<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=5239001&amp;blogName=friendship+till+the+END&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fshahirah.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Wednesday, October 26, 2005

SHORT post!

heylo everybody!
Atas permintaan azzahraa, saya update..hehehe ~*
(see? how special is your request azz?)

No. No. saya dah update sebenarnya sebelum nih..tapi baru click 'publish post'...it is gone! And believe me, i type them all over again..and AGAIN, it's gone..huhuhu..tension betul! Internet connection kot yg probs dat time..

my exam was OKAY..memang laaa ada susahnya..but overall okaylah.. Dah lepas 4 paper out of 5..one more sabtu nih..Kadang-kadang kita tak sedar pun yg Allah Swt bagi kita hint that the question will come out..means here, kita dah tergerak nak baca that topic, that particular notes, hati kata kena baca..kita memang kena baca! And taraaa! The topics really come out tau! Seronok sgt!!

hehehe..over plak shera ~*

i do miss my room..
Image hosted by Photobucket.com
my small room at IIU. See? so BLUE! hehehe..kat atas tu katil, bawah meja..

Sejak-sejak exam week mmg tak selalu duk kat bilik. Keluar pagi, balik malam..and sekarang after trawih pergi library and kul 11 baru balik bilik (saya di library skrg nih)

And of course lagi few weeks i'll miss my room even more sbb uia CUTI raya SEBULAN! so, mmg sebulan laa tak nampak my room ~*

and of course i'll miss this pintu locker sangat2!
Image hosted by Photobucket.com
my favourite spot in my room...
Tgk pintu locker sendiri pun leh senyum sorang-sorang..the memories remains tau..

anyway, can't update longer..

after exam sabtu nih..got few things to be settled b4 the hari raya:

1) buat kuih raya
2) kemas umah for raya
3) shopping raya! yeay!
(it will be this saturday! right after the exam)
4) 29hb - berbuka with my mohd uzaini
(for the FIRST time in this ramadhan)
5) 30hb - berbuka with the sspians
6) 31hb - berbuka with the COUZINs..
nini & nuril (and my sista shidot) if nazie ada..dah cukup 5 anak dara gosips..
7) 1hb - i'm in KEDAH already! yeay! (kumpul duit raya!)

p/s: opsss ada budak-budak sekolah visit library IIUM and they are now betul-betul kat belakang shera! blushing plak..hahaha =) (shera, apekah?)

Posted by shera at 10/26/2005 08:03:00 PM |

Sunday, October 16, 2005

The 6 of US!

Image hosted by Photobucket.com
zura missing in action! why am i soo petite?
left to right : agirl, aishah, ashkeen, ME and aini

Buat pertama kalinya saya berbuka di luar with frenz (selain di UIA dan rumah) and it is my UIA frenz! hehehe ~* (bukan ssp frenz tau) Dah lama rancang itu ini, makan sana-sini, bila ada 6 kepala nak makan, selera berbeza... jadilah pening namanya (^_^) YUP. Nak makan yg murah.. tak mampu kot nak ber'buffet' sana-sini..Sampaikan kitorg dah penat bertekak, bercekau, bertumbuk (baca : discuss)! Saya ni jenis tak berkira makan apa..fast food pun ok, steamboat pun ok, nasi je tak OK (iyalah, makan nasi kat rumah lagi sedap kot)

aishah nak steamboat
ashkeen nak nandos
agirl nak pizza hut
aini nak buffet ramadhan
shera and zura tak kisah (ye ke?)

Image hosted by Photobucket.com
ashkeen and zura

At last we decided to go Nandos! Yeay! Even agirl not-so-into chicken...tapi she has to join us jugak laa bila majoriti menang 5/6 =) It was sooo funny when we started to calculate which one is cheaper either to take the Ramadhan Set or the usual set...habis segala calculator (baca: di HP) hehehe! 5 of us Accounting student, so imagine laa dia punya berkira dgn $. Daa! hehehe ~*

Image hosted by Photobucket.com

Itu tolak tepi, yang penting kitorg happy dpt hang out together..diorg nih my roomates mase kat kolej lama..but when i move to the new mahallah..we still keep in touch about the HOTTEST story in the world! aaahhhaaa....

Back to my story..
Again, saya berhadapan dgn waitress yg kerek, berlagak bagus, malas senyum dan seangkatan dengannya (ct, korg bukan sudah di ajar ke? customer no1?) hey, we pay for the food bukan makan free..so ikut suka hatilah nak macam mana..dah laa sama-sama melayu takkan tak faham kot! Sama-sama PUASA kan? (ke anda tak puasa) Dah laa tu, masa berbuka pun diorg tak inform the customer yg dah boleh buka (nasib baik agirl call mak dia)

huhuhuhu sabar shera, bulan puasa...
After the iftar, kitorg sume semangat gila nak gi terawih kat Masjid KLCC (i went there few times) Ohhhhhh...it's RAINING! how ah? Mana ada payung? Nak tak nak pergi maghrib kat atas (the smallest surau) and wait for the isya' too..hoping that we can still do the terawih at the masjid ~*

Alhamdulillah..walaupun still hujan..but it is reasonable laa nak rentas..tak de lah lebat sgt..so, there we goes! Hmm...agirl jatuh cinta dgn Imam masjid tuh...YUP, i admit that the imam recite the surah soooooo well..so sedap suara dia..huhuhuhu..tenang betul hati! Lupa terus segala sale kat vincci, sale kat PDI (yang mane sempat kitorg jeling tadi! huhuhu) Rasa macam nak duduk kat situ lama-lama.

agirl even mentioned this:
" esok nak dtg terawih kat sini lagi lah. JOM? "

hehehehe...after the terawih, the 6 of us managed to squeeze in the BCT (ashkeen's car) and went back to IIU! Huhuhu so fun to be with them..dengan aishah sgt lawak, tak berubah-berubah dari dulu..i wonder how anuar (yg sgt garang) can tahan dgn aishah yg lawak tu! hehehe. Itu namanya miracle of love tau! Everybody pun mcm leh layan the jokes and i'm the only one yg macam lambat gila nak tangkap..huhhuhu!

And believe me or not, on our way back to iiu, kitorg singgah mapley kat Melawati for some drinks..hehehe. But supsringly aishah order kew teow goreng, aini makan mee goreng basah and agirl and me mcm teringin kew teow kung fu! hahaha.. banyak kan makan? Tak apa sekali-sekala pun..

By 11 we are already in the IIU compound..back to the books..ready for the finals!
Girls, good luck and all the best okay!

P/s: miss them already : my only hero - akir and the noty sista - ayang! Dpt jumpa diorg sekejap je..SEHARI je tau! sob..sobs =(

Ayg mok! Go girl, Study Smart. 10 's all the way!

Posted by shera at 10/16/2005 10:28:00 PM |

Sunday, October 09, 2005

Menonton sambil Berfikir

Image hosted by Photobucket.com
the movie

Balik terawih semalam saya melangut dpn tv sampai tgh malam walaupun pada mulanya nak study audit..starmovie mula menyiarkan cerita baru..kalau dulu asyik ulang movie yg sama aja. The Day After Tomorrow. Dot kata movie lama (iye ke? maklumlah saya mmg tak update ngn movie baru) Dennis Quaid as the main actor. Hensem gak (^_^)

Image hosted by Photobucket.com
see the smile? ahaha (^_^)

The movie was about ribut taufan, salji melanda bandaraya New York. Mulanya banjir besar menyerang mereka, then the whole bandar 'membeku' dek kerana salji. Yes..there are some parts of this movie yang tak logik. Mengarut gila..tapi itu saya fahamlah, Ini cerita buatan manusia ~*

Saya belajar dua perkara dlm cerita ni.

1) Katrina in Advance

Image hosted by Photobucket.com
remember?

Movie ni cerita lama. Katrina baru-baru ni kan? Bandar New Orlands tenggelam...So? what is the connection? Itulah...kita manusia ni jangan fikir yang bukan-bukan. Buat movie sampai nak lawan kuasa tuhan. Kononnya dlm cerita ni dunia dah sampai penhujungnya. Dengan ilmu sains yang ada mereka cuba mengatasi kejadian alam..Jangan ingat anda boleh buat cerita sebegitu dgn imiginasi anda sbb Allah tuh Maha Kuasa sbb HE really can do it dengan kuasaNya. Kalau tak sama pun tapi tetap serupa. Dlm cerita tu the whole bandar ditenggelami air..and it become worst when salji come along...sampai lampu isyarat pun dah setengah tau..logik atau tidak itu no.2... yang penting benda tu dah terjadi sekarang.

Allah Swt berfirman dlm Surah Yasin ayat 82:

"Urusan Allah hanya dengan mengfirmankan (perintah) Kun (jadilah), maka terjadilah (apa yang difirmankan itu)"

Kalau Allah Swt kata JADILAH, hanya dengan kuasaNya sahaja perkara itu akan berlaku ~*

2) Janji ayah

Dah banyak cerita saya tengok..kalau ayah tu kata nak selamatkan anaknya, he will! Dulu saya tengok ada satu movie background of a stadium. Ayah bawak anak pergi tgk game (lupa game ape) tiba-tiba berlaku kekecohan. Ayah dia pesan pada anaknya, anything happens..stay here. Dun move. I'll come back and get you. And anaknya benar-benar tunggu di situ walaupun semua orang mula lari menyelamatkan diri. And to make a long story short..the daddy managed to come back to save his son!

Dalam cerita ini juga mengisahkan seorang ayah (Quaid) berusaha utk menyelamatkan nyawa anaknya yang terperangkap di sebuah library di New York. Walaupun dia tahu amat membahayakan bagi dirinya untuk ke sana, dia tetap ke sana sbb dia sudah berjanji akan menyelamatkan anaknya! (the father is at the another side of the country) And of course he managed to do so!

Image hosted by Photobucket.com
the hero - TOM

Walaupun si ayah terpaksa berhadapan dengan ribut taufan, bermacam bahaya semasa dalam perjalanannya (sudahlah tidak tahu anaknya masih hidup atau tidak) dia tetap pergi..walaupun terpaksa berjalan kaki! see? The love of a father.. kalau zaman sekarang ni, nak jaga ayah pun bertolak-tolak..Along lah. Angah lah. Adik lah. Last-last ayah pergi dulu..Nak salah kan siapa?

Back to the story. Itulah kalau nak tengok zaman sekarang ni pun dah macam-macam berlaku. Yang tak pernah berlaku dah berlaku. Yang tak dijangka berlaku dah berkali-kali berlaku. Cuma kita manusia ni je yang tak sedar-sedar..Allah masih beri kita peluang. JOm?

Posted by shera at 10/09/2005 05:04:00 PM |

Thursday, October 06, 2005

Ujian di Hari Pertama

Selasa lepas saya berkejar dari Taman Ilmu dan Budi sebab nak balik rumah for the FIRST sahur and tarawih with the family... Bersemangat ke masjid. Excited. Berkobar-kobar. Iyalah bukan selalu dpt terawih. Kalau lelaki ada chance laa 30 hari cukup utk terawih..kalau perempuan ada cuti 5,6 hari ~* huhuhu...

Nak dijadikan cerita... ada 3 perkara buat saya berfikir masa di masjid...

1) Aurat Jemaah.

Di depan saf saya ada seorang hamba Allah yg agak berumur. Tapi dia nampak tegap dan sihat. Daripada solat isya' lagi auratnya terbuka. I mean, kaki..kalau nampak ibu jari tak apalah..ini nampak the whole kaki tapak kaki. Both legs. Bukan apa, kalau saya sendiri..mestilah kita dapat rasa yang memang kain itu sudah terselak. Tapi dia tidak berusaha membetulkan... Fikir saya dia tak sengaja. Tapi bila sudah rakaat ke 4 tarawih masih berlaku yang sama, saya tidak mahu berdiam diri lagi..opsss...saya sedar saya muda dan dia makan lebih garam lebih dari saya. Bukan nak tunjuk pandai atau apa..cumanya saya khuatir solatnya tidak sah. Saya tidak berani tegur kerana faktor umur. So, saya minta bantuan makcik sebelah saya. Ooohhh..dia tidak berani tegur juga! Dia mula mencuit kawannya..suruh tegur..NO. No. Tiada yang berani. Kenapa ya? Nak tak nak makcik yang sorg lagi tu tegur.

" Makcik, nampak kaki solat tadi "

That makcik macam blur-blur and dia tak betulkan kainnya (mungkin kainnya patut dilabuhkan sedikit kot!) but she didn't do anything tapi terus bersolat.

And memang sampai 8 rakaat tarawih saya terpaksa tgk kakinya..Bukanlah taknak tgk, tapi saya kesiankan dia..itu aja ~*

Image hosted by Photobucket.com

2) Kanak-kanak dlm saf

Mungkin tak semua org tak tahu yang dlm saf dewasa tak boleh ada kanak-kanak (bukan ke sepatutnya semua org tahu?) Saya geram betul bila ada seorg emak ini sengaja ajak anak-anaknya solat sebaris dengannya. hey, budak kecik kat belakang laaa....putus saf jemaah dewasa tau! Kalau putus, tak dptlah jemaah yg lain pahala berjemaah (betul x? correct me if i'm wrong) Budak kecik tu pun 'pandai' jugak. Bila jemaah lain suruh tukar tempat duduk di belakang, dia buat tak pandang and konon-konon tak dgr (sbb dia nak berkepit ngn emaknya) kalau dah mcm tuh, emaknya kena beransur la ke belakang..takpun move ke hujung saf...haiya! tensen aku!

3) Ops..boleh ke?

After habis 8 rakaat, ramai jemaah yg pulang. Saya bergerak sedikit mengisi kekosongan saf.. And saya menjadi jemaah yg paling hujung dlm saf saya..tiba-tiba berdiri seorang budak sebelah saya (mungkin dlm 11/12tahun) Dalam hati kata:

" Budak kecik pun buat 20, aku yg muda remaja ni selalu buat 8 je "

Saya jeling di sisi, mengangguk seorg diri. Dia kecil. Tapi dia mengerti apa itu solat. Good. Didikan keluarga i guess... hmmm...cumanya, saya musykil pula bila dia mula tidak duduk diam mase bersolat. SANGAT bergerak2 (menggaru-garu kepala dgn sgt beriya, betulkan ikatan kain sampaikan mengangkat telekung) Pendek kata, dia benar-benar BERGERAK tau! Kita yg duduk disebelahnya terus menjadi tidak kusyuk. I would say, pergerakkannya sedikit mengganggu saya..huhuhuhu! Bayangkanlah for another 15 rakaat (12 tarawih and 3 witir) saya terganggu.. pitty u shera!

Saya teringat masa kat uia, the foreigners (esp: the arabs) mmg bergerak-gerak masa diorg solat (seperti membetulkan lilitan tudung, pakai handbag mase solat) itu mengikut mazhab mereka kan? tapi..adik ini? huhuhu..saya konpius!

Anyway, saya gembira bertarawih di Taman Ilmu dan Budi. Tidak ke Masjid, hanya bertarawih di kolej. Among us ada yang 'hafizah' (hafaz quran) Glad that she wants to lead the tarawih prayer...Alhamdulillah. Sayu je hati saya bila dgr bacaan ayat Al-Qurannya sungguh lancar dan yakin...Dia orang-orang terpilih!

Image hosted by Photobucket.com

Happy moments, praise Allah.
Difficult moments, seek Allah.
Quiet moments, worship Allah.
Painful moments, trust Allah.
Every moment, thank U Allah.



P/s: Jom sama-sama baiki diri k?

Posted by shera at 10/06/2005 05:49:00 PM |

Sunday, October 02, 2005

Should or shouldn't I?

huhuhuhu..dari last week lagi nak post cerita ni kat blog..tapi sibuk ngn test and assignment.. so blog dah jatuh no.2 (^_^) Lagipun isu ni nampak mcm tak sesuai utk saya tulis di blog saya.. anyway...

Saya tersenyum seorang diri bila membaca di muka utama akhbar " Pilihanraya IPTA: Proaspirasi menang lagi " Bila membaca tajuk utama saya berkata dlm hati " oo universiti lain kot. UIA sunyi sepi je " and saya mula ternganga bila ada sentence " UIAM, kubu kuat pihak pembangkang juga tewas kali ini "

Image hosted by Photobucket.com

opss....am i that busy sampaikan tak sedar dah ada pilihanraya di Taman Ilmu dan Budi? No. No. Walaupun saya SIBUK tp saya MESTI ambil pusing. Dah laa pihak UIAM akan ambil tindakan if tak mengundi..so, did i miss the biggest event in IIU?

No. No (^_^)

ohhh Menang tanpa bertanding rupanya! Patutla tak ada pilihanraya. Patutlah tak ada poster sana sini. Patutlah tak ada promotion of candidates..owhhh! (see? saya tahu apa yang berlaku) Melalui akhbar...saya baca tentang :

1) ada pelajar UIAM naik court utk menghalang pilihanraya
(something like that)
2) Ada pihak yg tak setuju dgn syarat 2.8CGPA (apekah?)
3) Ada pihak juga tidak setuju dgn Public Speaking Test

Ey good laa diorg letak syarat macam ni. I guess 2.8 CGPA is easy ( i mean if u want to become a student's leader, kenalah tunjuk good image!) takkan lah below than 2.8 nak jadi pemimpin..Nak kerja pun orang nak 3.3 CGPA tau! (itu utk perempuan. Lelaki 3.0>) Memangla tak semestinya result tak bagus tak boleh jadi pemimpin..tapi manusia ni kan menilai buku dari kulitnya.. and the Public Speaking Test..in ENGLISH.. hmm..baguslah. Tak adalah org geleng-geleng kepala bila dengar pemimpin dari UIA cakap english berterabur.. bukan apa UIA kan international university.. saya rasa DUA syarat ni..is a good idea for all (^_^)

ermmm...make everything clear FIRST!

saya NUETRAL (bak kata mawi apabila ditanya tentang Pemuda UMNO mahupun PAS) Saya sebenarnya tidak suka org yang bertanding di bawah nama parti politik! ishhh saya pantang betul! Tak boleh ke bertanding di atas nama Kredibiliti Diri, Amanah dan Tanggungjawab..bukan atas nama memperjuangankan mana-mana parti.

Tak kiralah anda tu penyokong kuat UMNO, mahupun ekstrimis PAS, mahupun pengikut setia Anwar. Kalau nak bertanding, bertandinglah atas nama kepimpinan diri. Kalau anda betul-betul berbakat dan ada kredabiliti sebagai pemimpin, anda masih boleh menang! Tak perlu berada di bawah payung parti politik.

Image hosted by Photobucket.com

Saya akan mengundi mengikut kelayakan mereka. Kalau cakap je berabuk..janji itu ini masa berkempen..bila menang apa pun tak ada tau! Masa berkempen laa sibuk duk cakap "dia nih 8A PMR, 9A1 SPM, dia ni dean's list every sem etc" hey, i dun care laaa if u got 17As pun! hahaha. emosi plak shera..

Yang penting AMANAH Allah kita jaga. Kalau sebelum pilihanraya janji itu ini, lepas dah menang jalankanlah tanggungjawab tu! Jangan berlagak dengan title "saya SRC UIA" (baca: Student Representative council = MPP)

hehehehe. Saya tidak berdendam dengan sesiapa.. Saya juga tidak bertanding! Cuma itu pendapat peribadi saya..Jika anda tak boleh terima, itu hak anda~*

Kepada barisan SRC UIA yang baru.. jalankanlah tanggunjawab anda, kalau anjing berkeliaran di mahallah pun ANDA tak boleh selesaikan jangan berangan nak pimpin isu besar yang lain..huhuhu ~*


+ Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat ISLAM +

Image hosted by Photobucket.com

Allah SWT beri kita 30 hari yang SANGAT istimewa..make full use of it! okay? Jom, kita gi terawih ramai-ramai!

Posted by shera at 10/02/2005 05:57:00 PM |