SENSEI @ CIKGU @ GURU had made a BIG change in my life..TQ for everything which i can never pay all of U. NEVER!

HAPPY TEACHER's DAY to:

1) all teachers of SEKOLAH SERI PUTERI
(JLN Kolam Ayer of course)

2) all my lecturers in IIUM

3) my dad - Pengetua SMPKV!(^_^)


P/s: Hehehehe..anda SYG cikgu anda?

Posted by shera at 5/15/2005 10:20:00 PM |

Friday, May 13, 2005

study SMART not study HARD

Huhuhu..kita SELALU dengar ayat ni kan? Tapi mungkin TAK semua (baca:saya selah seorang darinya) yang FAHAM dan aplikasi the statement. Dulu saya pernah baca entry farah dina..how lucky she is bila dia exam esoknya the QUESTION was like SEJIBIK dengan latihan yg dia buat! (tutup mata pun leh jawab kan?, farah?)

Huhuhu ni dah terkena batang hidung sendiri nih ~*


www.yahoo.com

i'm NOT lucky enough sbb tak sempat attempt 1 question in my textbook (ada BYK sgt soalannya) which it really came out in the test last nite (tp lagi 1 question tuh memang jwb dgn jayanya!) tapi tension jugaklah bila tengok ada orang leh jawab dgn sangat confident and leh submit paper within 1hour. Sure dia hafal the answer! Kalau tak confirm keluar dewan SENYUM je aku! (>_<)

Of course in the SPM tak akan dpt soalan macam nih kan.. but here in the univeristy, nak tak nak kita tak terlepas dari 'rezeki' camnih. Ye laa..if u have tried, confirm laa BOLEH jawab. Kalau tak try lagi..InsyaAllah leh jawab even terpaksa mengambil masa yang lama sedikit compared kalau kita dah attempt it before kan?

Sebab tu ada orang kata kita kena work smart not work hard. Sebab tak tentu lagi kalau kita duduk 24jam kat library kita leh jawab exam tu. Ada orang hanya buat exrecise. Mungkin dia cuba 1,2 exercise (tapi terkena pulak yg nak keluar esok) dia akan menjadi SANGAT bertuah laa kan? berbeza dgn kita yang pagi ptg siang malam ngadap buku tp tak faham juga..huhuhuhu.

Lain orang lain cara. Ada org, tengok je soalan boleh jawab. Tak kira apa jua bentuk soalan (itu GENIUS namanya!) Ada orang, tengok, baca dan fahamkan soalan..ambil masa utk jawab tetapi mmg CONFIRM betul, and ada juga org tengok, baca tapi tak faham-faham..walaupun dah banyak ulang kaji pelajaran (hehehe salah kot cara belajar anda)

Iyalah, masa kat SSP dulu..ramai je budak genius yg TIDO dlm classmasa cikgu mengajar (tp mona tak laa). Yang BEST nye, dia tido, tapi bila disergah oleh cikgu..jawapan diberikan TEPAT! macam dia dengar aja...Mungkin dia tutup je matanya tapi telinga mendengar dengan BAIK. hehehe. They are lucky sbb diberikan keistimewaan begitu. Kalau saya ikut cara mereka..memang 'selamat' lah saya!

YUP, I'm NOT genius. Tapi TAK rajin juga. Ermm..dulu masa sekolah rendah SETIAP tahun naik stage (sampai saya jemu salam org yang sama memberi hadiah) Tapi masuk je SSP, duduk dikalangan mereka yang lagi hebat, saya sedikit TENGGELAM. Mama kata saya tidak cukup berusaha. After keluar SSP, kat matrix, i'm doing well too even UIA nye grading 90% baru A..Masuk Main camp..1st year hebat lagi(tidak masuk bakul angkat sendiri ya?) Tapi bila start majoring result saya menjadi sedikit hampeh =( Satu je reasonnya : BELUM CUKUP BERUSAHA lagi (itu kata mama saya)

Hmmm...am i?

Saya rasa saya tidak BIJAK. Kena USAHA baru leh dapat result yang best-best. So shera, pe yang mama ckp ada BETUL nya.. anda ada SETAHUN lagi..dapatkan kembali USAHA anda yang semakin hari semakin pudar..huhuhuhu

ehehehe..ini macam cerita GENIUS vs BIJAK ~* (^_^)
(lari lak tajuknya)

Anyway, got to go..kena amik nana kat school nih.. Nanti lambat ~*

P/s: saya RINDUKAN my SSP techers laa...ala sedih la pulak!!!

Posted by shera at 5/13/2005 08:26:00 PM |

Sunday, May 08, 2005

PENDIDIKAN tidak perlu?

Frankly speaking, it was my FIRST time duduk melangut depan TV hanya untuk tengok The Apperentice dari mula sampai habis. Sebelum ini bukan tak tengok, Cuma saya tidak memberi focus sepenuhnya..Yang ini pun saya tengok sambil menggosok baju kerja mama and abah..BUT I’m sure after this, every Sunday by 11 pm I’ll be right in front of the TV juz to watch Mr. Donald Trump!

Hehehe. Saya suka cara Donald Trump kali ini. Hm..GOOD. GOOD. Dia asingkan high school graduate and university graduate! Whooohhooo…and surprisingly he also mentioned that the salary of a high school graduate can be 3x higher from the universities graduate (kalau begitu, saya pun nak berhenti belajar)!

Donald Trump once says :

Is it a waste for going to college @ universities? Since u can make $ worth 3x with just a high school certificate?

So, in this new season, the universities graduates SHOULD prove to the WORLD that they will WIN. And I think the high school graduate is CORRECT when one of them stand up and said that they will never lose ANYTHING!

Iyalah, lawan mereka bukan calang-calang orang. Harvard Grads, Oxford…everyone knows that they grad from World’s BEST universities..tak kan la senang-senang menyerah kalah from the high school?

Hehehehe..i got it here.

Tadi baca blog Cfu..hmm, dia pun bercakap how ‘important’ the education is!

“ Kecemerlangan diri seseorang tidak boleh dilihat dari segi akademik sahaja. Tak semestinya seseorang yg tiada kelayakan akademik yg baik tidak boleh berjaya ”

Hehehe..this is VERY TRUE! Someone told me - that during interviews, ONLY 10% is for the CGPA. The others is SOFT skills..Kalau mcm tu tak payah score CGPA, tapi score 90% utk skills pun dah ok ke? (^_^)

Ya, ada orang TIDAK masuk univeristi pun BOLEH berjaya. Punya perniagaan sendiri. Boleh drive kereta mewah, duduk rumah banglo (iyalah kerja kerasnya selama 20thn mungkin) Tengok A. Samad Said, beliau bukan graduan, tapi dia hebat di mata dunia (sastera world of course) Ishh ramai kot kalau nak sebut..

Jangan pula gaji kita yang graduate ini $ 1000, tapi mereka yang kerja sebagai operator kilang (yang kerja sejak tamat Form 5) sudah mencecah 2 ribu lebih ya? Huhuhuhu ini AMARAN! Jangan ingat anda sudah graduate, anda SELAMAT. Kini TIDAK lagi tau!

Huhuhu so, bakal graduan..jangan pandang ‘kecil’ pada mereka yang tidak graduate…jangan pula kita yang berilmu ini keciciran, mereka yang mendapat tempat. Mereka TIDAK malu jika tidak mendapat tempat, tetapi kita? Bukan mahu menghina sesiapa…Hey, the BEST will WIN..fight for the BEST ok? Kalau Donald Trump BERANI mengambil mereka yang HANYA ada high school cert utk interviewnya, jangan rasa di Malaysia tidak!

Jangan tak percaya, makcik jual burger tepi jalan di kawasan rumah saya pun sudah canggih tau. Kalau nak order burger, kita boleh CALL hp nya, 10 minit kemudian kita datang ambil. SIAP bos. Ini ongkosnya.. hebat kan? Tak perlu ke univeristi utk belajar marketing..kalau tidak masakan mereka yang graduate (dlm apperentice) BOLEH kalah dalam misi menjual produk baru Burger King semalam?

P/s : atau KETUA mereka yg kurang hebat?

+ I'm excited. Shera, grad dulu laaa +

By the way,

HAPPY BIRTHDAY to AINUN

Enjoy LIFE while can eh?

HAPPY mother's DAY to my beloved momma
who is ALWAYS membebel to ME (^_^)

Posted by shera at 5/08/2005 09:54:00 PM |

Wednesday, May 04, 2005

Cerita saya minggu INI
(no more cerita org lain ya?)


Cerita 1

Saya TAK tiru entry pakdi. Tapi saya 'curi' gambar ni kat blog anda.. tak apa kan?



Hehehe..it was my FIRST time saya rasa nak beli this kind of magazine. Nama je buat accounting tapi malas betul nak baca Bussiness Week @ FORTUNE @ Dewan Ekonomi dan seangkatan dengannya. But somehow saya betul-betul berhenti di gerai buku ni (kat Pesta Buku) bila nampak the word 'blog' kat cover this magz. Bila tanya bape harga. RM 9.90. Saya diam. Dalam hati kata..uishh aku bukannya nak bukak business dgn adanya blog nih (^_^)

And akhirnya saya tidak beli (pakdi byk $, dia beli lah)

Tapi saya tetap nak baca. Anda tahu saya buat apa?

Tadi saya menyerbu Library office mama..Hehehe..8 page je. And it's for FREE. Yeay! TQ to k.natrah sebab tolong fotostat kan. And tonite i'm going to read them. Yeay!

Cerita 2
Saya terserempak seorg rakan di Surau Econs semalam. Tekun eda mengadap laptop. Saya panggil pun tidak dipalingnya (uishh sombong sungguh!) Takkan laa baru 2 minggu kelas dah ada assignment? Saya jenguk laptop. Ohh..working paper program (dia memang org kuat society) Itu tak apa.

Yang peliknya, dia sedang TRANSLATE from english version to a malay version. APEKAH? (iyalah, segala urusan di UIA kan guna english) Setelah di ajak berbual. Terbongkar rahsia.

Eda kata:

Benda ni nak di hantar ke Jabatan Pendidikan Tinggi. Kita dah hantar (with the english version) but they rejected. Mereka mahu dalam Bahasa Melayu.

Kenapa pula begitu?

Hey, bukan ke zaman sekarang ni everything in english. Sampaikan budak darjah 1 pun nak kena belajar mengira in english... Takkan lah mereka yang di JPT sukar memahami. Uhuhu patutnya terima ajalah. Bukan apa... program kami dijangka bulan 7 ini. Sekarang sudah bulan 5, masih belum mendapat approval. Entah approve entah tidak. Kan dah payah.

Mesti ada orang kata "shera, kan senang aja nak buat dlm Bahasa Melayu". Come on guys. Kitorg sudah dilatih everything in english. Tiba-tiba mahu in malay, sangap juga saya tengok eda. No,i mean the formal thing in BM dlm masa yang singkat. Korg pun tahu kan? NOT that EASY! huhuhu nasib badan lah kamu eda..

Cerita 3
Teater Si Tanggang tidak se'gah' mana. Opss..saya tidaklah hebat sangat untuk memberi komen kepada mereka, tapi adik saya nana pun pandai merungut. Iyalah, semua orang tahu Kisah Si tanggang - yang pada mulanya anak yang baik dan taat pada ibunya tiab-tiba berubah menjadi angkuh dan ingkar apabila sudah berharta dan pangkat. Dan pada akhirnya dia disumpah oleh ibunya menjadi BATU. Dari kecil kita sudah mengetahui kisah itu kan?

Saya beriya-iya bawa nana menonton. Iyalah, mana tahu memberi kesan padanya. Yang baik kan patutnya menjadi teladan..Harapan dinanti tidak kunjung tiba. Teater bermula 8.45, sampai 10.15 kapal masih tidak kunjung tiba (pukul berapa nak habis?) Backdrop bertukar berkali-kali walaupun tidaklah penting sangat scene itu. Tapi terus-terang saya katakan, MESEJ nya TIDAK sampai..Saya cabut lari sebelum teater tamat. Maaf ya tenaga produksi!

+ saya tidak mahu mengutuk panjang lebar...nanti ada yang marah pula +

anyway, i need to go for shopping (tapi tidak ada $ nya). Nak baju & kasut baru. Hehehe yang lama masih ada, tp dah worn out (baca:tak seronok nak dipakai). Asik-asik baju itu aja. Kasut saya SEPASANG je tau...Itu lah satu je pakai ke kelas mahupun pergi berdating. Hahaha!

(^_^) Hey shahirah, bersyukurlah dengan apa yang ada!

Posted by shera at 5/04/2005 01:53:00 AM |

Monday, May 02, 2005

Great People Part II
edited version
ok..let me continue my story about 'great people'..

kenapa saya suka berada di kalangan mereka yang hebat?
ONLY one reason, i'll work hard so that i can be juz like them.

Berdiri sama tinggi (even hakikatnya memang saya takkan sama tinggi ngn sesape pun), dan duduk sama rendah..

Bila kita melihat sesebuah keluarga tu, happy je with the great kids..i mean semuanya berjaya dlm hidup. Ada yang jadi engineer, arkitek, lawyer, pensyarah mahupun akauntan. Mesti ada org akan kata " shera..tak semua keluarga begitu".. tapi di kalangan SAHABAT saya..saya sudah ketemu keluarga yang begini. Saya lebih salute jika semua sahsiahnya baik, elok, manis mata memandang, cukup solat lima waktunya dan boleh mengaji. Bak kata orang balance dunia and akhirat..Sejuk perut ibu mengandung.

Manusai memang begitu fitrahnya. Perlu melihat contoh dahulu, baru mahu mengikut. Yang baik memang patutlah diikut. Jangan pula yang pelik-pelik kita banggakan.

Kalau kita bersahabat dengan orang yang bergaji besar, hidup senang..tentu kita pun inginkan sesuatu yang begitu kan? Tengok orang itu pakai kereta besar, pasti kita merasa kerdil jika kita hanya memandu kancil. YA, patut bersyukur, tapi sampai bila kita nak ber'kancil' sahaja. Bila keluarga sudah besar, anak-anak dah ramai tentu kita teringin yang lebih baik dan selesa. Tidaklah kita kata 'cukup ada kancil, asalkan boleh bergerak"

" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak mahu mengubah nasibnya sendiri "

Jika kita rasa, dengan sebuah kancil sudah mencukupi, sampai bila-bila kita takkan berubah untuk menjadi lebih baik. Sama juga seperti ini; Jika kita sudah selesa duduk di rumah pangsa, sepatutnya kita berangan-angan untuk duduk di rumah teres pula. Bukan terus berbangga duduk di bangunan 20 tingkat. YA, kita ada sebuah rumah, 3 bilik, dia pun ada (tetapi kenapa ada orang mampu buat rumah 3 tingkat 13 bilik). Tapi kita duduk di rumah pangsa TIADA tanah sendiri jika mahu gardening... heheheh. Betul tak?

Hari itu saya bertanya pada abah:

"seronok ke duduk penthouse? mahal kan?"


Abah jawab:

Memang mahal dan mewah, tapi nanti kalau abah mati payah nak bawa turun"

Saya terkedu. Terkaget. Kenapa pula begitu?

Abah bercerita tentang ada kenalan abah yang passed away (rumahnya di kondo mewah), bila nak bawa turun sudah payah. Terpaksa pula ada yang mengangkatnya. Memeluk begitu di dalam lif. Sudahlah dia tiada anak lelaki..ada siapa yang sudi membantu?Anda dapat bayangkan?

Emmm...saya TIDAK pernah terfikir tentang itu. Langsung tidak terlintas!

Saya senang sekali melihat keluarga seorang rakan. Ayahnya drive merc mata bulat. Adik beradik fasih berbahasa Inggeris, Cantik manis aja semuanya. Ohh...ibunya bertudung manis, ayahnya berkupiah. Semua adik-beradik mereka dibesarkan di sekolah swasta (bahasa penghantar Arabic and english)...Tapi mereka huha-huha juga. Tidak lah tidak bergaul dengan orang lain pula. Ohhh saya jeles sekali!

Tengok Adik Amalina 17 A1, dia tidak pernah menyangka dia akan menjadi sebegitu. Dia hanya menyimpan impian untuk mengatasi rekod SPM 2004 dengan 15 A1..dan dengan azam yang kuat dan usaha yang gigih dia berjaya lakukan (usaha kenalah ada kan?) Kalau kita rasa dapat 5A1 dah cukup, kita akan hanya usaha takat itu aja...Huhuhu

Bila kita berada di kalangan mereka yang hebat, PERTAMA: kita akan berasa SGT jeles dengan mereka. Dan pastinya akan terdetik, kenapa kita juga tidak begitu. AWAS, bukan maksud saya 'anda ini tidak bersyukur dengan apa yang ada'. Tapi bukankah lebih elok jika kita up grade diri kita, dari yang baik kepada lebih baik? KEDUA: automaticnya kita akan berasa teruja dan mendapat motivasi supaya seiring dengannya. KETIGA: ada role model dan target dalam hidup.

Kita kena ada target dalam hidup. Pakar motivasi kata jika kita mahu 17A1, kita tampal besar-besar di cermin 17A1..supaya bila kita tengok tiap-tiap hari, kita akan teringat mission kita. Begitu juga kalau kita berazam nak berhenti merokok..kena lah betul-betul mahu berhenti. Janganlah pula dah terlantar di hospital baru mahu berpatah balik. Precaution is better than cure kan?

Weekend lepas saya terpaku di depan TV menonton rancangan NONA (walaupun tidak berapa gemar, tapi sebab isunya kali ini) - Persandingan Norjuma menarik perhatian saya. Ya, dia beruntung. Siapa sangka tuahnya begitu. Di UIA, terserempak sekali-dua, nampak seperti gadis biasa. Very simple and steady. Tidaklah bergaya sakan ke kelas. Nah sekarang dia DATIN Norjuma tau..Terdetik di hati saya "shera pun nak kawin orang kaya lah". Rezeki dia shera. Hey, kita pun leh macam tu..tapi dari awal la cari duit. Bak kata pakdi, simpan duit tak bertambah, apa kata kita melabur? (^_^) Kita kawin sekali seumur hidup mestilah nak satu majlis yang dikenang sepanjang hayat. Iya, saya tahu majlis itu terlalu gilang-gemilang. Bakal suaminya mampu, ukurlah baju di badan sendiri..

TAPI, tak apa kan kita memasang impian?

Saya mahu tulis panjang lagi, tapi i have to go...malam ini mahu tonton teater Si Tanggang di Dewan MBSA..

Chalo ~*
ainun, anda terlepas lagi menonton teater dgn saya =)

+ Happy belated bday to zatyl +
She is another great fren of mine

p/s: k.tuty, jom berfikir! saya tidak salah sangka pada anda..Jgn risau (^_^)

Posted by shera at 5/02/2005 02:56:00 AM |